SMK Tengku Aris Bendahara Official

SMK Tengku Aris Bendahara Official SMK Tengku Aris Bendahara is a secondary school located in Kluang, Johore, Malaysia.

Seluruh warga SMK Tengku Aris Bendahara dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran: πŸ’Tuan Mohamad Hakim bin Muslim, Pen...
24/09/2026

Seluruh warga SMK Tengku Aris Bendahara dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran:

πŸ’Tuan Mohamad Hakim bin Muslim, Pengetua SMK Tengku Aris Bendahara, berkuat kuasa mulai 14 September 2026 πŸ’

🌸 Semoga kehadiran dan kepimpinan tuan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta memperkukuh budaya kerja, pendidikan dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

🌸🌸 Selamat datang ke SMK Tengku Aris Bendahara, tuan. Semoga kita bersama-sama melakar lebih banyak kejayaan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.

STABians Beradab Berilmu Berjaya
β€οΈπŸ’™πŸ’›



πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE-69  βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ&🌷✨ SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH ✨🌷Majlis Perpisahan Bond...
24/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE-69 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

&

🌷✨ SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH ✨🌷
Majlis Perpisahan Bonda Maimon binti Selamat
Pengetua SMK Tengku Aris Bendahara

Tarikh : 22.09.2026 (Selasa)
Tempat : Dewan Seri Bendahara, SMKTAB
Masa : 7.30 pagi

β€œJasamu dikenang, budimu disanjung.”
Terima kasih, Bonda Maimon, atas segala inspirasi, tunjuk ajar dan kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam sanubari seluruh warga STAB. Semoga terus dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi kejayaan serta kebahagiaan pada masa akan datang. 🀍🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, AKP dan murid yang telah bersama-sama menjayakan kedua-dua majlis dengan penuh komitmen. πŸ‘πŸ»βœ¨

Bahagian ii

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE-69  βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ&🌷✨ SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH ✨🌷Majlis Perpisahan Bond...
24/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE-69 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

&

🌷✨ SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH ✨🌷
Majlis Perpisahan Bonda Maimon binti Selamat
Pengetua SMK Tengku Aris Bendahara

Tarikh : 22.09.2026 (Selasa)
Tempat : Dewan Seri Bendahara, SMKTAB
Masa : 7.30 pagi

β€œJasamu dikenang, budimu disanjung.”
Terima kasih, Bonda Maimon, atas segala inspirasi, tunjuk ajar dan kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam sanubari seluruh warga STAB. Semoga terus dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi kejayaan serta kebahagiaan pada masa akan datang. 🀍🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, AKP dan murid yang telah bersama-sama menjayakan kedua-dua majlis dengan penuh komitmen. πŸ‘πŸ»βœ¨

🌹 MELANGKAH MEGAH, MENGGALAS AMANAH 🌹Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap langkah yang bermula, pasti tiba wakt...
16/09/2026

🌹 MELANGKAH MEGAH, MENGGALAS AMANAH 🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap langkah yang bermula, pasti tiba waktunya untuk diteruskan dengan langkah yang baharu.

Warga SMK Tengku Aris Bendahara Kluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mohd Fakhrul Ikhwan bin Tukiran atas segala jasa, komitmen, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang bersama keluarga besar STAB.

Semoga setiap ilmu dan kebaikan yang ditaburkan menjadi amal yang terus mengalir, manakala segala pengalaman yang tercipta menjadi kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati.

Selamat melangkah ke destinasi baharu, cikgu.
Teruslah melangkah megah, menggalas amanah. 🌷

Semoga dipermudah segala urusan, dikurniakan kejayaan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya di mana sahaja berada.

β€œYang pergi meninggalkan kenangan,
yang tinggal meneruskan perjuangan.”

🀎 Tema Guru dan AKP: Brown
πŸ“… 14 September 2026
⏰ 7.30 pagi
πŸ“ Dewan Seri Bendahara





πŸ’ Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah πŸ’πŸ“ Program Ceramah Kesedaran Buli dan Gangguan Seksual πŸ“πŸŒŸ Aktiviti Mo...
03/09/2026

πŸ’ Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah πŸ’

πŸ“ Program Ceramah Kesedaran Buli dan Gangguan Seksual πŸ“

🌟 Aktiviti Motivasi 2026 🌟

SMK Tengku Aris Bendahara terus komited dalam membina keyakinan, semangat rohani dan motivasi murid melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan rapi.

πŸ“… 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 7.30 pagi – 11.00 pagi

Program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk menyuntik semangat, membina motivasi diri, meningkatkan keyakinan serta memupuk kesungguhan murid dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah. πŸ’ͺπŸ“šβœ¨

Semoga setiap murid pulang dengan semangat baharu, keyakinan yang lebih tinggi dan azam untuk terus melangkah menuju kejayaan.

STABIANS Beradab, Berilmu, Berjaya
❀️ We Love, We Care πŸ’™



πŸ“’ NOTIS SEBUT HARGA MENGUSAHAKAN KANTIN SMK TENGKU ARIS BENDAHARA KLUANGPihak SMK Tengku Aris Bendahara Kluang mempelawa...
03/09/2026

πŸ“’ NOTIS SEBUT HARGA MENGUSAHAKAN KANTIN SMK TENGKU ARIS BENDAHARA KLUANG

Pihak SMK Tengku Aris Bendahara Kluang mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Sebut Harga Mengusahakan Kantin Sekolah bagi tempoh 1 Disember 2026 hingga 30 November 2028 (2 tahun).

