My Backyard Project MTAF
Sebuah platform berkonsepkan ilmu dan pendidikan praktikal. Ianya dibuat berunsurkan teknologi mudah di dalam bidang penternakan dan pertanian. Platform ini menggunakan inovasi manipulasi ruang kosong yang selalu ada berhampiran dengan tempat kita tinggal. Sama ada untuk di jadikan hobi atau pun bertukar menjadi tempat menambah pendapatan sampingan, platform ini boleh mem
bantu anda untuk belajar bagaimana untuk bermula dengan meneroka minat dan kreativiti anda dengan lebih baik. Selain itu, platform ini juga boleh menjadi tempat untuk pelajar membuat kajian dan belajar sesuatu tentang inovasi dan sains pertanian. Ianya seperti sebuah bilik darjah yang di penuhi dengan pelbagai elemen menarik di dalam satu kawasan tanpa perlu untuk pergi jauh. Selain itu, ianya juga sesuai dijadikan sebagai tempat lawatan sambil bercuti bersama keluarga secara santai. Ilmu dan pengalaman menarik adalah perkara utama yang kami ingin sediakan untuk pelawat yang hadir ke sini.