23/09/2026
๐ฒ๐พโจ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐, ๐๐๐ช๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ โจ๐ฒ๐พ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ผ๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐,
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ค๐,
๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐,
๐ถ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ โ๐๐ก๐.
๐
Tarikh: 21 September 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ 12.00 tengah hari
๐ Tempat: Dewan Ar-Rahman
๐๏ธ Dirasmikan oleh: En. Roslee bin Esa, Ketua Peneroka Felda Kahang Barat
Bulan Kebangsaan melabuhkan tirainya, namun semangat kemerdekaan tidak pernah berpenghujung. Dalam suasana penuh warna-warni dan semangat patriotisme, Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang.
Rentak tari Zapin Gemala Sari memukau pandangan, manakala persembahan Human Graphic โ Cak Cak Cekung menyemarakkan lagi suasana dan Tarian Kipas dari anak-anak Prasekolah menjadi lambang kreativiti, kesepaduan dan kecintaan terhadap tanah air.
Setulus penghargaan dan jutaan terima kasih buat barisan pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa, murid-murid serta seluruh warga SK Felda Kahang Barat yang telah mencurahkan tenaga, menyumbang idea dan berganding bahu sepanjang sambutan ini berlangsung.
Di sebalik setiap kejayaan, tersimpan seribu pengorbanan. Di sebalik setiap kemeriahan, terjalin erat ikatan kebersamaan. Sesungguhnya, setiap sumbangan dan keringat yang dicurahkan amat bermakna dalam menjayakan sambutan yang penuh bersejarah ini.
Biarlah tirai sambutan berlabuh, namun semangat patriotisme terus mekar dalam sanubari. Semoga cinta akan tanah air sentiasa subur dalam jiwa generasi pewaris bangsa.Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi jiwa yang menyatukan.
MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI ๐ฒ๐พ