Pakar Buat Akaun Syarikat

Pakar Buat Akaun Syarikat Dapatkan perkhidmatan kami dengan harga yg berpatutan,

02/01/2026

Assalamualaikum
Selamat pagi sahabat2 FB yg positif...☺️☺️

Accounting is called the language of business because it is the primary way businesses communicate their financial healt...
08/10/2025

Accounting is called the language of business because it is the primary way businesses communicate their financial health and performance to all stakeholders.Through a standardized system of recording,summarizing, and reporting financial data,accounting allows owners,managers,investors,and creditors to understand a company's past,present,and future. -SND-

Mohd Yukmin
30/10/2022

Mohd Yukmin

01/12/2019

Do marketing online and offline

24/10/2017

PERSEDIAAN TUTUP AKAUN TAHUNAN SYARIKAT

Persediaan Tutup Akaun Tahunan Syarikat
Untuk tahun 2017 hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi menuju 31 Disember 2017, ini juga bermakna bermulanya kesibukan untuk aktiviti tutup akaun syarikat.

Majoriti syarikat sdn bhd mempunyai tarikh akhir yang sama iaitu 31 Disember. Ada juga yang tarikh akhir kewangan syarikat mereka ialah 30 June 2017.

Mereka perlu tutup akaun sebagai persediaan sebelum akaun diaudit. Setelah diaudit, akaun tersebut akan diserahkan kepada SSM untuk simpanan dan kepada LHDN untuk pembayaran atau pengisytiharan cukai.

Lain p**a ceritanya kepada syarikat kecil yang di bawah kategori pemilik tunggal dan perkongsian. Kesemua mereka wajib tutup akaun setiap 31 Disember setiap tahun dan isytihar cukai ke LHDN sebelum 30 Jun setiap tahun.

Kegagalan berbuat demikian, mereka "berpeluang" mendapat "surat cinta" dari LHDN. Ini kerana pengisytiharan cukai adalah merupakan tanggungjawab semua peniaga yang berdaftar dengan SSM.

Di sini, saya akan kongsi 5 persediaan yang anda perlu buat sebelum tutup akaun. Antaranya:

DOKUMEN YANG LENGKAP
Anda perlu memastikan dokumen anda lengkap supaya ianya boleh digunakan sebagai dokumen yang sah. Sebagai contoh; jika anda membuat pembayaran bil elektrik, bil tersebut perlu dikepilkan bersama baucer pembayaran atau slip transaksi bank. Begitu juga dengan pembayaran gaji dan pembayaran kepada pembekal, juga boleh ditambah dengan tandatangan pekerja atau pembekal tersebut sebagai bukti penerimaan pembayaran.

BUKU PERNIAGAAN WAJIB ADA
Untuk memastikan rekod anda boleh disediakan dengan cepat dan betul, anda perlu menyediakan buku perniagaan yang mencukupi. Kebiasaan peniaga kecil mempunyai masalah dalam menyediakan buku atau fail perniagaan yang lengkap. Ini disebabkan kekurangan kepakaran dan kesedaran tentang pentingnya buku perniagaan yang lengkap. Oleh itu, saya kongsikan antara buku perniagaan yang wajib ada dalam satu-satu perniagaan.
1. Penyata bank lengkap 12 bulan
2. Senarai pembayaran syarikat secara bank atau tunai
3. Senarai duit masuk syarikat secara bank atau tunai
4. Perjanjian sewabeli atau perjanjian pinjaman

MEMILIH PERSONAL AKAUN
Kini ramai perniagaan memilih untuk mengambil perkhidmatan "freelancer" akaun untuk merekod perakaunan mereka sekaligus menutup akaun syarikat. Menutup akaun syarikat bermakna syarikat telah bersedia untuk isytihar pendapatan kepada LHDN dan menyerahsimpan akaun syarikat di SSM. "Freelancer" berfungsi bukan sekadar merekod akaun tetapi juga memastikan rekod syarikat dilengkapkan dengan betul dan bersedia untuk disemak oleh LHDN dan badan lain jika dikehendaki.

Bagi syarikat yang mempunyai personel akaun mereka sendiri, majikan perlu memastikan personel ini tahu mengenai "dateline" penting syarikat. Antaranya ialah juruaudit memerlukan jangkamasa audit 2 minggu ke 2 bulan untuk mengeluarkan laporan audit syarikat terutama ketika waktu puncak dan syarikat p**a perlu menyerahsimpan laporan audit dan mengisytiharkan pendapatan di LHDN 6 bulan selepas akaun ditutup.

