smkbelitong

smkbelitong SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP BELITONG, 86000 KLUANG, JOHOR Jarak sekolah dari Bandar Kluang kira-kira 25 kilometer.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP BELITONG terletak di kawasan Felda Ulu Belitong dalam daerah Kluang, Johor. Jalan utama untuk ke sekolah ini dari Kluang ialah melalui jalan menghala ke Kota Tinggi, manakala dari Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi mestilah memilih jalan menghala ke Kluang melalui Bandar Tenggara. Keluasan keseluruhan kawasan sekolah ini kira-kira 15.9 ekar, mengandungi 5 buah blok bangunan 3 tingkat, makmal komputer, surau, rumah hijau dan stadium mini. Pelajar sekolah ini terdiri dari penduduk kawasan sekitar perkampungan Felda Ulu Belitong, Felda Bukit Tongkat, Felda Ulu Pengeli, Ladang Sindora dan Ladang Tabung Haji. "Santun Didik Cipta Jaya"
Kearah Tansformasi Sekolah 2025

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 43 orang guru SMK LKTP Belitong, Kluang yang te...
11/09/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 43 orang guru SMK LKTP Belitong, Kluang yang telah berjaya memperoleh Sijil Peringkat Antarabangsa Google Certified Educator (GCE) Level 1.

🌟 43 Guru | 100% Pencapaian | 1 Pasukan Hebat 🌟

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kesungguhan dan semangat warga pendidik dalam memperkasakan kompetensi digital serta memastikan pendidikan terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.

πŸ‘ Syabas warga SMK LKTP Belitong!
Teruskan melangkah, teruskan mencipta kecemerlangan dan terus menjadi guru inspirasi dalam membina generasi masa hadapan.

β€œLet’s do it… STOP TALKING, START DOING!” πŸš€

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan! πŸ’ Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

29/08/2026

PASAK i-THINK Academic Quest 2026

Jom saksikan kemeriahan dan keseronokan murid-murid SMK LKTP Belitong sepanjang menyertai PASAK iTHINK Academic Quest 2026! πŸ”¬πŸ§ πŸ’‘

Pelbagai cabaran menguji kreativiti, pemikiran kritis, kerjasama dan kemahiran menyelesaikan masalah.

πŸ“Ή Jom kita lihat aksi dan gelagat mereka sepanjang program!

THINK β€’ INVESTIGATE β€’ DISCOVER β€’ EXCEL




PASAK iTHINK Academic Quest 2026Antara detik-detik menarik dan meriah sepanjang pelaksanaan PASAK iTHINK Academic Quest ...
29/08/2026

PASAK iTHINK Academic Quest 2026

Antara detik-detik menarik dan meriah sepanjang pelaksanaan PASAK iTHINK Academic Quest 2026.

Pelbagai cabaran, aktiviti STEM dan tugasan berkumpulan telah menguji pemikiran kritis, kreativiti, kerjasama dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid. πŸ§ πŸ”¬πŸ’‘

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! πŸ‘

THINK β€’ INVESTIGATE β€’ DISCOVER β€’ EXCEL




🌟 PASAK i-THINK ACADEMIC QUEST 2026 🌟Hari : SabtuTarikh : 22 Ogos 2026Tempat : SMK LKTP BelitongAlhamdulillah, telah ber...
29/08/2026

🌟 PASAK i-THINK ACADEMIC QUEST 2026 🌟

Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Ogos 2026
Tempat : SMK LKTP Belitong

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya PASAK iTHINK Academic Quest 2026 anjuran Unit Kurikulum, SMK LKTP Belitong.

Objektif utama program adalah untuk memberi peluang kepada murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar melalui pendekatan yang menyeronokkan, mencabar dan berasaskan inkuiri.

Program ini melibatkan seramai 45 orang murid Tingkatan 1, 2 dan 3 yang terpilih untuk menguji keupayaan mereka dalam pelbagai aktiviti berbentuk pemikiran kritis, penyelesaian masalah, penyiasatan dan kreativiti.

Antara cabaran yang diketengahkan ialah:

πŸ”Ή STEM Challenge – Mystery Volume
πŸ”Ή Area Without a Ruler
πŸ”Ή Metal vs Plastic – Which Cools Faster?
πŸ”Ή Straw Tower – Build the Tallest!
πŸ”Ή STEM Song Challenge – Think, Calculate, Create!

Menariknya, setiap cabaran menggabungkan elemen Matematik, Sains, RBT dan Bahasa Inggeris, di samping menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), komunikasi, kerja berpasukan, kreativiti dan penyelesaian masalah.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian atas semangat, kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada para guru, fasilitator, juri serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh melalui PASAK iTHINK Academic Quest 2026 menjadi pemangkin kepada pembentukan murid yang berfikiran kritis, kreatif, inovatif dan berani menyelesaikan cabaran.







