28/07/2026
🎨 Pertandingan Lukisan Corak Batik Ibu Bapa🎨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyertai Pertandingan Lukisan Corak Batik. Penyertaan dan sokongan yang diberikan bukan sahaja menyerlahkan bakat serta kreativiti, malah mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Setiap hasil karya yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri dan mencerminkan keindahan warisan seni batik Malaysia.
Tahniah kepada para pemenang, dan syabas kepada semua peserta atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk memupuk kreativiti dan memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan komuniti.
✨ "Batik Warisan Kita, Kreativiti Penyatu Komuniti."