03/05/2026
TAHNIAH KEPADA PESERTA KURSUS GURU SRITI SIRI 2 KOHORT V PERINGKAT NEGERI SABAH 2026
Assalamualaikum WBT
Pihak Pengurusan SRITI Al Makwa dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada empat orang guru pelatih dari Kota Belud yang telah selesai menghadiri Kursus Guru SRITI SIRI 2 Kohort V Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 anjuran Jabatan SRITI Negeri Sabah.
Kursus tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Daerah Papar, Sabah pada 1 hingga 3 Mei 2026.
Pihak sekolah menzahirkan penghargaan atas komitmen, iltizam dan pengorbanan yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh kursus berlangsung.
Semoga segala ilmu, input pedagogi dan perkongsian pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di SRITI Al Makwa.
Semoga usaha murni para guru diberkati Allah SWT dan menjadi saham akhirat yang berterusan.
Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di atas penganjuran kursus yang bermanfaat ini.
Sekian, terima kasih.
"MEMBINA GENERASI RABBANI & MURABBI"