09/05/2026
π TAHNIAH & SYABAS π
Pasukan Pandu Puteri SMK Taman Kluang Barat telah berjaya meraih π₯ Tempat Ketiga dalam Pertandingan Action Song Lagu Kepanduan sempena sambutan World Thinking Day yang berlangsung di SM Sains Batu Pahat pada 9 Mei 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat kerjasama, komitmen serta kesungguhan ahli pasukan yang sentiasa memberikan persembahan terbaik. Semangat berpasukan yang utuh menjadi kunci utama kejayaan yang membanggakan ini. πͺβ¨
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli Pandu Puteri serta guru pembimbing atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.