SMK Kampong Chengal

SMK Kampong Chengal Komprehensif, Integriti, Intelektualiti

TAHNIAH & SYABAS!Warga SMK Kampong Chengal merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pas**an bola jaring sekolah ...
03/07/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Warga SMK Kampong Chengal merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pas**an bola jaring sekolah dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Bharu Selatan yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Panji.

🏆 Bawah 15 Tahun (B15) – JOHAN / Tempat Pertama
🥉 Bawah 18 Tahun (B18) – Tempat Ketiga

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.

Penghargaan juga buat guru-guru pengiring:
✨ Cikgu W. Mardhiah
✨ Cikgu Norlailihisham
✨ Cikgu Tengku Azwanis

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
SMK Kampong Chengal terus unggul!

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS PASUKAN DEBAT BAHASA INGGERIS SMK KAMPONG CHENGAL! 🏆Dengan penuh rasa bangga dan syukur, warga SMK ...
25/06/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS PASUKAN DEBAT BAHASA INGGERIS SMK KAMPONG CHENGAL! 🏆

Dengan penuh rasa bangga dan syukur, warga SMK Kampong Chengal mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pas**an Debat Bahasa Inggeris atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Peringkat Negeri dalam Pertandingan Debat Generasi MADANI Kategori Bahasa Inggeris.

Kejayaan yang amat membanggakan ini merupakan hasil usaha gigih, dedikasi dan semangat juang yang tinggi daripada para peserta serta bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi daripada guru-guru pembimbing.

🌟 Barisan peserta:

1. Munahasya 'Ilmi Nursafiya Binti Nor Helme
2. Nor Azwa Safrina Binti Muhamad Nor Zainudin
3. Nur Atelia Alia Binti Ahmad Faizail
4. Nur Anis Adriana Binti Yusni
5. Mohd Aqif Bin Mat Denan

👩‍🏫 Guru Pembimbing:
Pn. Yusniza Yusuf
Pn. Nasywa Zubir

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid SMK Kampong Chengal mempunyai keupayaan yang tinggi dalam bidang pengucapan awam, pemikiran kritis dan penghujahan yang mantap. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengejar kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada para ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas sokongan serta doa yang berterusan sepanjang perjalanan pas**an ini.




🏆👏🎉

Sinergi Akademik SPM PPDKB 2026SMK Kampong Chengal telah menerima kunjungan dan bimbingan profesional daripada Pejabat P...
24/06/2026

Sinergi Akademik SPM PPDKB 2026

SMK Kampong Chengal telah menerima kunjungan dan bimbingan profesional daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu melalui program Sinergi Akademik SPM PPDKB 2026 yang memberi fokus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Sains.

Terima kasih kepada:
En. Mohd Anusidiqie bin Anuar
Timbalan PPD,
Sektor Pembelajaran PPD Kota Bharu

SISC+
En. Mohd Nazri bin Awang
Pn. Wan Rohana bt. Wan Mohd Rani
Pn. Nik Haslin bt. Nik Supian
En. Wan Bazlan bin Wan Idris

Semoga perkongsian, bimbingan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat memperkukuh usaha meningkatkan kecemerlangan calon SPM SMK Kampong Chengal.

21/05/2026

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Cikgu Mohd Hazani bin Mahadi, Guru Kanan Bahasa SMK Kampong Chengal.

21/05/2026

Majlis Sambutan Hari Guru 2026

“Guru Bitara, Nadi Negara” ✨
Di sebalik setiap kejayaan, ada insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa.

Terima kasih buat semua guru atas segala pengorbanan, ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah. Semoga terus menjadi inspirasi dan cahaya buat generasi akan datang. 💐📚

16/04/2026

TAHNIAH ANAK-ANAK SMK KAMPONG CHENGAL!
KAMI BANGGA DENGAN ANDA! ❤️

Melihat trend keputusan SPM dalam tempoh 5 tahun ini, hati kami berbunga bangga. Jatuh bangun, s**a duka, semuanya terbayar apabila keputusan SPM diumumkan. SMK Kampong Chengal bukan sekadar sekolah, tapi sebuah keluarga yang melahirkan insan cemerlang.

Terima kasih kepada Guru-guru yang menganggap murid-murid seperti anak sendiri. Terima kasih kepada Ibu Bapa yang sentiasa menjadi 'tulang belakang' paling kuat.

Buat calon SPM 2025, walau apa pun keputusan anda, ingatlah bahawa ini hanyalah permulaan. Teruskan melangkah, teruskan berbakti.

SEKALUNG TAHNIAH : HERO SPM 2025 KAMI! Pihak sekolah dengan penuh rasa bangga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ...
15/04/2026

SEKALUNG TAHNIAH : HERO SPM 2025 KAMI!

Pihak sekolah dengan penuh rasa bangga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang permata SMK Kampong Chengal yang telah mencatatkan keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini!

Tahniah diucapkan kepada:

🎓 NUR AEDLIN HANIM BINTI NAZRI

🎓 NUR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

🎓 MUHAMMAD HAZIQ BIN CHE SANUSI

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, disiplin, dan doa yang tidak putus-putus. Semoga pencapaian luar biasa ini menjadi inspirasi kepada adik-adik untuk terus memburu kecemerlangan.

Terima kasih juga kepada para guru dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan ini. Syabas semua!

Jom Kenali 7 Teras Strategik: Rancangan Pendidikan Malaysia (2026 - 2035)!Salam Sejahtera dan Salam Madani kepada semua ...
03/04/2026

Jom Kenali 7 Teras Strategik: Rancangan Pendidikan Malaysia (2026 - 2035)!

Salam Sejahtera dan Salam Madani kepada semua warga SMK KG Chengal!

Adakah anda sedia untuk masa depan pendidikan negara kita?

Jom kita sama-sama meneliti poster informatif yang memaparkan "7 Teras Strategik: Rancangan Pendidikan Malaysia (2026 - 2035)". Rancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dirangka dengan teliti untuk memastikan sistem pendidikan kita sentiasa relevan, terangkum, dan dinamik.

Poster ini dengan jelas menerangkan 7 teras utama transformasi kita:

✅Teras Strategik 1 : Memastikan Sistem Pendidikan Malaysia yang Terangkum, Dinamik dan Relevan
✅Teras Strategik 2 : Mengoptimumkan Potensi Setiap Murid Melalui Pengalaman Pembelajaran yang Bermakna untuk Menjadi Warganegara Global
✅Teras Strategik 3 : Mentransformasikan Pendidik agar Berkeupayaan Tinggi dan Berorientasikan Masa Hadapan
✅Teras Strategik 4 : Memantapkan Prasarana Fizikal dan Digital di Semua Institusi Pendidikan KPM
✅Teras Strategik 5 : Mempergiat Sinergi Antara Institusi Pendidikan KPM dengan Semua Pihak Berkepentingan
✅Teras Strategik 6 : Membudayakan Kemampanan dalam Ekosistem Pendidikan
✅Teras Strategik 7 : Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus dan Sistem Penyampaian

Kami di SMK KG Chengal, di bawah pimpinan Pengetua kami,
En. Jafri Bin Jaffar, amat komited untuk memahami dan menyokong hala tuju ini. Beliau menekankan bahawa kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti adalah kunci untuk mencapai cita-cita murni ini. Ini adalah "Nadi Transformasi Sistem Pendidikan Negara".

Marilah kita semua, sebagai satu komuniti, bersatu hati demi masa depan pendidikan anak-anak kita dan generasi akan datang.

Jom fahami, sokong, dan kongsikan!

Address

Kota Bharu
16450

Telephone

+601165733730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Kampong Chengal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category