05/06/2026
📢 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH (SK TUNKU MAHMOOD 1, KLUANG) 📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan murid-murid SK Tunku Mahmood 1.
Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan yang akan bermula pada:
📅 Hari/Tarikh: Isnin, 8 Jun 2026
Pihak sekolah mendoakan agar semua murid sentiasa bersemangat dan bersedia untuk menimba ilmu bersama guru-guru. Semoga sesi persekolahan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dan kecemerlangan kepada anak-anak kita.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Jumpa murid-murid di sekolah!