28/11/2019
📝 Pelajaran hari ini :
📌 Nampak macam kesalahan kecil tetapi sebenarnya kesalahan besar, mungkin boleh membatalkan solat.
Hari ini kita akan mempelajari kesalahan besar (major mistake). Jika sengaja melakukan kesalahan besar daripada salah satu dari 5 rukun qauli dalam solat, mungkin ia boleh membatalkan solat. Tidak mahu belajar adalah salah satu tindakan yang mungkin membuatkan kita sememangnya sengaja melakukan kesalahan tersebut, walaupun kita tidak menyedari.
Semalam kita telahpun mempelajari tentang SB. Ada 3 ciri-ciri kesalahan besar dan salah satunya adalah sbb. Apa sb itu? sb ialah salah baris. Salah baris adalah salah satu ciri kesalahan besar. Hari ini level 2, kita akan mempelajari apa nama kesalahan ini dalam ilmu tajwid.
Semalam kita telah mempelajari salah satu ciri daripada 3 ciri kesalahan besar ataupun dipanggil lahnul jali. Kita hendak sebut major mistake pun boleh, tetapi istilah dalam ilmu tajwid, ia dipanggil lahnul jali. Semalam kita telahpun mempelajari salah satu ciri lahnul jali ini iaitu sb dan hari ini kita akan menambah satu lagi ciri iaitu ttb. Apa itu ttb? Tambah, tukar, buang huruf. Samada tambah huruf, tukar huruf ataupun buang huruf.
1. Tambah huruf.
Contohnya dalam surah Al-Fatihah : 5.
إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ
Pada kalimah نَعۡبُدُ kita memanjangkan pada huruf دُ seolah-olah kita telah menambah huruf dan ini boleh membatalkan solat.
2. Tertukar huruf.
Kesalahan ini, lagi ramai orang yang melakukannya. Contohnya dalam surah Al-Fatihah, الحمد huruf ha pedas (ح) tertukar dengan huruf ha simpul (ه). Huruf ذ bertukar dengan ز. Huruf ث bertukar dengan س. Terlalu banyak kesalahan begini. Dalam Al-Fatifah, terdapat 95 kesalahan, yang boleh membatalkan solat.
3. Buang huruf.
Contohnya membaca surah Al-Fatihah sendiri dengan laju dalam solat disebabkan hendak cepat. Bacaan yang 2 harakat kalau kita pendekkan, seolah-olah kita membuang huruf mad. Perlu panjangkan sedikit sekadar 2 harakat.
Adakah kita mendapat pelajaran hari ini? Iaitu TTB. Tambah, tukar, buang.
Ayuh pelajari banyak lagi di Sunni Centre , Ketereh . Insyallah.