SMK Arshad, Kota Belud

SMK Arshad, Kota Belud SMK Arshad, Kota Belud merupakan satu daripada sembilan Sekolah Menengah buah Sekolah Menengah di daerah Kota Belud.

Singkatan bagi nama SMK Arshad ialah SMARD dan Moto bagi sekolah ialah "SMARD Terus Unggul".

08/08/2026

Ayuh rakyat Malaysia, berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan, malam ini!

Misi ke separuh akhir masih terbuka luas😎

Klik bio/komen untuk baca artikel penuh.


🏑 KEPUTUSAN LIGA HOKI MSSD KOTA BELUD 2026 🏑​Sukacita dimaklumkan keputusan pencapaian pasukan hoki bawah 18 tahun (U18)...
23/07/2026

🏑 KEPUTUSAN LIGA HOKI MSSD KOTA BELUD 2026 🏑

​Sukacita dimaklumkan keputusan pencapaian pasukan hoki bawah 18 tahun (U18) yang telah beraksi cemerlang hari ini di Padang Hoki Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu:

​🏆 Kategori Lelaki U18 (Juara Liga)
✅ ​Pemain Penjaring:
• ​Muhammad Fayyadh Izzuddin - 3 Hikmah (Pusingan Kedua Liga)
• ​Ahmad Ray Affendy - 3 Bijaksana (CVC)

​🥉 Kategori Perempuan U18 (Tempat Ketiga Liga)
​Pencapaian: Seri dalam 3 perlawanan.

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas komitmen serta usaha hebat yang ditunjukkan! 👏🔥

Program Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kraf. Kraf Anyaman Serdang dan Mencanting Batik
22/07/2026

Program Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kraf.

Kraf Anyaman Serdang dan Mencanting Batik

Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.Teruslah bersinar wahai...
18/07/2026

Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Teruslah bersinar wahai anak-anak SMARD, kerana setiap kejayaan yang diraih hari ini adalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih gemilang.
Bersama melangkah, bersama mencipta sejarah. SMARD Terus Unggul.

Encik Anjan Ruddin
Pengetua SMK Arshad, Kota Belud

Salam Hormat Warga SMARD Seuntai harapan terjalin indah,Selembar usaha terpahat megah.Anak-anak diasuh dengan kasih dan ...
04/07/2026

Salam Hormat Warga SMARD

Seuntai harapan terjalin indah,
Selembar usaha terpahat megah.
Anak-anak diasuh dengan kasih dan ilmu,
Akan lebih bermakna apabila sekolah dan keluarga melangkah seiring menuju satu tujuan.

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, SMK Arshad Kota Belud (SMARD) menjemput seluruh ibu bapa, penjaga, murid serta warga SMARD untuk bersama-sama menghadiri Majlis Penyerahan Rekod Kemajuan Murid & Dialog Prestasi Tahun 2026.

Hadirlah bukan sekadar untuk menerima rekod pencapaian, tetapi untuk menyemai harapan, memperkukuh ukhwah, dan membina jambatan kerjasama demi masa depan anak-anak yang lebih gemilang.

Apabila guru mendidik dengan ikhlas,
Ibu bapa menyokong dengan kasih,
Dan murid berusaha dengan tekun,
Maka lahirlah generasi yang bukan sahaja cemerlang ilmunya, bahkan luhur akhlaknya.

Ayuh, bersama kita satukan langkah, eratkan kerjasama, dan cipta kejayaan yang lebih hebat.

Kerjasama Erat, Kejayaan Hebat!

SMARD TERUS UNGGUL

Anjan Ruddin
Pengetua SMK Arshad, Kota Belud.

Setinggi-tinggi penghargaan dan sejambak kasih dihamparkan buat UMCares serta Fakulti Pendidikan Universiti Malaya atas ...
30/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan sejambak kasih dihamparkan buat UMCares serta Fakulti Pendidikan Universiti Malaya atas kesudian menjejakkan langkah ke SMK Arshad, Kota Belud.

Kehadiran kalian ibarat embun yang menyegarkan taman ilmu, menyemai harapan dan menyuluh jalan generasi pewaris bangsa.

Semoga jalinan ukhuwah yang terpatri ini terus mekar, membawa manfaat yang berkekalan serta keberkatan buat semua.

Terima kasih.

Encik Anjan Ruddin
Pengetua SMK Arshad, Kota Belud Sabah.

Di bawah langit takbir yang syahdu,terhimpun makna ikhlas dan pengorbanan.Salam Hari Raya Aidiladha,andai ada khilaf ter...
26/05/2026

Di bawah langit takbir yang syahdu,
terhimpun makna ikhlas dan pengorbanan.

Salam Hari Raya Aidiladha,
andai ada khilaf tersulam kata,
mohon diampun sepenuh jiwa.

Semoga rahmat dan kasih-Nya
sentiasa memayungi kita semua.

Address

SMK Arshad, Peti Surat 19
Kota Belud
89157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Arshad, Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category