SRITI Al Ukhuwwah , Kluang

SRITI Al Ukhuwwah , Kluang Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Al Ukhuwwah merupakan pusat pendidikan yang berkesinambungan dari PASTI.

Laman Rasmi Sriti Al-Ukhuwwah, Kluang
facebook - https://www.facebook.com/SRITIKluang?mibextid=ZbWKwL
Telegram - https://t.me/SRITIALUKHUWWAH
Youtube - https://youtube.com/-ukhuwwahchannel4512 SRITI kini ia menjadi tawaran pendidikan alternatif pendidikan Islam dan akademik kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam masa 4 tahun penubuhan SRITI , kami mempunyai lebih 122 cawangan SRITI di seluruh negara.

📸 LENSA PERHIMPUNAN PAGI SRITI AL-UKHUWWAH 🌿Alhamdulillah, perhimpunan pagi pada hari ini berlangsung dengan penuh terti...
28/09/2026

📸 LENSA PERHIMPUNAN PAGI SRITI AL-UKHUWWAH 🌿

Alhamdulillah, perhimpunan pagi pada hari ini berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, diikuti nyanyian Lagu Negeri Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan ringkas oleh guru yang bertugas pada minggu lepas Ustaz Aizat Bin Shahdan

Antara intipati perhimpunan pada hari ini ialah persiapan murid dalam peperiksaan dan meningkatkan mutu displin murid setiap masa.

Perhimpunan diakhiri dengan amanat Guru Besar, Cikgu Wan Nazmi, yang menekankan persediaan bagi murid yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPKK bagi tahun 5 dan MT4 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semoga setiap pesanan yang disampaikan menjadi pedoman buat anak-anak dalam membentuk diri sebagai murid yang sihat, berdisiplin, beradab dan berakhlak mulia.

“Melahirkan Generasi Soleh Pintar, Rabbani dan Murabbi”

📚 LENSA BERITA | UJIAN SARINGAN KELAYAKAN SRITI AL UKHUWWAH SESI 202726 September 2026 | SabtuAlhamdulillah, Ujian Sarin...
28/09/2026

📚 LENSA BERITA | UJIAN SARINGAN KELAYAKAN SRITI AL UKHUWWAH SESI 2027

26 September 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, Ujian Saringan Kelayakan SRITI Al Ukhuwwah bagi kemasukan sesi 2027 telah berlangsung dengan lancar dan teratur.

Tahniah dan syabas kepada semua calon yang hadir serta memberikan komitmen sepanjang sesi ujian. 🌿📖

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga atas kesudian hadir serta memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan perjalanan ujian berjalan lancar.

Semoga usaha ini menjadi langkah awal yang baik dalam membentuk generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

🤲 Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberikan kejayaan kepada semua calon.

SRITI Al Ukhuwwah, Kluang
Melahirkan Generasi Rabbani

📸 LENSA BERITA | AKTIVITI AMALI 24 September 2026 | Khamis⏰ 3.30 petang – 4.15 petangAlhamdulillah, telah berlangsung Ak...
24/09/2026

📸 LENSA BERITA | AKTIVITI AMALI
24 September 2026 | Khamis

⏰ 3.30 petang – 4.15 petang
Alhamdulillah, telah berlangsung Aktiviti Amali Ikhtilat yang melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2. Aktiviti ini memberikan pendedahan secara santai dan praktikal berkaitan kebersihan diri, adab berkawan serta penjagaan diri.
🧒 TAHAP 1

Murid Lelaki & Perempuan

🎨 Aktiviti Mewarna Poster Kebersihan Gigi

👦 TAHAP 2 – MURID LELAKI

📚 Slot Pengisian 3: “Kawan atau Lawan?”
🎙️ Dibentangkan oleh Mualim Izzudin

👧 TAHAP 2 – MURID PEREMPUAN
🌸 Slot Pengisian 3: “Kebersihan Haid”
🎙️ Dibentangkan oleh Mualimah Nurin & Mualimah Farhana

Semoga aktiviti ini dapat membantu murid memahami batas pergaulan, adab berkawan serta kepentingan menjaga kebersihan dan maruah diri dalam kehidupan seharian.

