10/09/2026
๐ฒ๐พ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฒ๐พ
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, warga MPIK berkesempatan menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan sebelum bermulanya cuti persekolahan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan sambutan, antaranya pertandingan melukis poster, mewarna dan mereka fesyen.
Tidak ketinggalan, permainan sukan tradisional turut dipertandingkan bagi menghidupkan kembali permainan warisan kita seperti:
๐ฏ Congkak
๐ฏ Dam Aji
๐ฏ Batu Seremban
โฝ Bola Sepak Merdeka
Sambutan dan penyertaan daripada para pelajar amat menggalakkan. Semangat bersaing secara sihat serta kerjasama antara pelajar jelas terserlah sepanjang program berlangsung.
Lebih menarik, guru-guru turut sama memeriahkan suasana dengan menyediakan pelbagai juadah tradisional seperti bubur, ubi rebus, kacang rebus dan lain-lain lagi. Memang terasa suasana zaman dahulu! ๐
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta menghargai warisan dan budaya bangsa dalam diri anak-anak MPIK.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐ฒ๐พ๐