Institut Pertanian Sabah

Institut Pertanian Sabah Sekolah Vokasional Pertanian menawarkan Sijil Pertanian sejak 20hb Mac 1970 dan dikenali sebagai Insitut Pertanian Sabah pada 1980 sehingga kini.

IP Sabah ditadbir di bawah Bahagian Operasi dan Latihan, Jabatan Pertanian Sabah.

10/07/2026

Selamat bersara Encik Azlan!

06 Julai 2026 | IsninMesyuarat Kakitangan IPS bil.3 Sesi 2026
09/07/2026

06 Julai 2026 | Isnin

Mesyuarat Kakitangan IPS bil.3 Sesi 2026

06 Julai 2026 | IsninMajlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih (Persaraan).01. Encik Jaslon Gondolos(Penolong Pegawai Pertani...
09/07/2026

06 Julai 2026 | Isnin

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih (Persaraan).

01. Encik Jaslon Gondolos
(Penolong Pegawai Pertanian G5)
Beliau merupakan bekas pelajar IPS batch 3 tahun dan berkhidmat dengan Jabatan Pertanian ditempatkan di Institut Pertanian Sabah, tempat beliau belajar dahulu. Beliau mula berkhidmat di IPS dari tahun 2000 dan 05/05/2026 adalah hari terakhir beliau berkhidmat dan bersara wajib. Beliau di tugaskan sebagai Penolong Pegawai Pertanian (AAO) merangkap penyelia ladang dalam kursus pengkhususan perladangan (Estet). Beliau sangat berpengalaman dalam pengurusan ladang seperti tanaman kelapa sawit, getah, kopi dan kelapa. Banyak pengalaman beliau perolehi sewaktu bekerja di IPS dalam menguruskan ladang tanaman ini. Beliau juga banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan pelajar dalam pengurusan perladangan. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam sukan jabatan dan mewakili Zon Utara dalam sukan badminton, bola sepak dan banyak lagi sukan yang beliau pernah memenangi pingat emas dan menyumbang kepada kontinjen.

02. Encik Azlan Bin pg. Bagul
(Penolong Pegawai Pertanian G5)
Beliau memulakan perkhidmatan di Institut Pertanian Sabah pada tahun 1990 sebagai penyelia ladang pengurusan tanaman estet. Kemudian beliau dinaikkan gred kepada Penolong Pegawai Pertanian (AAO) dan mengetuai Unit Logistik dan Stor di IPS. Dengan beberapa pengalaman beliau dalam pengurusan di IPS banyak membantu dalam pelaksanaan keperluan kerja dan membekalkan kenderaan serta pemandu kepada staff untuk melaksanakan tugas rasmi jabatan. Beliau juga sangat aktif dalam sukan bola tampar dan pernah mewakili Peringkat Jabatan dan Zon Utara. Beliau banyak memenangi pingat emas dalam sukan ini sepanjang berkhidmat. Beliau juga merupakan bekas pelajar IPS batch 3 tahun dan bersara wajib dari perkhidmatan 24/06/2026.

03. Puan Kansurim Nuliza Lawadan
(Pembantu Penyediaan Makanan)
Beliau telah berkhidmat di IPS sejak tahun 2000 sebagai Pekerja Sambilan Harian, membantu dalam penyediaan makanan pelajar di dewan makan.

04. Sambutan Alu-aluan kakitangan baru (Dewan Makan IPS)
Selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Aloysia, Cik. Sailan dan Cik. Sandra dalam khidmat sebagai Pembantu Penyediaan Makanan N1.

Kami semua ingin mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang mereka berikan sepanjang berada di IPS. Semoga sentiasa sihat dan bahagia selepas ini bersama keluarga tercinta kepada En. Jaslon, En. Azlan dan Pn. Kansurim. Selain itu, ucapan selamat bertugas ke IPS kepada Pn. Aloysia, Cik. Sailan dan Cik. Sandra.

Air mengalir jernih ke muara,
Tempat nelayan mencari ikan;
Tamat berkhidmat penuh bicara,
Moga sihat dalam keberkatan.

TERIMA KASIH SIR..
TERIMA KASIH MDM..

30 Jun 2026 (Selasa)Pempamer IPS di Pameran Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Durian anjuran DOA Kota Belud, Tag Val...
30/06/2026

30 Jun 2026 (Selasa)

Pempamer IPS di Pameran Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Durian anjuran DOA Kota Belud, Tag Valley Taginambur.

12 Jun 2026 (Jumaat)Majlis Sayonara Batch 29 - (JASAMU DI KENANG)1. Aktiviti penyerahan sijil kepada barisan MPP dan pen...
30/06/2026

12 Jun 2026 (Jumaat)

Majlis Sayonara Batch 29 - (JASAMU DI KENANG)
1. Aktiviti penyerahan sijil kepada barisan MPP dan penyampaian hadiah kepada para pemenang minggu sukan komuniti.

2. Majlis ini turut meraihkan persaraan Pn. Kansurim Nuliza Lawadan. Beliau merupakan staff dewan makan dalam penyediaan makanan pelajar. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana berkat kudrat yang ditaburkan dalam tempoh perkhidmatan.

06 JUN 2026 | SABTUSambutan Majlis Annual Dinner IPS yang dilaksanakan oleh MPP Batch 29 dan 30. Majlis ini dirasmikan o...
11/06/2026

06 JUN 2026 | SABTU

Sambutan Majlis Annual Dinner IPS yang dilaksanakan oleh MPP Batch 29 dan 30. Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua IPS Tuan Ts. Ruzely Amin. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para kakitangan IPS. Banyak aktiviti persembahan tarian, nyanyian dan cabutan tiket bertuah.

Tema : Mr & Mrs Elegant

Selamat menduduki minggu Peperiksaan Akhir bagi Kumpulan Pelajar-30 Semester II dan Kumpulan Pelajar-29 Semester IV.Semo...
08/06/2026

Selamat menduduki minggu Peperiksaan Akhir bagi Kumpulan Pelajar-30 Semester II dan Kumpulan Pelajar-29 Semester IV.

Semoga dipermudahkan menduduki peperiksaan. Good luck untuk semua.

07 MEI 2026 | KHAMISAktiviti Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar Kumpulan ke-30 oleh Pelajar. Tahniah kepada yang dipil...
31/05/2026

07 MEI 2026 | KHAMIS

Aktiviti Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar Kumpulan ke-30 oleh Pelajar. Tahniah kepada yang dipilih dan laksanakan tanggungjawap dengan penuh berintegriti.

Address

Kota Belud
89158

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pertanian Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Pertanian Sabah:

Shortcuts

Share