11/02/2024
PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR MADRASAH TAHFIZ MEDIK KLUANG SESI 2024/25
(Klik share utk sama2 sebarkan😊)
MADRASAH TAHFIZ MEDIK KLUANG
🌟 *Pendaftaran Kemasukan Pelajar Lelaki Sesi 2024*
Beralamat di:
MADRASAH TAHFIZ MEDIK KLUANG,
LOT 9570, JLN MERANTI , KG YAP TAU SAH , 86000 KLUANG , JOHOR
Syarat-Syarat Kemasukan :-
1. Pelajar lelaki sahaja
2. Berumur 10- 13 tahun
3. Berminat menjadi hafiz Al.Quran
4. Berakhlak mulia dan dan berperibadi baik
5. Minat menghafaz Al-Quran bukan kerana paksaan
Kelebihan belajar di MTMK :
1. Suasana tenang dan damai tanpa gangguan bunyi bising kenderaan
2. Kawasan lapang dan ada ruang untuk pelajar beriadah
3. Belajar dalam kumpulan kecil (satu ustaz untuk 7-10 org pelajar) supaya mendapat perhatian secukupnya dari guru kelas.
4. Pemantauan Cctv 24jam untuk memastikan semua pelajar dlm keadaan terkawal
5. Pelajar diberi galakkan untuk mencapai target khatam hafazan mengikut masa yang ditetapkan dan Syahadah (pemantapan Al-Quran)
Yuran Pendaftaran RM800
Yuran Bulanan RM300
-Makan minum disediakan
💎Sila Daftar Sekarang
Tarikh temuduga :
12-15 Februari 2024
Masa : 8 pagi - 12 tengahari
Perlu ditemuduga sebelum kemasukan
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :-
Pihak Pengurusan Madrasah Tahfiz (whatsapp)
Pn Zaakiah 👉 wasap.my/60105135143/pendaftaranTahfiz2024
Ustaz Abdul Rahim (Mudir)👉 wasap.my/601110869900/pendaftaranTahfiz2024
Ustaz Alkhidri wasap.my/60174742123/pendaftaranTahfiz2024
Zaakiah Fuad
Business Account
17/08/2023
Jazakallah dan terima kasih atas Ziarah Mahabbah dari Ahli Kumpulan Helwa Masjid Dato' Ahmad,Kg Dato' Abdul Rahman Yassin Kluang.
Semoga perjalanan kita menambah bekal amalan ukhrawi menuju Akhirat dipermudahkan dan diberkati Allah jua,امين يا رب العالمين
'Datangmu membawa Kebaikan ,Pulangmu meninggalkan Kenangan'
Terima kasih kerana sudi menyantuni kami 😊😉
15/04/2023
Alhamdulillah,selesai Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Sahabat Amal Kluang dan pihak penaja di Hotel Riverview Kluang.
Semoga Allah memberi ganjaran yg sebaiknya dan mempermudahkan urusan para penaja sekalian dan pihak² yg terlibat dalam menjayakan program ini.
10/04/2023
07 April 2023
Majlis Berbuka Puasa Warga MTMK dgn kerjasama Persatuan Sahabat Amal Kluang (FOCAK)
01/12/2022
Majlis Maulidurrasul 1444 dan Hari Sukan Negara 2022
28 November 2022
Kerjasama antara Persatuan Sahabat Amal Kluang dan Madrasah Tahfiz Medik Kluang
Dirasmikan oleh : Ust. Fadzley bin Mohd Karim (PPID Kluang)
Penceramah : Ust. Mohd Shafiee bin Hj Musni
Tetamu jemputan : Ibubapa dan Ahli Vios Club Community
Jazakallah pada semua yg terlibat dalam menjayakan majlis ini!
01/12/2022
Alhamdulillah,
Court berwajah baru!
Jazakallah pada penginfaq,hanya Allah swt yg mampu membalas jasa kalian.
Jazakallah juga pada pekerja² yg bertungkus lumus menyiapkan court dari menampal,menyimen,meminyak,mengecat dan menebuk lubang tiang..dari awal hingga selesai..semoga ganjaran mengalir selama court ini kekal di atas muka bumi..Aamin ya rabbal aalaaminn..
