29/09/2020
Hampir 5 tahun rasanya pembinaan Tahfiz Al-Qausar yang tidak mempunyai jalan penyudah. Pada mulanya kami hanya menumpang di rumah kosong yang telah diberikan sementara untuk pengajian ilmu. Tapi penempatan itu tidak lama, kawasan itu telah diambil kembali atas sebab-sebab tertentu.
Niat di hati, lebih untuk membantu pelajar-pelajar susah dan tercicir. Tapi Alhamdulillah, ada hamba Allah yang berbaik hati telah mewakafkan tanah untuk dijadikan pusat tahfiz spenuhnya. Namun kami bukanlah mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan semua ini. Pernah satu ketika, Pelajar-pelajar tahfiz ini hanya belajar berlampukan lilin dan beralaskan simen.
Tapi, Alhamdulillah semuanya telah diberikan bantuan tilam dan sebagainya oleh hamba Allah yang berbaik hati. In Sha Allah Syurga buat mereka.
Kali ini sebahagian Surau Mahad Tahfiz Al-Qausar masih belum disiapkan atas sebab-sebab kekurangan dana dalam pembinaan surau, asrama, dewan makan, longkang dan jalan masuk.
Untuk pengetahuan, Maahad Tahfiz Al Qausar sudah mula beroperasi setelah siap dibina 50%, namun masih menghadapi kekurangan dari segi kelengkapan elektrik dan beberapa bangunan lagi.
Namun begitu, pihak Maahad Tahfiz Al Qausar mengutamakan penyambungan bekalan elektrik seperti kipas dan lampu untuk surau bagi memastikan keselesaan para pelajar dalam menjalani ibadah solat, sesi pembelajaran dan pengajian harian. Anggaran yang diperlukan bg pemasangan bekalan elektrik adalah RM 15,000 sahaja lagi.
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI :
RHB
2520 5500 0114 18
Maahad Tahfiz Al Qausar
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi :
Ustaz Musa - 017 2014799
atau boleh datang ke lokasi,
Maahad Tahfiz Al Qausar, Lokasi Pida 5, Mukim Putat, Kampung Tok Kepak,
06100 Kodiang Kedah
Segala sumbangan amat kami hargai.
Sedikit sebanyak inilah bekalan kita di akhirat kelak. Jika tuan-tuan dan puan-puan tidak mampu. Cukuplah sekadar tuan-tuan share dan hebahkan kepada orang ramai. Mudah-mudahan itu menjadi ganjaran yang besar buat tuan-tuan nanti. In sha Allah.
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Jazakumullah khairan kathir 😊