Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani

Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani Menawarkan pengajian Tahfiz dan Pengajian Alim.

Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani (MTDHMS) ialah satu institusi pendidikan yang memberikan peluang kepada umat Islam khususnya di Kota Belud, dalam misi melahirkan ulama, pendakwah dan ilmuan Islam.

PERKEMBANGAN PEMBINAANSurau Ad-Dhuha & Bangunan Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor SaniKampung Botung, Kota BeludAlhamdul...
10/05/2026

PERKEMBANGAN PEMBINAAN
Surau Ad-Dhuha & Bangunan Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani
Kampung Botung, Kota Belud

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha serta bangunan Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani kini sedang giat dijalankan dan menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan.

Semoga setiap usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan dipermudahkan serta menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang dan pihak yang terlibat.

Madrasah ini diharapkan menjadi pusat ilmu, ibadah dan pembangunan sahsiah generasi Islam pada masa akan datang, khususnya untuk masyarakat setempat.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar proses pembinaan ini berjalan lancar sehingga siap sepenuhnya demi kemudahan para pelajar dan jemaah.

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AD-DHUHA & TANDAS Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha, Madrasah Tah...
29/04/2026

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AD-DHUHA & TANDAS

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani kini sedang giat dijalankan.

Bangunan utama surau di sebelah kiri telah mula menampakkan struktur dan ruang solat, manakala pembinaan tandas surau di sebelah kanan juga sedang berjalan dengan baik demi keselesaan para pelajar, jemaah dan pengunjung nanti.

Semoga setiap sumbangan, doa dan sokongan daripada para penyumbang menjadi asbab tertegaknya sebuah tempat ibadah dan pusat ilmu yang memberi manfaat berpanjangan buat umat Islam.

🤲 Marilah sama-sama kita terus mendoakan agar segala urusan pembinaan dipermudahkan, dilancarkan dan disiapkan dengan sempurna.

“Barangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.”

Imbas kembali-Kehadiran Pegawai JHEAINS Daerah Kota BeludAlhamdulillah, telah berlangsung sesi pengukuran dan penentuan ...
28/04/2026

Imbas kembali-

Kehadiran Pegawai JHEAINS Daerah Kota Belud
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi pengukuran dan penentuan arah kiblat oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kota Belud di Surau Ad-Dhuha, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani.
Usaha ini amat penting bagi memastikan ketepatan arah kiblat demi kesempurnaan ibadah para pelajar dan jemaah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JHEAINS atas kerjasama dan khidmat yang diberikan.
Semoga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. 🤲

Alhamdulillah, perkembangan terkini pembinaan Surau Ad-Dhuha di Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani (Al-Mansuroh) me...
23/04/2026

Alhamdulillah,

perkembangan terkini pembinaan Surau Ad-Dhuha di Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani (Al-Mansuroh) menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

Struktur utama bangunan kini sedang giat didirikan, dengan kerja-kerja pemasangan tiang, dinding dan asas berjalan lancar hasil usaha para pekerja serta sokongan semua pihak.

Selain itu, pembinaan tandas juga telah bermula bagi melengkapkan kemudahan asas untuk kegunaan para jemaah.

Kami amat menghargai setiap sumbangan, doa dan sokongan yang berterusan daripada para dermawan dan masyarakat. Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AD-DHUHAMadrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (Al-Mansuroh)Alhamdulillah, kerja-ke...
16/04/2026

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AD-DHUHA

Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (Al-Mansuroh)

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha kini sedang giat dijalankan.

Antara perkembangan terkini adalah pembinaan tempat wuduk, yang merupakan salah satu kemudahan penting bagi memastikan keselesaan para jemaah dalam melaksanakan ibadah.

Semoga setiap sumbangan, tenaga dan doa daripada semua pihak menjadi asbab tertegaknya rumah Allah ini serta mengalir sebagai pahala yang berterusan (sadaqah jariah).

Kami amat mengalu-alukan sumbangan dan sokongan berterusan daripada para dermawan bagi melengkapkan pembinaan ini.

IMBAS KEMBALI - CERAMAH : MAHABBAH GAZAAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah bersama Ustaz Noorazman p...
16/04/2026

IMBAS KEMBALI - CERAMAH : MAHABBAH GAZA

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah bersama Ustaz Noorazman pada 11 Oktober 2025 bertempat di Masjid Tumbulion.

Ceramah yang bertajuk “Mahabbah Gaza” ini telah menyentuh hati para hadirin, mengajak kita semua untuk terus menanam rasa kasih, keprihatinan serta doa yang berterusan buat saudara-saudara kita di bumi Gaza.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Masjid Tumbulion dan Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani, dengan kehadiran masyarakat yang amat memberangsangkan.

