Pusat Sumber Pendeta Za'ba, SMK Tunku Bendahara, Kedah.

Pusat Sumber Pendeta Za'ba, SMK Tunku Bendahara, Kedah. Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Pusat Sumber Pendeta Za'ba, SMK Tunku Bendahara. Lawatan yang diterima kini mencecah lebih 40 kunjungan dari orang ramai.

Dapatkan lebih informasi tentang aktiviti PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan ini hanya di sini.Terima Kasih atas sokongan anda. Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang iaitu Pusat Sumber Pendeta Za'ba kini berjaya mengukir nama di pentas negara dengan merangkul Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Sehingga kini PSS Pendet

a Za'ba masih lagi berada di penanda aras yang sama dengan memegang gelaran juara. siapa sangka usaha giat seorang guru yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam pengurusan pusat sumber selama bertahun-tahun kini berjaya membuahkan hasil. Pusat Sumber Pendeta Za'ba kini diterajui oleh seorang guru cemerlang Perpustakaan dan Media iaitu ENCIK ABDUL HALIM BIN MURAD. Beliau kini dibantu seorang guru penasihat berpengetahuan luas iaitu PUAN ZULFA ZAKARIA dan seorang staf sokongan yang berkaliber serta kreatif iaitu ENCIK NAJMUDDIN BIN DAIM. Dengan memiliki seramai 32 orang pengawas Pusat Sumber yang lebih disenangi dengan gelaran PUTERA bagi lelaki dan PUTERI bagi perempuan, PSS Pendeta Za'ba terus berusaha meningkatkan kualiti yang sedia ada. Komitmen yang diberi oleh putera puteri PSS mejanjikan kejayaan yang cukup membanggakan pihak sekolah. Saban tahun PSS ini berjaya melahirkan beberapa tokoh NILAM terkemuka sehingga salah seorang tokoh NILAM mereka berjaya merangkul gelaran juara di peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh warga PSS Pendeta Za'ba dan ini menjadikan PSS ini dikenali diseluruh pelusuk negara. Kini PSS Pendeta Za'ba tidak henti-henti menerima kunjungan lawatan penanda aras dan lawatan ilmiah dari pelbagai sekolah, BTPN, PKG, agensi-agensi, orang perseorangan dan pemimpin negara di seluruh Malaysia. Apa yang menarik, warga PSS Pendeta Za'ba melayani karenah para pelawat tanpa jemu dan bersedia dengan pelbagai informasi yang berguna. Oleh itu, PSS Pendeta Za'ba kini bangun berdiri untuk memberi lebih banyak maklumat kepada orang ramai. Laman sosial Facebook "fan page" PSS PENDETA ZA'BA, SMK TUNKU BENDAHARA diharap dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat baru tentang PSS. sekalung penghargaan buat semua yang membantu dan memberi sokongan kepada PSS PENDETA ZA'BA. LIKE fan page ini untuk mendapatkan lebih banyak informasi daripada kami. WAKTU OPERASI = 7.30 PAGI - 4.30 PETANG
WAKTU SIRKULASI = 8.00 PAGI - 4.00 PETANG

NO. TEL: 04-9251344

bersama ELLIE SURIATI & ZAIN HAMID
24/03/2015

bersama ELLIE SURIATI & ZAIN HAMID

18/03/2015
18/03/2015
18/03/2015
18/03/2015
11/03/2015

Pusat Sumber Pendeta Za'ba ingin mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Pengurusan Tingkatan 5 bagi tahun 2014 yg telah mendapat keputusan SPM yg cemerlang.
Sekalung tahniah ditujukan Bendahari Pengawas PSS 2014, Puteri Siti Farah Adila, pelajar terbaik SPM SMKTB dgn pencapaian straight A; 9A
Semoga kejayaan ini akan memberi peransang kepada putera puteri PSS yg lain untuk terus cemerlang dalam pelajaran.

11/03/2015
23/02/2015

Februari akan melabuhkan tirai....banyak aktiviti PSS telah berjalan lancar seperti yg direncanakan seperti;
1. pelancaran NILAM
2. Pelantikan AJK baru 2015
3. Kursus Kepimpinan Putera Puteri PSS
PSS Pendeta Za'ba juga menerima lawatan dari beberapa individu dan sekolah seperti;
1.Lawatan Guru GPM SMK Pulau Nyior, Jitra
2. Lawatan Penanda Aras SMK Seri Perak, Parit Buntar
Nantikan foto-foto kenangan dari peristiwa2 di atas

17/11/2014

penggal persekolahan akan melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Warga PSS sibuk melengkapkan tugas2 terakhir sebelum cuti persekolahan. Tugas menjadi agak berat kerana Pembantu PSS yg berdedikasi, En Najmuddin Daim telah bertukar ke SK Seputeh. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh semua putera puteri PSS.

PROGRAM MEMPERKASAKAN TULISAN JAWI
16/11/2014

PROGRAM MEMPERKASAKAN TULISAN JAWI

16/11/2014

Address

PSS Pendeta Za'ba, SMKTB
Kodiang
06100

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6049251344

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Pendeta Za'ba, SMK Tunku Bendahara, Kedah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category