19/03/2026
Apa Itu Medicolegal? (Perubatan & Undang-Undang)
Medicolegal merujuk kepada gabungan antara bidang perubatan dan undang-undang. Ia melibatkan situasi di mana rawatan kesihatan mempunyai implikasi dari segi undang-undang, sama ada kepada pesakit, doktor, atau pihak hospital.
Secara ringkas, medicolegal bermaksud apa-apa isu perubatan yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang.
Kenapa Medicolegal Penting Kepada Masyarakat?
Dalam kehidupan harian, ramai tidak sedar bahawa mereka terlibat dengan isu medicolegal, contohnya:
• Rawatan hospital yang tidak memuaskan
• Kecuaian doktor (medical negligence)
• Salah diagnosis
• Prosedur tanpa kebenaran pesakit
• Kematian atau kecederaan akibat rawatan
Semua ini boleh memberi kesan besar kepada hak pesakit.
Hak Pesakit Yang Anda Perlu Tahu
Sebagai pesakit, anda mempunyai hak seperti:
✔️ Hak untuk mendapatkan penjelasan rawatan
✔️ Hak untuk memberi atau menolak kebenaran (consent)
✔️ Hak mendapatkan rawatan yang selamat dan profesional
✔️ Hak kepada privasi maklumat perubatan
✔️ Hak untuk membuat aduan atau tindakan undang-undang jika berlaku kecuaian
Apa Itu Kecuaian Perubatan (Medical Negligence)?
Kecuaian perubatan berlaku apabila doktor atau pihak hospital gagal memberikan rawatan mengikut standard yang sepatutnya sehingga menyebabkan kecederaan atau kerugian kepada pesakit.
Contoh:
• Salah ubat diberikan
• Lewat diagnosis penyakit serius
• Kesilapan semasa pembedahan
Untuk buktikan kecuaian, biasanya perlu tunjuk:
1. Wujud tanggungjawab doktor kepada pesakit
2. Berlaku pelanggaran standard rawatan
3. Pesakit mengalami kerugian atau kecederaan
Apa Perlu Buat Jika Berlaku Isu Medicolegal?
Jika anda atau ahli keluarga terlibat:
1. Simpan semua dokumen perubatan (report, resit, surat hospital)
2. Catat kronologi kejadian
3. Dapatkan second opinion dari doktor lain
4. Buat aduan rasmi kepada hospital
5. Rujuk peguam untuk nasihat lanjut
Pesanan Celik Undang-Undang:
“Jangan takut untuk bertanya dan memahami hak anda. Ilmu undang-undang adalah perlindungan terbaik untuk diri dan keluarga.”