12/08/2026
π· Setulus Penghargaan Buat Semua Superbonda Astrixβ52 π·
Jutaan terima kasih buat semua Superbonda Astrixβ52 yang telah bertungkus-lumus menjayakan program Happy Snack buat anak-anak tersayang dalam mengharungi peperiksaan SPMRSM.
Setiap juadah, sokongan, doa dan kasih sayang yang dicurahkan mungkin kelihatan kecil, namun besar maknanya buat anak-anak yang sedang berjuang. β€οΈ
Terima kasih kerana sentiasa hadir memberi semangat, menceriakan hari-hari mereka dan menjadi sumber kekuatan di saat mereka memerlukan dorongan.
Semoga segala usaha, masa, tenaga dan rezeki yang dikongsikan oleh para Superbonda menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT.
Semoga anak-anak Astrixβ52 dipermudahkan urusan peperiksaan, diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik serta memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Terima kasih Superbonda, atas kasih yang tiada penghujung.
Kalian memang super dalam setiap cara! ππ