SJKC Chung Hwa Kota Belud Sabah 古打毛律中华学校

SJKC Chung Hwa Kota Belud Sabah 古打毛律中华学校 古打毛律中华学校
Official page for SJK (C) Chung Hwa Kota Belud 2025

25/08/2026

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! 🤲🥹

Segala penat lelah, pengorbanan masa dan tenaga akhirnya membuahkan hasil.

Pasukan Kota Belud berjaya melepasi Saringan 1 dan diumumkan sebagai TOP 5, sekali gus layak ke Peringkat Kebangsaan secara bersemuka di Johor Darul Ta’zim pada September nanti! 🇲🇾🔥

Penat lelah, kesungguhan dan pengorbanan anak-anak murid kita akhirnya terbalas dengan sebuah kejayaan yang begitu bermakna. Setiap latihan, setiap usaha dan setiap cabaran yang ditempuhi menjadi bukti bahawa kesungguhan tidak pernah mengkhianati hasil. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada GB, pihak pentadbir, rakan-rakan guru, guru-guru jurulatih, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan kepercayaan kepada pasukan ini.

Saat nama NEGERI SABAH bergema di dewan penjurian menjadi satu detik yang pastinya akan dikenang. 🥹🤲

Alhamdulillah atas rezeki ini. Perjuangan belum selesai — Kota Belud, kita ke Johor! 💪🔥

SABAH BOLEH! 🇲🇾

15/08/2026
Berita baik dari Semporna!Tahniah untuk Pasukan Robotik SJKC Chung Hwa Kota Belud kerana telah berjaya merangkul gelaran...
15/08/2026

Berita baik dari Semporna!

Tahniah untuk Pasukan Robotik SJKC Chung Hwa Kota Belud kerana telah berjaya merangkul gelaran *Johan* 🥇 dalam *Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026* dalam Kategori Robomission Rookie Primary (SJKC) 💐

Nama Pasukan : Robotitans (T1203)
Nama Murid :
1) Jayden Goh Ming You
2) Oliver Vun Ian
3) Alexavier Vun Ezhe
Guru Pengiring :
Cikgu Brian dan GB Evolyn

Sepakat CHKB Hebat!
同心同行 沐泽中华!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada :
🌻 Pn Chin Nyok Yen @ Evolyn selaku Guru Besar kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada pasukan sekolah untuk menimba pengalaman berharga dalam pertandingan ini.

🌻Barisan penolong kanan, rakan-rakan guru yang telah membantu sepanjang tempoh persiapan walau disaat akhir serta seluruh warga CHKB yang telah memberikan sokongan, doa dan dorongan kepada pasukan ini.

🌻 PIBG SJKC Chung Hwa Kota Belud yang diterajui oleh Pn Gui Siau Len, YDP PIBG atas sumbangan Kit Rasmi Pertandingan kepada pihak sekolah.

🌻 Para ibu bapa yang telah memberikan sokongan penuh demi pemerkasaan kemenjadian murid khususnya dalam bidang STEM dan STI.

Semoga kejayaan pada hari ini menjadi suntikan semangat buat kita semua untuk tidak menyerah kalah, terus memandang ke hadapan dan percaya bahawa setiap usaha pasti membuahkan hasil.

Sekian,
Cikgu Brian Ginsos

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi PIBG SJK(C) Chung Hwa Kota Belud, Puan GUI  SIAU LEN  (魏小莲女士) atas su...
08/08/2026

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi PIBG SJK(C) Chung Hwa Kota Belud, Puan GUI SIAU LEN (魏小莲女士) atas sumbangan penajaan jersi Kejohanan Bola Keranjang 3x3 Tahun 2026 🏀.

Sokongan dan keprihatinan Puan terhadap pembangunan sukan sekolah amat dihargai dan menjadi pemangkin semangat kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Semoga jasa baik dan kemurahan hati Puan sentiasa diberkati serta diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan.

“Bersama-sama membina kemenjadian murid yang cemerlang.” ❤️🏀



衷心感谢古打毛律中华学校家教协会主席 魏小莲女士 慷慨赞助 2026年3x3篮球赛球衣 🏀。

魏主席一直以来对学校体育发展的关心与支持,不仅减轻了活动筹办的负担,更为学生们注入了无限的动力与信心,让他们能够在赛场上尽情发挥,展现中华学子的风采。

您的热心奉献与无私付出,我们铭记于心。谨此致上最诚挚的谢意!

祝愿魏小莲女士身体健康、家庭幸福、事业兴旺,万事如意!❤️🏀

饮水思源,感恩有您;携手同行,共育英才。

#古打毛律中华学校
#家教协会

#感恩赞助
#携手培育未来栋梁

Selamat pagi semua.Mohon semua murid masuk ke pautan YouTube Live untuk menyaksikan Pertandingan Pidato Duo Peringkat Ne...
08/08/2026

Selamat pagi semua.

