Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin

Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin

Share

MAKLUMAT LANJUT & SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:☎️09-7436405(PEJABAT)☎️019-5680478(CIK ROHAIZA)

17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M 🌙

Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan iman dan memperbanyakkan amal soleh.

“Hijrah ke arah kebaikan, menuju kejayaan dunia dan akhirat.”

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
Ikhlas dari kami warga Pubimas Al-Amin

✨ Maal Hijrah 1448H, Hijrah Membawa Berkah.

04/06/2026

🌹 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KHATAM BACAAN AL-QURAN 🌹

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada IZZ RAYYAN BIN KAMARUL ZAMAN atas kejayaan menamatkan bacaan Al-Quran pada 4 Jun 2026M bersamaan 18 Zulhijjah 1447H.

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih akrab dengan kalam Allah, serta menjadi asbab keberkatan, kecemerlangan ilmu dan akhlak dalam kehidupan. Semoga terus istiqamah membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam setiap langkah kehidupan.

Terima kasih juga kepada ibubapa serta guru bimbingan, Ust. Mustaqim, yang tidak jemu membimbing dan mendidik sehingga tercapainya kejayaan yang membanggakan ini.

✨ “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR. al-Bukhari)

🤲 Semoga Izz Rayyan terus menjadi generasi Al-Huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin

Ikhlas daripada:
🌷 Warga Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin

26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.
Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

🐄🌿 Selamat Hari Raya Aidiladha 🌿🐄
Taqabbalallahu minna wa minkum

Dengan ingatan tulus ikhlas:
Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin

20/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT💐

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada hari ini tanggal:

🗓️20 MEI 2026M bersamaan
3 ZULHIJJAH 1447H

Tahniah diucapkan kepada:

👳🏻‍♀️NIK MUHAMMAD ALIFF MUSTAQIM BIN NIK MAN

Yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran pada pukul 10:30 pagi tadi hasil usaha penat lelahnya menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Masuk ke MTAQPAA pada usia 12 tahun sekarang berumur 19 tahun,
Selama lebih kurang 7 tahun berada di MTAQPAA bertungkus lumus untuk menamatkan hafazan Al-Quran 30 Juzuk,akhirnya diizinkan oleh Allah SWT untuk menamatkan hafazan Al-Quran 30 Juzuk pada hari ini🤲🏻

Tahniah juga diucapkan kepada ibubapa/penjaga NIK MUHAMMAD ALIFF MUSTAQIM atas kejayaan anakanda tercinta🤍🤍

Semoga terus istiqomah dalam murajaah Al-Quran dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT🤲🏻

production

16/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹
16 MEI 2026

“Guru bukan sekadar mengajar ilmu,
tetapi mendidik hati, membina akhlak
dan menerangi masa depan generasi.”

Terima kasih atas segala pengorbanan,
kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah
yang terus mengalir hingga ke syurga.

✨ Jasamu dikenang,
Ilmumu disanjung,
Budimu sepanjang zaman. ✨

Ikhlas daripada seluruh warga :
🌷 Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin 🌷

03/05/2026

"PENGAMBILAN PELAJAR BARU
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN PUBIMAS AL-AMIN SESI 2026"

SYARAT KEMASUKAN✅
➡️11 hingga 17 tahun
➡️Lelaki dan perempuan
➡️Berminat dalam mempelajari Al-Quran dan menghafaz
➡️Boleh membaca Al-Quran dengan baik(Bonus)
➡️Tidak boleh membaca Al-Quran dengan baik
➡️Bersedia mematuhi peraturan

KEMUDAHAN/SILIBUS📝
➡️Hafazan Al-Quran
➡️Tahsin Al-Quran(Nazirah)
➡️Pengajian Iqra'
➡️Pengajian Kitab
➡️TVET(Pendidikan&latihan teknikal dan vokasional)
➡️Asrama & dobi disediakan

"YURAN BULANAN YANG RENDAH"

"PENGAMBILAN TERBUKA SEPANJANG TAHUN"

Untuk keterangan lanjut,boleh hubungi:
☎️09-7436405(Pejabat)
☎️019-5680478(Cik Rohaiza)
☎️013-2755446(Ust Mus)

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Pubimas Al-Amin's post 22/04/2026

✨MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MTAQPAA 1447H/2026M✨

22/04/2026

✨MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MTAQPAA 1447H/2026M✨

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Maahad Tahfiz Pubimas Al-amin Batu 2 Jalan Tok Guru
Kota Bharu
15400