🌱 Didik Dengan Ilmu, Bentuk Dengan Adab, Pelihara Maruah.

📸 LENSA BERITA | MIND IN IKHTILAT24 September 2026 | Khamis⏰ 2.45 petang – 3.30 petang🌿 Aktiviti Mind in Ikhtilat telah ...
24/09/2026

📸 LENSA BERITA | MIND IN IKHTILAT

24 September 2026 | Khamis
⏰ 2.45 petang – 3.30 petang

🌿 Aktiviti Mind in Ikhtilat telah diadakan sebagai salah satu usaha memberikan kesedaran kepada para murid tentang kepentingan menjaga batas pergaulan, aurat dan maruah diri.

📚 TAHAP 1

🔹 Sentuhan Bahaya & Aurat

📚 TAHAP 2
Adab Pergaulan Lelaki & Perempuan

Aktiviti ini memberi ruang kepada murid untuk memahami batas pergaulan yang betul serta membina kesedaran tentang kepentingan menjaga diri dalam kehidupan seharian.

✨ Kenali Batas, Jaga Maruah, Pelihara Diri.

Semoga pengisian ini menjadi bekalan ilmu dan panduan kepada murid untuk mengamalkan adab pergaulan yang baik serta bertepatan dengan tuntutan Islam.






📸 LENSA BERITA | KEMPEN PENYUCIAN HADAS 🫧24 September 2026 | Khamis⏰ 2.00 petang – 2.45 petangSRITI Al Ukhuwwah telah me...
24/09/2026

📸 LENSA BERITA | KEMPEN PENYUCIAN HADAS 🫧
24 September 2026 | Khamis

⏰ 2.00 petang – 2.45 petang

SRITI Al Ukhuwwah telah mengadakan Kempen Imbas Ilmu Hadas & Toharah sebagai salah satu usaha memberikan kefahaman kepada para murid berkaitan kepentingan bersuci dalam kehidupan seharian.

📚 Pengisian:

🕌 Hadas dan Penyucian
Para murid didedahkan dengan ilmu berkaitan hadas, cara penyucian serta kepentingan menjaga kebersihan dan kesucian diri menurut syariat Islam.
Semoga perkongsian ini dapat membantu murid memahami ilmu bersuci dengan lebih baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

✨ Bersih Diri, Suci Hati, Sempurna Ibadah.





📢 LENSA  KEMPEN  BIJAK IKHTILAT & KESEDARAN  PENGGUNAAN GAJET24 September 2026 | Khamis⏰ 11.30 pagi – 1.00 tengahariSRIT...
24/09/2026

📢 LENSA KEMPEN BIJAK IKHTILAT & KESEDARAN PENGGUNAAN GAJET

24 September 2026 | Khamis

⏰ 11.30 pagi – 1.00 tengahari

SRITI Al Ukhuwwah telah selesai mengadakan pendedahan kempen Bijak Ikhtilat & Penggunaan Gajet sebagai usaha memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para murid tentang adab pergaulan serta penggunaan gajet secara bijak dalam kehidupan seharian.

🎙️ Tajuk: Bijak Ikhtilat dan Penggunaan Gajet pada Zaman Kini

👤 Penyampai: Mualim Wan Nazmi Wan Razali

Slot ini akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta cabaran penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak pada zaman kini.
Semoga program ini menjadi ruang ilmu yang bermanfaat dalam membentuk generasi yang beradab, bijak menggunakan teknologi dan sentiasa menjaga batas pergaulan menurut syariat.

🌱 Didik Adab, Bimbing Akhlak, Bijak Menggunakan Gajet.





🦷 LENSA KEMPEN GIGI SIHAT24 September 2026 (Khamis)⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi📍 SRITI Al UkhuwwahSRITI Al Ukhuwwah telah me...
24/09/2026

🦷 LENSA KEMPEN GIGI SIHAT

24 September 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 SRITI Al Ukhuwwah

SRITI Al Ukhuwwah telah mengadakan Kempen Gigi Sihat, Ikhtilat & Gajet dengan kerjasama staf Pejabat Kesihatan (Klinik Pergigian) Daerah Kluang .

