Sekolah Kebangsaan Tambatuan - Laman Rasmi

Sekolah Kebangsaan Tambatuan - Laman Rasmi Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi SK Tambatuan.

Ikuti kami untuk info terkini mengenai aktiviti dan pencapaian sekolah.

📍Kota Belud, Sabah
🏫 Kod Sekolah: XBA5344
📧 Emel: [email protected]

Satu pendedahan dan pengalaman yang sangat bernilai buat 6 orang murid serta guru-guru pembimbing sekolah sepanjang berl...
22/05/2026

Satu pendedahan dan pengalaman yang sangat bernilai buat 6 orang murid serta guru-guru pembimbing sekolah sepanjang berlangsungnya Karnival Bahasa Peringkat Zon Selatan Kota Belud baru-baru ini.

Pencapaian Karnival Bahasa Inggeris (SK Narinang, 12-13 Mei):
🥈 Tempat Keempat - Story Telling Competition
🥈 Tempat Keempat - Public Speaking Competition
(Diwakili oleh 5 orang murid)

Karnival Bahasa Melayu (SK Pinolobu, 14 Mei):
✨ Syabas kepada 2 orang wakil sekolah yang telah memberikan persembahan terbaik!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan guru dan murid yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan. Usaha keras anda semua amat dihargai oleh pihak sekolah. Semoga terus maju jaya dalam pertandingan akan datang!

15/05/2026
Tepat 22 April 2026, Cikgu Letifah secara rasminya mengakhiri tugas sebagai pendidik di SK Tambatuan. Satu kehilangan be...
14/05/2026

Tepat 22 April 2026, Cikgu Letifah secara rasminya mengakhiri tugas sebagai pendidik di SK Tambatuan. Satu kehilangan besar buat kami semua. Terima kasih Cikgu Letifah atas segala pengorbanan, kesabaran, dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak murid di SK Tambatuan.

Selamat bersara, Cikgu. Berehatlah dan berjalan-jalanlah mengelilingi dunia! Nikmatilah fasa baru ini dengan penuh kebahagiaan.

"S**a tengok kawan jatuh? Fikir balik..." 🧐Sekali tarik kerusi, kalau kawan tu jatuh terduduk, kesannya boleh jadi cacat...
08/05/2026

"S**a tengok kawan jatuh? Fikir balik..." 🧐

Sekali tarik kerusi, kalau kawan tu jatuh terduduk, kesannya boleh jadi cacat kekal. Terlajak buat, memang buruk padahnya.

JANGAN TARIK KERUSI KAWAN.

Hari ini kita terbaca perkongsian seorang ibu tentang kes anaknya yang didakwa terjatuh selepas kerusi ditarik di sekolah. Kes itu sedang melalui proses mahkamah, jadi kita hormati proses undang-undang dan tidak menjadi hakim di media sosial.

Tetapi sebagai mesej kesihatan awam, ada satu perkara yang sangat jelas.

Perbuatan menarik kerusi bukan gurauan kecil.

Orang nampak mungkin cuma jatuh terduduk. Kelas mungkin gelak beberapa saat. Yang menarik kerusi mungkin rasa itu cuma “main-main”.

Tapi tubuh yang terhentak itu boleh menanggung sakit lama. Tulang tongkeng boleh cedera.

Pinggang dan belakang boleh terkesan. Ada yang selepas jatuh mula rasa sakit mencucuk, kebas, susah duduk lama, takut bergerak, takut ke sekolah, dan menyimpan trauma yang orang lain tidak nampak.

Sebab itu kita perlu berhenti normalisasi budaya “bergurau sampai orang sakit”.

Tarik kerusi. Tolak kawan. Sembunyi beg. Ketuk kepala. Sepak kaki. Gelakkan orang jatuh.

Semua ini sering dibungkus dengan ayat yang sama.

“Alah, main-main je.”

Tetapi apabila kesannya sampai ke badan dan emosi orang lain, itu bukan lagi main-main. Itu sudah melukakan.

Kepada anak-anak, jangan jadikan tubuh kawan sebagai bahan lawak.

Kepada ibu bapa, ajar anak bahawa lucu tidak boleh dibina atas kesakitan orang lain.

Kepada sekolah, jangan tunggu kecederaan jadi parah baru mahu panggil ia serius.

Satu saat perbuatan boleh mengubah hidup seseorang untuk bertahun-tahun.

Kawan mungkin jatuh sekejap.
Tapi sakitnya boleh tinggal lama.

Suasana hiba dan gembira bercampur baur dalam Majlis Menyulam Kasih, Lambaian Budi dan Sambutan Aidilfitri SK Tambatuan ...
07/05/2026

Suasana hiba dan gembira bercampur baur dalam Majlis Menyulam Kasih, Lambaian Budi dan Sambutan Aidilfitri SK Tambatuan 2026 yang telah berlangsung pada 1 April lalu! 🌙✨

Majlis ini diadakan khas bagi meraikan persaraan dua insan hebat, Cikgu Letifah dan Puan Saimah, serta sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh warga SK Tambatuan. Majlis ini turut dihadiri oleh komuniti Kg. Tambatuan, pemimpin-pemimpin kampung, rakan-rakan Guru Besar Kota Belud, serta pegawai-pegawai dari PPD Kota Belud.

Terima kasih kepada semua yang hadir menyerikan majlis dan bertungkus-lumus menjayakannya.

Riuh satu SK Tambatuan pagi tadi bila lori Milo sampai. Tidak kira umur berapa pun, kalau nampak lori hijau ni masuk pag...
05/05/2026

Riuh satu SK Tambatuan pagi tadi bila lori Milo sampai. Tidak kira umur berapa pun, kalau nampak lori hijau ni masuk pagar sekolah, automatik semua pergi beratur.

Terima kasih Milo bagi tenaga untuk anak-anak sekolah kami hari ini. Rajin-rajin lagi datang melawat kami di SK Tambatuan! Kami tunggu sedia ni dengan barisan paling panjang. 🤣

Address

Kg Tambatuon Jalan Ranau Bypass
Kota Belud
89158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tambatuan - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share