01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.
Daulat Tuanku.
Sembah Takzim daripada Warga Kerja
Workwell Asia Sdn. Bhd.
31/05/2026
Coretan 31 Mei 2026
Sebelum start menoreh esok kita gi servis keta dulu untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan fungsi kenderaan untuk berbakti kepada tuannya
27/05/2026
Coretan 27 Mei 2026
"Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam terutama kenalan, kawan, sahabat dan sanak saudara yang mengenali diri ini, Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan pada hari yang mulia ini mengajar erti ihsan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga ibadah korban diterima Allah SWT dan hidup kita sentiasa diberkati. Akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada
BizCoach Ab Aziz
25/05/2026
Mohamed Salah and Andy Robertson, thank you ❤️❤️❤️
20/05/2026
Coretan 20 Mei 2026
Alhamdulillah syukur kepadaNya telah selesai dengan jayanya Program Pemantapan Perkhidmatan Kerja Sosial, JKM Negeri Kelantan dengan penutupan program dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Che Samsuzuki Bin Che Noh, Pengarah JKM negeri Kelantan.
Selaku penyedia latihan tiada ape yang paling teruja dan mengembirakan apabila mendapat feedback yang sangat positif dari peserta dan pihak client.
18/05/2026
Coretan 18 Mei 2026
Berkampung di sini selama 3D2N bersama adikanda Coach Faez untuk program pembangunan modal insan JKM negeri Kelantan
16/05/2026
Coretan 16 Mei 2026
Hari ini kena shooting untuk last scene cuma kali ini dibuat di Kota Bharu, terima kasih kepada semua crew kerana sudi bantu saya dalam menjayakan scene terakhir sy. Sekarang nie just tunggu program ini akan ditayangkan pada bulan Ogos di Astro Prima.
16/05/2026
🌟 SELAMAT HARI GURU 2026 🌟
"Guru Bitara Nadi Negara"
Di sebalik setiap kejayaan seorang usahawan, lahirnya seorang guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk pemikiran untuk terus melangkah ke hadapan.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pencetus keyakinan, pembina disiplin dan pencorak masa depan generasi. Dari sebuah kelas kecil, lahir pemimpin, usahawan dan insan berjaya yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang terus menabur bakti tanpa mengenal penat dan lelah. Segala ilmu, nasihat dan pengorbanan anda akan terus menjadi cahaya dalam perjalanan kehidupan anak bangsa.
✨ “Seorang usahawan mungkin membina empayar kejayaan, namun seorang guru adalah insan yang membina pemikiran, disiplin dan keyakinan di sebalik setiap kejayaan itu.”
Selamat Hari Guru 2026.
Guru Berilmu, Negara Bermutu.
Ikhlas daripada,
BizCoach Ab Aziz
Workwell Asia Sdn Bhd
Ruang • Peluang • Manfaat
15/05/2026
Coretan 15 Mei 2026
Mengiringi sesi lawatan usahawan keropok Tok Bali bersama Insken dan Penilaian Outcome (BPPU), KUSKOP bagi pemantauan pelaksanaan Fasa 3 Pembangunan Industri untuk program SDSI industri Keropok Tok Bali