11/05/2026
Selesai meeting dengan sebuah yayasan kebajikan anak-anak yatim untuk kem musim cuti ini sebelum menyambut raya haji di Kota Bharu, Kelantan.
Pihak mereka juga sudah bersetuju untuk kem ini dijalankan oleh kami.
YAATIM akan jadi sebagai penganjur utama.
ABIM Negeri Kelantan sebagai pelaksana.
AKSIMA menyedia dan menyusun modul kem.
Menariknya program kali ini, anak-anak anda yang sertai, bakal menikmati suasana dididik bersama anak-anak yatim di sini.
Penginapan disediakan.
Ada tempat program lelaki dan ada juga untuk tempat program wanita.
Rohani anak-anak anda akan diisi dengan cinta rasul dan kasih-sayang Allah SWT.
Tahsin ibadah yang difokuskan p**a adalah SOLAT, AL-QURAN & PENGURUSAN JENAZAH.
Ada hafalan doa, hafazan surah al-mulk, bersenandung dengan selawat dan pelbagai lagi dengan tema 'FUN TARBIYAH' untuk melatih anak-anak anda menjadi ANAK SOLEH.
Kem berjalan selama 3 hari 2 malam, 14 kali makan sepanjang kem, jadi jangan risau, anak-anak anda tak sempat lapar.
Proses taadib akan berjalan sepanjang kem sesuai dengan namanya iaitu :
KEM TAHSIN IBADAH & MOTIVASI ANAK SOLEH
Yuran hanya RM170/Pax.
Datanglah daftar berdua, boleh dapat RM320.
Kita bagi anak-anak kita menghargai keberadaan kita sebagai ibubapa mereka supaya anak-anak kita ini tidak 'yatim sebelum yatim'.
Jumpa di sana ya.