DATELINE PENTING
Pemilik syarikat dan mereka yang diamanahkan oleh syarikat perlu sedar dan ambil tahu tarikh-tarikh penting syarikat, seperti kita mengingati tarikh kelahiran dan tarikh ulangtahun ^___^. Tarikh-tarikh ini ada kalanya berbeza kepada beberapa syarikat. Lihat lanjut tarikh di bawah:

SDN BHD
Dateline Audit dan LHDN: 6 bulan selepas tutup akaun
Dateline majikan (Borang BE): 30 April

PEMILIK TUNGGAL & PERKONGSIAN
Dateline LHDN (Borang B): 30 June
Dateline Pekongsi (Borang P): 30 April

BAJET YANG MENCUKUPI
Proses dari tutup akaun, audit syarikat, pengisytiharan cukai ke LHDN dan serah simpan laporan audit ke SSM semuanya memerlukan peruntukan dana yang tertentu. Jika syarikat tidak membuat persediaan awal, ianya bakal membantutkan proses tersebut. Kesannya anda mungkin akan mendapat "surat cinta" dari SSM atau LHDN kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilik syarikat.

Berapakah bajet yang sesuai?
REKOD AKAUN: Bergantung kepada jumlah transaksi anda. Ada yang caj mengikut penyata bank dan ada juga yang caj mengikut transaksi keseluruhan.

AUDIT: Minimum fee adalah berdasarkan jadual dari MIA. Ianya bergantung kepada jumlah jualan bersih syarikat.

LHDN: Jumlah cukai syarikat bergantung kepada jumlah pendapatan bercukai syarikat. Jika anda pemilik tunggal, anda tertakluk dibawah Akta Cukai Pendapatan iaitu mengikut jadual cukai pendapatan. Sekiranya anda pemilik syarikat sdn bhd, peratusan cukai adalah 24% daripada jumlah keuntungan bercukai manakala bagi syarikat yang mempunyai keuntungan bercukai bawah RM500,000 peratusan cukai adalah 19%.

Sebarang Pertanyaaan
klik sini--> 📲www.wasap.my/60149458199

19/10/2017

📢Silakan "SHARE" Jika Bermanfaat👍👍👍
Bila sebut tentang duit dan untung, semua peniaga akan s**a!

TAPI,
Bila sebut tentang akaun dan pengurusan duit, ramai peniaga yang akan berkerut dahi.

Kesilapan besar yang banyak dilakukan oleh peniaga ialah tiada pengurusan akaun yang bersistem dan cekap. Kalau anda nak tahu, ramai peniaga yang sangat mahir dalam membuat jualan dan keuntungan perniagaan.

Masalah mula timbul bila mereka tak cekap dalam pengurusan kewangan dan akaun. Mulalah mereka tak tahu ke mana perginya keuntungan perniagaan.

5 Perkara peniaga perlu tahu tentang akaun perniagaan :

1/ Jangan rompak akaun syarikat sendiri

Kesilapan utama peniaga ialah, mereka fikir itu perniagaan mereka dan mereka boleh s**a-s**a hati ambil duit untung syarikat. Salah!

Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda pusingkan modal, bayar kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga nak duit syarikat, anda tak boleh ambil ikut s**a hati dalam jumlah yang ikut s**a hati juga. Anda perlu ambil gaji.

Ye betul! Ramai peniaga tak bayar diri sendiri gaji dan sebab itu asyik rompak duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.

2/ Tiada akaun syarikat

Tak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun syarikat. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Itupun dikira sebagai merompak duit syarikat.

Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat dan semua duit yang diterima. Akaun syarikat akan memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, cukai dan bank .

3/ Tiada sistem perakaunan
Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pembayaran cukai nanti.

Sebenarnya, anda tak perlu pun melantik seorang yang khas untuk menguruskan akaun anda. Anda boleh sahaja melantik akauntan bertauliah sebagai penasihat dan konsultan akaun anda.

Tapi, adalah lebih bagus jika anda ada seorang yang menguruskan akaun anda. Kerani akaun pun cukuplah dulu. Yang penting beliau ada pengalaman menguruskan akaun dan pernah buat “full set account” sebelum ini.

4/ Tidak simpan resit, voucher bayaran dan invoice.

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli anda yang perlu anda simpan dengan baik.