Mohon semua murid masuk ke pautan YouTube Live untuk menyaksikan Pertandingan Pidato Duo Peringkat Negeri Sabah yang sedang berlangsung.

Untuk mendapatkan markah PAJSK peringkat negeri, semua murid yang menonton diminta meninggalkan komen di ruangan komen YouTube dengan maklumat berikut:

Nama, Daerah, Sekolah

📌 Contoh:
Aiman, Kota Belud, SJK(C) Chung Hwa Kota Belud

Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna buat wakil sekolah kita, Khairiz dan Nldy. 🙏🏻

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

06/08/2026

🚒 消防与灾害安全教育活动 | PROGRAM KESELAMATAN BENCANA DAN KEBAKARAN🔥

防范灾害,守护安全!🧯

今天,古打毛律中华学校全体师生有幸参与由马来西亚消防与拯救局(古打毛律分局)举办的消防与灾害安全教育活动。通过安全讲解、消防器材示范及火灾疏散演习,同学们学习了宝贵的防灾知识,提升安全意识,为打造安全校园共同努力。❤️
Keselamatan bermula dengan kesedaran. Melalui program ini, murid-murid bukan sahaja mempelajari teori, malah berpeluang melihat sendiri demonstrasi peralatan bomba serta menyertai latihan pengungsian (Fire Drill). Ilmu yang dipelajari hari ini diharapkan dapat dipraktikkan pada saat diperlukan.

❤️ 衷心感谢马来西亚消防与拯救局(古打毛律分局)全体消防员的到来!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Belud atas kesudian hadir berkongsi ilmu, memberi tunjuk ajar dan mendidik warga sekolah. Jasa dan pengorbanan para pegawai serta anggota bomba dalam melindungi nyawa dan harta benda masyarakat amat kami hargai.

向每一位消防英雄致敬!Salute kepada Wira Merah!🚒❤️

Sepakat Chung Hwa Hebat
同心同行 沐泽中华

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSS SABAH 2026 🏐🎉 Tahniah Pasukan Bola Jaring SJK(C) Chung Hwa, Kota Belud! 🎉 恭喜古打毛律中华学校英式篮球队小将们...
02/08/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSS SABAH 2026 🏐

🎉 Tahniah Pasukan Bola Jaring SJK(C) Chung Hwa, Kota Belud! 🎉 恭喜古打毛律中华学校英式篮球队小将们!🏐

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Belud ke Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah 2026. Terima kasih atas semangat juang, komitmen dan usaha yang telah diberikan sepanjang kejohanan. ❤️🏐
恭喜三位小将成功代表古打毛律县参加 2026年沙巴州英式篮球锦标赛(MSS Sabah)。感谢你们在比赛中展现出顽强拼搏的精神、坚定的信念与不懈的努力,为学校和县区争光!❤️🏐

🏐 MSS SABAH 2026
📅 1–2 Ogos 2026
📍 SK St. Joseph, Papar

🎉 PENCAPAIAN 成绩
🥈 Naib Johan(亚军)

🏅 ANUGERAH INDIVIDU 个人奖项
🌟 Evie Ivy Alfius – Penyerang Terbaik(最佳攻击球员)

🎉 WAKIL SEKOLAH 学校代表
1. Evie Ivy Alfius
2. Annur Darwisyah Binti Jamaideh
3. Ellisya Vanessa Elvin

👩‍🏫 GURU YANG TERLIBAT 指导老师
• Jurulatih: Cik Fenny Chin Mui Mui

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru, barisan pengurusan pasukan, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan kepada anak-anak pasukan Bola Jaring SJK(C) Chung Hwa, Kota Belud. ❤️
衷心感谢学校、老师、教练团队、家长及所有一直给予支持、鼓励与协助的各界人士。因为有你们的陪伴与付出,孩子们才能在赛场上发挥最佳表现,为校争光!❤️

🎊 Tahniah kepada Ivy, Annur dan Vanessa! Terima kasih kerana telah membawa nama sekolah dan daerah ke pentas MSS Sabah 2026 dan berjaya meraih Naib Johan! Lebih membanggakan, Ivy turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik kejohanan. 🌟🏐
🎊 恭喜 Ivy、Annur 和 Vanessa!感谢你们代表学校及古打毛律县征战 MSS Sabah 2026,成功勇夺亚军!更值得骄傲的是,Evie Ivy Alfius 荣获「最佳攻击球员」,为学校再添荣耀!🌟🏐

Semoga kejayaan ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat untuk terus berusaha, berkembang dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! 💪🏻🏐✨
愿这份荣耀成为你们成长路上最珍贵的回忆,并激励大家继续努力、不断突破,再创辉煌!💪🏻🏐✨

Sepakat Chung Hwa Hebat
同心同行 沐泽中华

23/07/2026

Address

Peti Surat 14
Kota Belud
89157

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+60199388310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKC Chung Hwa Kota Belud Sabah 古打毛律中华学校 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category