SK Dato' Syed Zain Alshahab TS25 STEM

SK Dato' Syed Zain Alshahab TS25 STEM SK DATO' SYED ZAIN ALSHAHAB
Sekolah Cemerlang Kokurikulum (PBB) Negeri Johor 2022
Sekolah Cemerlang Kokurikulum (PBB) Daerah Kluang 2024 Zaini bin Hj.

Sekolah Kebangsaan Dato’ Syed Zain Alshahab telah ditubuhkan pada 01.01.1997. Pada awal persekolahan, murid-murid dan guru-guru sekolah ini terpaksa menumpang dan menggunakan bangunan Sekolah Kebangsaan Batu 3, Jalan Mersing, Kluang pada sesi petang dari 01.01.1997 hingga 09.03.1997. Ini disebabkan bangunan sekolah ini belum disiapkan mengikut jadual. Bangunan sekolah ini dapat digunakan sepenuhnya mulai 10.03.1997. Tarikh ini merupakan tarikh bersejarah di mana semua pelajar dan guru yang sekian lama menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 3, berpindah ke bangunan sekolah baru. Majlis penyerahan secara rasmi oleh JPNJ, JKR dan PPD kepada pihak pengurusan sekolah telah dilaksanakan pada 10.04.1997. Pada sesi pertama persekolahan, sekolah ini menerima murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Pada tahun 1998, buat julung kalinya murid-murid Tahun 6 sekolah ini seramai 76 orang mengambil peperiksaan UPSR. Sekolah ini mempunyai 3 blok 3 tingkat dan 1 blok kantin. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama di daerah Kluang yang mempunyai Asrama Desa. Penghuni asrama adalah terdiri dari murid-murid seluruh daerah Kluang yang menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah. Seramai 95 penghuni asrama diterima masuk pada 02.03.1997. Bagi memudahkan murid-murid Tahap Satu, kelas Fardu Ain dibuka pada 05.05.1997. Sebanyak dua buah kelas diperuntukkan baginya. Kelas Pendidikan Pembelajaran Bermasalah dan Khas bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran telah ditubuhkan pada 01.06.1997 dengan pengambilan seramai 17 orang murid di bawah pengawasan 3 orang guru. Temasya Sukan Olahraga kali pertama sekolah ini telah diadakan pada 21.03.1998 secara sukan dalaman. Kini, sekolah ini mempunyai 731 orang murid, 56 orang guru, 13 orang kakitangan sokongan kerajaan dan 16 orang kakitangan swasta. Dari jumlah 731 orang murid, 25 orang adalah murid pra sekolah, 19 orang murid Pendidikan Khas dan bakinya adalah murid-murid di arus perdana. SENARAI GURU BESAR

1997 - 1998 : Puan Hajah Maimunah binti Tahir
1999 - 2000 : Encik Mohamad Johari bin Abdul Rahman
2001 - 2003 : Puan Mazlin binti Hj. Idris
2003 - 2007 : Tuan Hj. Mohd Zain bin Salamal
2007 - 2009 : Tuan Hj. Zulkipli bin Yahya
2009 - 2013 : Encik Arifin bin Sapawi
2013 - 2016 : Encik Nardir bin Latiff
2016 - 2018 : Encik Mohd Joehadi bin Haji Parcho
2019 - 2021 : Puan Noraini binti Misbah
2022 - 2025 : Tuan Hj. Johari
2025 - KINI : Puan Siti Nor Maizatul Akmam binti Mahmood

KRONOLOGI PROSES PERTUKARAN NAMA SEKOLAH

Pada asalnya, nama sekolah ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN KLUANG BARAT, KM 5 JALAN MERSING, 86000 KLUANG. Sekolah ini terletak dalam kawasan bandar , gred A dan mempunyai keluasan 3.24 hektar. I ) Sebab-sebab perlunya nama sekolah ini ditukar :

• Lokasi sekolah yang terletak di Zon Kluang Timur, BUKAN di Zon Kluang Barat.
• Terdapat nama sekolah yang mempunyai nama yang hampir sama di Daerah Kluang yang sering menimbulkan kekeliruan iaitu SK Seri Taman Kluang Barat, SK Kahang Barat dan SMK Taman Kluang Barat.
• Sering berlaku kekeliruan oleh Pegawai sama ada dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan pegawai lain apabila melibatkan aktiviti di sekolah ini
• Sering berlaku kesalahan dalam panggilan telefon dan faksimili dari pihak jabatan dan pihak awam.
• Sering berlaku kesilapan pembekal semasa menghantar barang atau bekalan ke sekolah. Di atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi, maka satu usul untuk menukar nama sekolah telah dibentangkan dan disokong pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 pada hari Sabtu 03.04.2010. Seterusnya, usul ini telah dibangkitkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 pada 10.07.2010 bagi menetapkan nama sekolah. Mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk memilih nama YBM Dato’ Syed Zain sebagai nama sekolah yang baru. Pemilihan nama ini dibuat berdasarkan Allahyarham merupakan seorang tokoh tempatan yang banyak berjasa kepada masyarakat di Daerah Kluang dan Negeri Johor. Seterusnya, pada 03.03.2011, satu surat telah dihantar kepada waris iaitu permohonan untuk menggunakan nama YBM Dato’ Syed Zain bagi menggantikan nama sekolah. Pada 09.11.2011, telah mendapat surat balasan bahawa waris-waris Allahyarham YBM Dato’ Syed Zain yang telah menyatakan persetujuan di atas penggunaan nama tersebut. Berikutnya, satu permohonan telah dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menukar nama sekolah. Alhamdulillah, segala usaha, penat lelah dan penantian berbaloi yang mana permohonan untuk menukar nama sekolah tersebut telah diluluskan melalui satu kiriman surat yang bertarikh 06.07.2012 yang menyatakan permohonan pertukaran telah diluluskan daripada nama SEKOLAH KEBANGSAAN KLUANG BARAT ditukar kepada :

