13/09/2022
Kenapa nak pening dengan tunggakan?
Senang jek, buat bayaran secara tetap. Sama ada membayar melalui potongan tetap bank atau potongan gaji setiap bulan. Kan senang, tak yah nak fikir banyak. Duit yang ada dalam akaun dah siap-siap tolak komitmen bulanan yang wajib dibayar.
Ada cara mudah, kenapa nak susah payah kan. Lagipun buat bayaran tetap ni boleh mengelakkan "terlupa" membuat bayaran pinjaman setiap bulan
Hari ini Admin nak kongsikan langkah-langkah membuat bayaran pinjaman PTPTN secara tetap melalui potongan tetap bank atau potongan gaji
POTONGAN TETAP BANK (DEBIT TERUS)
Berikut ialah langkah-langkah permohonan debit terus :
1. Log masuk ke dalam semakan penyata baki : https://www.ptptn.gov.my/ionline/ #/login
2. Anda perlu klik pada "PENYATA BAKI" untuk ke halaman seterusnya.
3. Sila klik pada "Pendaftaran Untuk Debit Terus" dan klik pada "Permohonan Baru"
4. Sila semak nama penuh dan no. kad pengenalan anda.
- Sila masukkan no. tel bimbit dan alamat emel yang aktif.
- Sila klik pada butang "Seterusnya"
5. Untuk makluman, paparan asal adalah amaun mengikut jadual pinjaman anda yang asal. Anda boleh mengubah amaun tersebut sekurang-kurangnya daripada amaun asal.
- Masukkan amaun yang akan dibuat pemotongan dan klik pada "Seterusnya"
6. Semak sekali lagi permohonan anda. Sila tick pada 2 kotak setuju dan klik pada "Seterusnya"
7. Selepas buat semakan permohonan, sila klik pada "BAYAR"
8. Sila pilih bank untuk anda membuat potongan bulanan debit terus. Pastilkan bank yang anda pilih adalah akaun yang aktif dan baki akaun mestilah mencukupi semasa pemotongan dibuat.
9. Tahniah! Pembayaran anda telah berjaya!
- Resit: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada Urusniaga PTPTN Payment Gateway.
*Nota Penting: Sila cetak/ simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" untuk simpanan atau rujukan akan datang.
POTONGAN GAJI
Untuk membuat permohonan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
1. Layari laman web iaitu https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/
2. Masukkan no kad pengenalan untuk membuat carian.
3. Klik mohon pada status permohonan.
4. Pilih nama majikan menerusi senarai yang diberikan. Jika maklumat majikan belum didaftarkan, pilih lain-lain dan masukkan maklumat majikan yang lengkap.
5. Kemaskini maklumat pemohon beserta maklumat majikan.
6. Buat semakan dan hantar permohonan.
7. Cetak permohonan potongan gaji yang telah dibuat.
Lagi satu, biasa kalau ada diskaun bayaran pinjaman melalui kelulusan bajet Malaysia, peminjam yang buat bayaran melalui 2 kaedah ini akan auto enjoy diskaun yek
Kak Sarah