Perpustakaan KIAS

Perpustakaan KIAS Perpustakaan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Terletak di Zon Ilmu Nilam Puri, Kota Bharu

04/09/2025
*BENGKEL OPAC UNTUK MAHASISWA KIAS**Tarikh*: 4 Ogos 2025 (Isnin)*Masa*: 11.15 pagi – 1.00 tengah hari*Tempat*: Perpustak...
05/08/2025

*BENGKEL OPAC UNTUK MAHASISWA KIAS*

*Tarikh*: 4 Ogos 2025 (Isnin)
*Masa*: 11.15 pagi – 1.00 tengah hari
*Tempat*: Perpustakaan KIAS

Perpustakaan KIAS dengan kerjasama Lajnah Akademik dan Penerbitan PMKIAS telah menganjurkan Bengkel OPAC khas untuk mahasiswa KIAS pada 4 Ogos 2025 (Isnin), bertempat di Perpustakaan KIAS. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 9 orang mahasiswa yang berminat untuk meningkatkan kefahaman dalam penggunaan sistem OPAC.

OPAC atau Online Public Access Catalog merupakan sistem carian dalam talian yang membolehkan pengguna perpustakaan mencari bahan seperti buku, jurnal, tesis, dan pelbagai sumber lain dengan lebih mudah, pantas dan sistematik.

Bengkel bermula pada jam 11.15 pagi, dikendalikan oleh Puan Akmasuziati binti Mat Jusoh @ Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan (Perpustakaan), dan dibantu oleh Encik Wan Mohd Aizuddin bin Wan Ahmad, Penolong Pendaftar (Perkhidmatan dan Rujukan Maklumat).

Sepanjang bengkel, para peserta diberi tunjuk ajar secara praktikal mengenai kaedah penggunaan OPAC serta fungsi-fungsi penting yang boleh dimanfaatkan dalam pencarian maklumat bahan perpustakaan. Bengkel turut diisi dengan sesi soal jawab interaktif antara mahasiswa dan pihak pengurusan perpustakaan, yang telah menambahkan lagi kefahaman dan minat terhadap penggunaan OPAC.

Bengkel tamat pada jam 1.00 tengah hari dan berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang positif daripada para peserta.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi manfaat seluruh warga KIAS.

Disediakan oleh,

*Wan Mohd Aizuddin bin Wan Ahmad*
*Penolong Pendaftar (Perkhidmatan dan Rujukan Maklumat)*
*Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)*

17/06/2025

Address

Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) KM 12 Jalan Kuala Krai Peti Surat 68 Nilam Puri
Kota Bharu
15730

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+6097129386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan KIAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan KIAS:

Share