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SYED ZAIN ALSHAHAB

Di balik setiap kemenangan, ada titisan keringat, disiplin tinggi, dan semangat yang tidak pernah padam. Atlet-atlet heb...
28/04/2026

Di balik setiap kemenangan, ada titisan keringat, disiplin tinggi, dan semangat yang tidak pernah padam. Atlet-atlet hebat kita telah membuktikan bahwa keterbatasan hanyalah sebuah kata, dan kerja keras adalah kunci untuk melampauinya. Proud of you, Champs! 🌟

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada McDonald’s atas sokongannya yang luar biasa bagi kemajuan olahraga di sekolah kami. Kontribusi ini bukan sekadar bantuan, tapi suntikan semangat bagi kami untuk terus berprestasi lebih tinggi lagi! 🍔✨


Tahniah kepada adik Nur Damia binti Malek Redzuan atas kejayaan mewakili daerah Kluang ke Kejohanan Merentas Desa Pendid...
27/04/2026

Tahniah kepada adik Nur Damia binti Malek Redzuan atas kejayaan mewakili daerah Kluang ke Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas peringkat MSSJ.

Walaupun hanya mendapat saguhati, pencapaian sampai ke MSSJ tetap menjadi kebanggaan kami. Semoga pencapaian ini menjadi batu loncatan kepada kejayaan yang lebih membanggakan di masa akan datang.

PPKI SKDSZA
" Menghargai keunikan, membangun keupayaan"

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas pencapaian pasukan bola tampar sekolah yang berjaya meraih te...
23/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas pencapaian pasukan bola tampar sekolah yang berjaya meraih tempat ke-3 dalam kejohanan yang berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat.

Kejayaan ini bukan sekadar kedudukan, tetapi bukti usaha gigih, kerjasama berpasukan, dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain. Setiap latihan, setiap titik peluh, akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, dan warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

“Kemenangan sebenar bukan hanya pada kedudukan, tetapi pada usaha yang tidak pernah berhenti.” 💪🏐

23/04/2026
Galakan membaca di Malaysia merupakan satu usaha nasional yang berterusan untuk membina masyarakat yang berilmu dan berd...
23/04/2026

Galakan membaca di Malaysia merupakan satu usaha nasional yang berterusan untuk membina masyarakat yang berilmu dan berdaya saing.

Inisiatif utama seperti Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030 bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai "Negara Membaca".
Berikut adalah komponen utama dan aktiviti di bawah kempen galakan membaca:
Inisiatif Peringkat Kebangsaan & Sekolah
1.Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca): Program wajib di sekolah yang merekodkan jumlah bacaan murid bagi mengiktiraf usaha mereka.

2.Kempen Jom Baca 10 Minit: Satu acara serentak di seluruh negara yang diadakan pada April setiap tahun bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia untuk memupuk tabiat membaca harian

Perpustakaan Desa & Komuniti: Penggunaan rangkaian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan perpustakaan desa untuk membawa akses bahan bacaan terus ke kawasan setempat.

Aktiviti Menarik di Peringkat Sekolah/Organisasi
Beberapa contoh aktiviti yang sering dijalankan termasuk:
1.Bicara Buku: Pelajar atau warga organisasi berkongsi ulasan buku yang telah dibaca.
2.Pertandingan Menulis: Seperti esei, cerpen, atau puisi untuk mengaitkan kemahiran membaca dengan penulisan.
3.Kuiz Perpustakaan: Menguji pengetahuan am berdasarkan buku-buku yang tersedia di pusat sumber.
4.Tokoh NILAM: Pemberian anugerah kepada individu yang paling banyak membaca dan menunjukkan pemahaman yang mendalam.

Peranan Ibu Bapa di Rumah

Ibu bapa disarankan untuk menjadi suri teladan dan mewujudkan persekitaran mesra buku dengan:
Meluangkan masa membaca bersama anak-anak.
Menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah.
Memberi dorongan berterusan melalui pembelian buku sebagai hadiah.

Mengimbau kenangan Majlis Eratkan Silaturrahim (MESRA) PPKI Daerah Kluang Kali ke-11Tarikh : 16 April 2026Tempat : Dewan...
22/04/2026

Mengimbau kenangan Majlis Eratkan Silaturrahim (MESRA) PPKI Daerah Kluang Kali ke-11

Tarikh : 16 April 2026
Tempat : Dewan Kem BTN 5, PGA Simpang Renggam

" Serumpun bak serai sesusun bak sirih "
Semesra ikatan seteguh kasih

Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa PIBG dan PIBK sepanjang Pertandingan Johor junior Cup berlangsung. Tahniah & Syabas...
20/04/2026

Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa PIBG dan PIBK sepanjang Pertandingan Johor junior Cup berlangsung.

Tahniah & Syabas atas kebersamaan .Semoga semangat ibu bapa terus mekar untuk mendorong anak- anak SKDSZA lebih berjaya.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima ...
19/04/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir dan memberikan sokongan padu. Kehadiran anda amat bermakna dalam memperkukuh kerjasama demi kecemerlangan anak-anak. Semoga hubungan erat ini terus mekar dan membawa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Address

KM5, Jalan MERSING
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6077739055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Dato' Syed Zain Alshahab TS25 STEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Dato' Syed Zain Alshahab TS25 STEM:

Shortcuts

Share