Antaranya ialah, resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi.
Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ini. Bagi mereka, ianya tak penting. Yang penting ialah boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.

Selain dari itu, ianya juga memudahkan orang lain untuk faham tentang perniagaan anda dan bukan berharap kepada ingatan anda sahaja.

5/ Tak tahu kos perniagaan dan untung

Perniagaan ialah untuk kita bantu orang lain dengan perniagaan kita, dan untuk kita bantu diri kita dengan keuntungan yang kita dapat dan kepuasan dari membantu orang lain.

Masalahnya, ada ramai peniaga tak tahu langsung tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Anda tidak layak untuk gelar diri anda peniaga jika anda tak tahu kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, untung rugi syarikat. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda patut fikirkan semua tindakan anda.

Dan, anda mungkin tak akan nampak hala tuju perniagaan anda jika anda tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang kos dan untung rugi perniagaan.

⚠️PAKAR BUAT AKAUN SYARIKAT ANDA!!!⚠️
Anda mencari Akauntan/Accounting Firm terbaik dan bertauliah untuk syarikat?
Ingin MENYIMPAN rekod Akaun anda secara tepat dan efisyen?
Ingin Perkhidmatan Akaun & Gst secara bulanan?
Sering DIPERLEKEHKAN rakan niaga kerana bisnes dilihat kecil walau jualan berlipat ganda tetapi tidak mempunyai rekod Akaun yang tepat?

GAGAL mendapat Loan Bank kerana rekod Akaun dan Kewangan anda tidak tepat dan tidak mencapai piawaian bank?

Tidak tahu rekod GST anda secara tepat dan keliru dengan term-term yang digunakan Kastam?

Tidak tahu merancang cukai syarikat anda dengan efisyen yang menyebabkan bayaran cukai yang tinggi dan malah kena denda?

Jangan risau, kami menawarkan perkhidmatan :
1. Perakaunan
2. Pengauditan
3. Pencukaian
4. Akaun Gst

Jangan rasa pening..Kami sedia membantu menyelesaikan masalah GST anda. .Kami mempunyai pengalaman dalam pengurusan Akaun Gst.

Hubungi Kami;
0149458199
0149458199

Ramai sahabat bertanya, apa yang sebenarnya business model dan bagaimana mengunakanya dalam perniagaan.Alexander Osterwa...
19/10/2017

Ramai sahabat bertanya, apa yang sebenarnya business model dan bagaimana mengunakanya dalam perniagaan.

Alexander Osterwalder dalam bukunya Business Model Generation menciptakan sebuah framework yang sangat mudah diaplikasikan untuk mengambarkan bisnes kita iaitu Business Model Canvas. Pada business model canvas ini ada sembilan kotak yang merepresentasikan elemen kunci yang secara umum akan ada pada semua model bisnes. Kesembilan hal tersebut adalah:

1. Customer segments
2. Value proposition
3. Channel
4. Customer relationship
5. Revenue stream
6. Key resource
7. Key activities
8. Key partners
9. Cost

Saya fikirkan, dengan saya membaca s**ar untuk saya faham secara keseluruhan. Dengan itu saya ingin berkongsi kelebihan model ini untuk lebih ramai yang faham dan boleh mengunakan nya pada bisnes mereka. Dengan mengunakan bisnes model ini kita dapat tahu sama ada bisnes kita boleh berkembang atau sudah rugi atau bagaimana untuk membuat cawangan. Saya berkongsi kefahaman ini dalam seminar Business Model Canvas.

Assalamulaikum 📌silakan jika bermanfaat 👍👍👍Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah ku...
19/10/2017

Assalamulaikum
📌silakan jika bermanfaat 👍👍👍
Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana banyak waktu kerja, seharusnya warung- warung kopi 24 jam boleh mengalahkan macdonald dan kfc.

Jika rezeki datang kerana kepintaran & ada PhD dalam bisnes. Seharusnya pensyarah-pensyarah menjadi orang paling kaya dalam bisnes dan mampu melahirkan ramai usahawan serta jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat dan jawatan.
Seharusnya para presiden dan raja berada di urutan terdepan dari 10 orang terkaya di dunia.

Tapi tidak....

Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah swt. Dia beri kepada siapa yang Dia s**a.

Yang paling penting,

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah berkahnya."
(S.Ali bin Abi Thalib)

Address

Kodiang
06100

Telephone

0149458199

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Buat Akaun Syarikat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category