Selepas beberapa hari berada di Sabah, kami juga sempat berkunjung bagi mengeratkan silaturahim bersama Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, M***i Negeri Sabah.

Semoga segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat, menyuburkan iman serta menguatkan ukhuwah dalam kalangan kita.

“Dari hati yang peduli, lahirnya doa yang tidak pernah putus.”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (Al-Mansuroh) t...
13/04/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (Al-Mansuroh) terus diberi kekuatan dalam usaha membangun dan memartabatkan pendidikan Islam di negeri Sabah.

Dengan penuh rasa syukur, pihak madrasah telah menerima kunjungan hormat daripada Ustaz Anuar Ali bersama beberapa rakan ke tapak pembinaan Surau Ad-Dhuha yang terletak di Madrasah Al-Mansuroh, Kg. Botung, Kota Belud, Sabah. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa pembinaan serta memberi sokongan moral dan doa terhadap usaha murni ini.
Dalam masa yang sama, pihak madrasah turut menganjurkan Majlis Open House Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan. Majlis tersebut diserikan dengan bacaan doa selamat serta tahlil, memohon keberkatan, keselamatan dan kelancaran segala urusan pembangunan madrasah serta kesejahteraan seluruh warga.

Pihak madrasah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Anuar Ali serta semua tetamu yang hadir atas sokongan, keprihatinan dan doa yang diberikan. Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.
Sehubungan itu, pihak madrasah amat mengalu-alukan sumbangan dan infak daripada orang ramai bagi membantu menyiapkan pembinaan Surau Ad-Dhuha demi kemudahan para pelajar dan masyarakat setempat.
“Bersama Membina Generasi Huffaz, Menuju Keredhaan Ilahi”
Sekian, terima kasih.

Pengurusan
Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani
(Al-Mansuroh)
Kg. Botung, Kota Belud, Sabah

Alhamdulillah 🤲Perkembangan terkini pembinaan Surau Ad-Dhuha, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (AlMansuroh) berjal...
07/04/2026

Alhamdulillah 🤲

Perkembangan terkini pembinaan Surau Ad-Dhuha, Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani (AlMansuroh) berjalan dengan lancar. Struktur asas bangunan kini semakin jelas kelihatan dan kerja-kerja pembinaan sedang giat di laksanakan.

Setiap batu yang disusun adalah hasil sokongan dan sumbangan semua pihak yang prihatin terhadap pembangunan institusi ini. Semoga usaha ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat kita semua.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan, doa dan sokongan berterusan daripada orang ramai agar pembinaan surau ini dapat disiapkan dengan sempurna dan memberi manfaat kepada para pelajar serta komuniti setempat.

“Barangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.

Salurkan INFAQ anda di akaun
BANK RAKYAT: *1102399282 ( Madrasah Tahfiz Datuk Hj.Mansoor Sani )*

Semoga Setiap INFAQ/SUMBANGAN muslimin dan muslimat menjadi saksi di yaumal masyar

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga dipermudahkan segala urusan.





Perkembangan Terkini Pembinaan Surau Ad-DhuhaAlhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha di Madrasah Tahfiz Datu...
11/03/2026

Perkembangan Terkini Pembinaan Surau Ad-Dhuha

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Surau Ad-Dhuha di Madrasah Tahfiz Datuk Hj. Mansoor Sani, Kg Botung, Kota Belud kini menunjukkan perkembangan yang baik. Tapak lantai konkrit telah siap dan beberapa tiang utama bangunan sedang didirikan.

Semoga pembinaan ini berjalan lancar dan siap sepenuhnya untuk kegunaan para pelajar tahfiz serta masyarakat setempat sebagai tempat ibadah dan aktiviti keagamaan.

09/03/2026

Alhamdulillah 🤲

Perkembangan terkini pembinaan Surau Ad-Dhuha di tapak Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani, Kg Botung, Kota Belud.

Hari ini kerja menuang dan meratakan lantai konkrit asas surau sedang dijalankan dengan kerjasama para pekerja di tapak pembinaan. Ini merupakan salah satu fasa penting sebelum struktur bangunan surau didirikan.

Semoga segala urusan pembinaan dipermudahkan dan menjadi asbab terbinanya sebuah rumah ibadah yang memberi manfaat kepada para pelajar tahfiz serta masyarakat setempat.

Kami amat mengalu-alukan sokongan dan doa daripada semua pihak agar projek ini dapat disiapkan dengan lancar.

Address

Madrasah Tahfiz Datuk Hj Mansoor Sani, Kampung Botung, Tampasuk 2
Kota Belud
89158

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tahfiz Datuk Haji Mansoor Sani:

Shortcuts

Share

Category