πŸ“Œ Tarikh ambil borang:
1 September 2026 – 30 September 2026

πŸ“Œ Tempat:
Pejabat SMK Tengku Aris Bendahara Kluang

πŸ“Œ Tarikh tutup permohonan:
30 September 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari

Borang serta syarat-syarat permohonan boleh didapati di Pejabat SMK Tengku Aris Bendahara Kluang sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak sekolah.

Jom sertai dan bersama-sama menyediakan perkhidmatan kantin yang berkualiti, bersih, selamat dan memenuhi keperluan warga sekolah. 🍱πŸ₯€






🌸✨ MAJLIS PERPISAHAN & SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA 2026 βœ¨πŸŒΈπŸ’ Sejambak Kenangan, Sejuta Ingatan πŸ’Tarikh : 26 Ogos 2026 Har...
26/08/2026

🌸✨ MAJLIS PERPISAHAN & SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA 2026 ✨🌸

πŸ’ Sejambak Kenangan, Sejuta Ingatan πŸ’

Tarikh : 26 Ogos 2026
Hari : Rabu
Masa : 7.30 - 9.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Bendahara, Kluang

Hari ini menjadi hari yang cukup bermakna buat warga SMK Tengku Aris Bendahara apabila berlangsungnya Majlis Perpisahan Sejambak Kenangan Sejuta Ingatan serta Sambutan Hari Lahir Perdana 2026 di Dewan Seri Bendahara.

Majlis perpisahan ini menjadi ruang untuk seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

🌷 Encik Wee Yinn Sheng – GPK Kokurikulum
🌷 Puan Norlaila – Pembantu Makmal
🌷 Puan Nurul Hasinar – Pembantu Makmal
🌷 Puan Nurhidayah – Pembantu Makmal

Jasa, bakti, komitmen dan segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga STABIAN pastinya akan terus terpahat dalam ingatan. Semoga langkah ke destinasi baharu membawa seribu kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan. ❀️

πŸŽ‚ Dalam kemeriahan yang sama, warga sekolah turut meraikan Sambutan Hari Lahir Perdana 2026 yang berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna. Semoga semua yang diraikan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang bersama-sama menjayakan kedua-dua majlis ini. Semoga ikatan silaturahim yang terbina terus kekal erat walau di mana kita berada. 🌹

Terima kasih, jasamu dikenang.
Kenangan tersimpan, jasa takkan hilang. πŸ’•

πŸ’™πŸ’› STABIANS: BERADAB β€’ BERILMU β€’ BERJAYA πŸ’›πŸ’™








🌟 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌟Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan kepada YB Won...
14/08/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌟

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan kepada YB Wong Shu Qi atas sumbangan 5 biji bola tampar kepada Kelab Bola Tampar SMK Tengku Aris Bendahara. πŸπŸ’

Sumbangan ini pastinya menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada para pemain untuk terus berlatih, meningkatkan kemahiran serta mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan dan permainan.

Ucapan terima kasih juga kepada Guru Penasihat dan Ahli Kelab Bola Tampar atas komitmen, usaha dan kesungguhan dalam memastikan kecemerlangan serta kejayaan kelab terus diperkasakan. πŸ‘πŸ

Semoga kerjasama dan sokongan yang diberikan dapat menyemarakkan lagi budaya sukan serta melahirkan atlet yang berdisiplin, bersemangat dan berprestasi tinggi.

STABK β€” Beradab, Berilmu, Berjaya. πŸ’™πŸ’›







🌸🌸🌸 SELAMAT DATANG KE SMK TENGKU ARIS BENDAHARA 🌸🌸🌸Assalamualaikum dan salam sejahtera.✨ Dengan penuh rasa gembira dan s...
11/08/2026

🌸🌸🌸 SELAMAT DATANG KE SMK TENGKU ARIS BENDAHARA 🌸🌸🌸

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

✨ Dengan penuh rasa gembira dan sukacita, warga SMK Tengku Aris Bendahara mengalu-alukan kehadiran warga baharu ke keluarga STABians.

🌷 Cikgu Rosnah binti Othman
Penolong Kanan Kokurikulum
πŸ“… Berkuat kuasa: 3 Ogos 2026

🌷 Pn. Salina
Pembantu Makmal
πŸ“… Berkuat kuasa: 3 Ogos 2026

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta pengukuhan budaya kerja yang positif di SMK Tengku Aris Bendahara.

πŸ’ Selamat menjalankan amanah dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar STABians!

β€œBersama Melangkah, Bersama Membina Kecemerlangan.” πŸ’™




πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN SIJIL SEBENAR SPM 2025Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan kepada semua calon SPM 2025...
29/07/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN SIJIL SEBENAR SPM 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada semua calon SPM 2025 bahawa pengambilan sijil sebenar SPM telah dibuka mengikut ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: Bermula 28 Julai 2026 (Selasa)

πŸ“ Tempat: Pejabat SMK Tengku Aris Bendahara

Perhatian:
βœ… Sila bawa Kad Pengenalan sebagai pengesahan diri.
βœ… Hadir dengan pakaian yang kemas dan sopan.

Kerjasama semua calon untuk mengambil sijil masing-masing amatlah dihargai. Tahniah atas kejayaan anda dan semoga terus cemerlang dalam setiap langkah yang bakal ditempuhi.



Address

KM 5 Jalan Mersing
Kluang
86000

Telephone

+6077711457

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tengku Aris Bendahara Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category