24/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 19 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat SMK LKTP Belitong dengan penuh semangat dan meriah. πŸŽ‰

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh semarakkan semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ€–πŸ† ALHAMDULILLAH! TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK SMKB! πŸŽ‰Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Robotik SMKB atas kejayaan ...
24/08/2026

πŸ€–πŸ† ALHAMDULILLAH! TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK SMKB! πŸŽ‰

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Robotik SMKB atas kejayaan meraih Top 5 dengan menduduki Tempat Ke-5 daripada 11 daerah! πŸ‘πŸ”₯

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, semangat juang, kerjasama dan komitmen semua pihak.

🎊 Tahniah anak-anak hebat! Teruskan melangkah, cipta lebih banyak kejayaan dan harumkan nama SMKB! πŸ’ͺπŸ€–πŸ†

πŸ”₯ TVET No. 1!
πŸ† WE ARE THE CHAMPIONS! πŸ€–βœ¨

🌱 PROGRAM KELESTARIAN:  CABARAN BAHAN KITAR SEMULA ♻️Program Kelestarian Cabaran Bahan Kitar Semula telah berlangsung se...
24/08/2026

🌱 PROGRAM KELESTARIAN: CABARAN BAHAN KITAR SEMULA ♻️

Program Kelestarian Cabaran Bahan Kitar Semula telah berlangsung selama sebulan, bermula 8 Julai 2026. Sepanjang tempoh ini, aktiviti pengumpulan dan penimbangan bahan kitar semula telah dijalankan secara berkala sebanyak 3 kali bagi merekod jumlah bahan yang berjaya dikumpulkan.

Program ini bertujuan memupuk kesedaran serta membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan warga sekolah, di samping meningkatkan keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar. πŸŒπŸ’š

πŸ† Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua badan beruniform yang telah mengambil bahagian!

πŸŽ‰ Johan: Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) – berjaya mengumpulkan lebih 700 kg bahan kitar semula!
πŸ₯ˆ Kadet Pengakap
πŸ₯‰ KASPA
πŸ… Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
πŸ… Kadet Polis
πŸ… Pandu Puteri
πŸ… Kadet Remaja Sekolah (KRS)
πŸ… Kadet Bomba

Setinggi-tinggi tahniah kepada PPIM atas pencapaian yang membanggakan! πŸ‘πŸŽŠ Terima kasih juga kepada semua badan beruniform atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan program ini.

Program ini kemudiannya disempurnakan dengan Majlis Penutup Kelestarian pada 12 Ogos 2026. Semoga usaha ini terus menyemai budaya kitar semula, cinta alam sekitar dan sekolah lestari dalam kalangan warga SMK LKTP Belitong. 🌿✨

β€œKecil Usaha Kita, Besar Impaknya kepada Alam.” πŸ’š

πŸ₯£ PROGRAM JOM KACAU BUBUR LAMBUK | 17 JULAI 2026 πŸ₯£Program Jom Kacau Bubur Lambuk anjuran MAKDIS dan PVMA telah berlangsu...
15/08/2026

πŸ₯£ PROGRAM JOM KACAU BUBUR LAMBUK | 17 JULAI 2026 πŸ₯£

Program Jom Kacau Bubur Lambuk anjuran MAKDIS dan PVMA telah berlangsung dengan meriah pada 17 Julai 2026. 🀲✨

Bubur lambuk yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada warga sekolah dan ibu bapa sebagai tanda kasih, kebersamaan dan mengeratkan silaturahim. πŸ’š

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG | 22 JULAI 2026 🌿Warga sekolah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong bagi membersihkan d...
15/08/2026

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG | 22 JULAI 2026 🌿

Warga sekolah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. 🧹✨

Semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah amat dihargai. Terima kasih atas usaha dan tenaga yang dicurahkan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif. πŸ’š

Selamat Datang ke SMK LKTP Belitong! 🌸Warga SMK LKTP Belitong mengalu-alukan kehadiran Puan Erny Suraya binti Mohamad se...
30/07/2026

Selamat Datang ke SMK LKTP Belitong! 🌸
Warga SMK LKTP Belitong mengalu-alukan kehadiran Puan Erny Suraya binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Semoga kehadiran beliau membawa semangat baharu, kecemerlangan serta terus memacu kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, sahsiah dan pengurusan.
Selamat bertugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK LKTP Belitong. πŸ’

Address

Jalan Anggerik, Felda Ulu Belitong
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6077863909

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when smkbelitong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to smkbelitong:

Shortcuts

Share

Category