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang penjagaan kesihatan gigi serta pemeriksaan pergigian.

📚 Pengisian Program:

🔹 Tahap 1
• Pengenalan gigi
• Cara membersihkan gigi dengan betul

🔹 Tahap 2
• Pemeriksaan gigi oleh staf Klinik Pergigian

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi serta membentuk amalan penjagaan diri yang baik.

🦷 Gigi Sihat, Senyum Ceria, Anak Soleh & Solehah



📢 MAKLUMAN KEMPEN GIGI SIHAT, IKHTILAT & GADJET 🦷📱📅 24 September 2026 (Khamis)⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang📍 Bangunan A, SRI...
22/09/2026

📢 MAKLUMAN KEMPEN GIGI SIHAT, IKHTILAT & GADJET 🦷📱

📅 24 September 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Bangunan A, SRITI Al Ukhuwwah
👕 Pakaian: Baju Sukan SRITI

📌 Keperluan Murid:
🪥 Murid akan diperiksa Gigi oleh staf Klinik Kesihatan bahagian Gigi. (Sila pastikan kad Rawatan Kesihatan Pergigian murid telah diisi dan diserahkan kepada guru kelas)
📓 Bawa alat tulis buku catatan & botol air sahaja.
🚫 Tidak perlu membawa buku pembelajaran.
🎨 bawa alatan mewarna bagi murid tahap 1 sahaja

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga memastikan keperluan murid disediakan. Terima kasih. 🌷





📸 LENSA PERCUBAAN MPT 422 SEPTEMBER 2026 | SELASA📚 Subjek:🇲🇾 Bahasa Melayu🇬🇧 Bahasa InggerisPercubaan Matriks Pembelajar...
22/09/2026

📸 LENSA PERCUBAAN MPT 4

22 SEPTEMBER 2026 | SELASA

📚 Subjek:
🇲🇾 Bahasa Melayu
🇬🇧 Bahasa Inggeris

Percubaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT 4) telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan komitmen oleh murid-murid Tahun 4 SRITI Al Ukhuwwah.

📝 Tujuan percubaan ini adalah sebagai persediaan awal kepada murid agar mereka lebih memahami format peperiksaan, membiasakan diri dengan suasana peperiksaan serta membuat persediaan yang lebih baik sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

✨ “Sedia Awal, Lebih Yakin, Tidak Terkejut!”

Semoga semua murid terus berusaha, tenang dan memberikan yang terbaik dalam setiap ujian yang mendatang.

Tahniah dan teruskan usaha! 💪📚







📸 LENSA PERHIMPUNAN PAGI SRITI AL-UKHUWWAH 🌿Alhamdulillah, perhimpunan pagi pada hari ini berlangsung dengan penuh terti...
21/09/2026

📸 LENSA PERHIMPUNAN PAGI SRITI AL-UKHUWWAH 🌿

Alhamdulillah, perhimpunan pagi pada hari ini berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, diikuti nyanyian Lagu Negeri Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Antara intipati perhimpunan pada hari ini ialah persiapan murid dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun. Murid perlu bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dengan belajar bersungguh-sungguh Dan tekun.

Perhimpunan diakhiri dengan amanat Guru Besar, Ustaz Wan Nazmi, yang menekankan aspek mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menyokong perkembangan minda Dan pembelajaran serta mengelakkan pemakanan yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan Dan minda.

Semoga setiap pesanan yang disampaikan menjadi pedoman buat anak-anak dalam membentuk diri sebagai murid yang sihat, berdisiplin, beradab dan berakhlak mulia.

“Melahirkan Generasi Soleh Pintar, Rabbani dan Murabbi”

Address

Lorong 4, Jalan Masjid, Jalan Bentong, Kampong Bentong
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al Ukhuwwah , Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al Ukhuwwah , Kluang:

Shortcuts

Share