23/11/2022
Rehlah MTMK 2022
Tarikh : 17 NOVEMBER 2022
Tempat : Gunung Belumut,Kluang
Masa : 9 pagi - 3 petang
Aktiviti : Riadah , mandi-manda , santai.
Jazakallah pada ibu bapa yg memberi kebenaran dan kepercayaan pada pihak madrasah utk melaksanakan program ini.Tak lupa juga pada yg menyediakan makanan utk anak² semua.Juga pada kakitangan dan asatizah yg terlibat.Anda memang awesome!
Terbaik!
25/07/2022
Saya terjumpa suatu tulisan yang agak menarik untuk dikongsikan...
Sesuai untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak ke madrasah..
Telah diolah serba sedikit...
--------------------------------
Ketika anak mengadu tentang keadaan madrasah.
Cukup dengarkan saja ceritanya, biarkan dia meluapkan apa yang ada dalam fikirannya.
Ketika dia sudah selesai, berikan dia senyuman dan katakan padanya bahawa kurang selesa(mujahadah/susah payah) adalah risiko dalam perjuangan.
Maka tugas orang tua adalah menguatkan, bukan mengiyakan keluhan dan aduan anaknya, apalagi mengajukan komplen berlebihan. Biarkan dia hidup bersama cabaran hidupnya.
Agar dia tahu dan menyedari bahawa hidup ini tidak selalu berjalan sesuai apa yang dia inginkan.
Dengan begitu, ibu bapa secara tidak langsung memberikan pelajaran hidup iaitu kebahagiaan diri itu harus diperjuangkan.
Percayalah dan jadilah orang tua yang baik..
----------------------------------------------
04/04/2022
Assalamualaikum w.b.t 🤗
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَىْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu infaqkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu infaqkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 92)🌟
Madrasah Tahfiz Medik Kluang mempelawa tuan/puan untuk menaja makanan berbuka puasa, bersahur, moreh dan barang-barang keperluan dapur khas untuk para pelajar. Maklumat tajaan adalah seperti berikut:
📌Jumlah pelajar + kakitangan: 20 orang
📌Jumlah hari: 1 - 26 Ramadhan (26 hari)
📌Kos Tajaan: Sahur (RM150), Berbuka (RM 200) & Moreh (RM 100) sehari.
👉🏻Sumbangan tuan/puan boleh di bank in ke no akaun berikut :
✅BANK ISLAM TAHFIZ MEDIK KLUANG
01050010027596
✨Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang ringgit, bahan mentah dan makanan siap
😊Bagi sesiapa yang berhajat untuk menginfaqkan makanan siap, sila *nyatakan tarikh* untuk infaq agar dapat memudahkan urusan madrasah.
🌹Segala jenis sumbangan atas keikhlasan tuan/puan amat kami hargai.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
~ Ustaz Rahim www.wasap.my/601110869900
~ Ustaz Alkhidri www.wasap.my/60174742123
~ Ustaz Rizal www.wasap.my/60165177696
~ Ustazah Zaakiah www.wasap.my/60177650020
Semoga infaq tuan/puan diberkati Allah. آمين.
21/11/2021
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum semua..
02/09/2021
Assalamualaikum wbt...
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA Johor) Merakamkan ucapan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih atas SUMBANGAN BANTUAN ONE-OFF RM30,000.00 KEPADA 116 MADRASAH TAHFIZ DAN 16 BUAH PONDOK YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR BERJUMLAH RM3,960,000.00.
Dalam tempoh pandemik covid-19 ini, madrasah tahfiz dan pondok amat terkesan dari sudut kewangan. Dengan sumbangan yang dihulurkan ini, jelas menunjukkan Majlis Agama Islan Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak pernah melupakan madrasah tahfiz dan pondok di Negeri Johor...
Bagi madrasah tahfiz yang dalam proses pendaftaran dan belum berdaftar, dinasihatkan untuk berusaha bagi melengkapkan urusan pendaftaran. Jika perlukan bantuan untuk kaedah pendaftaran dengan JAINJ, boleh berurusan dengan wakil dari PINTA Johor melalui emel : [email protected]...
Sekali lagi PINTA Johor merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang disalurkan...