Altavista 2327 SM Sains Johor

Altavista 2327 SM Sains Johor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Altavista 2327 SM Sains Johor, Education, SM Sains Johor, Jalan Batu Pahat, Kluang.

Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 16/04/2026

MAHRAJAN AL-QURAN NASYID KHAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH (MQNKSSM) DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Alhamdulillah, kesemua acara yang disertai oleh murid SM Sains Johor berhasil memperoleh pencapaian. SM Sains Johor mengungguli di tempat ke-6 keseluruhan dari 25 sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam Mahrajan kali ini.

Senarai Pencapaian
🥉 Tempat Ke-3 Tilawah Al-Quran (Lelaki)
AHMAD MUADZ MOHAMAD FAUZI

🥉Tempat Ke-4 Hafazan Al-Quran (Perempuan)
NUR IMAN NASRUDDIN

Tempat Ke-4 Hafazan Al-Quran (Lelaki)
NAUFAL RAHEEL NORABIDIN

Tempat Ke-6 Seni Khat
AQEEL FIKRI BIN MOHD ARIF

Guru Pengiring:
Ustaz Mohd Asyraf Salimie Mohamed

Tahniah buat semua pemenang terutamanya anakanda Altavista, Naufal Raheel dan Nur Iman👍🏻


Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 13/04/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Anak-anak Altavista❤️

13 hingga 24 April 2026

Doa ibu ayah sentiasa mengiringi kalian🤲🏼


Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 11/04/2026

Apa lagi aktiviti anak2 Altavista minggu ni?

10 April 2026, Pasukan Kriket SMSJ (P) telah bertolak ke Gopeng, Perak untuk bertanding dalam Pusingan Kelayakan Kejohanan Kriket (P) SBP Tahun 2026.

SMSJ diwakili oleh 15 orang pemain yang terdiri daripada :

Anak-anak Altavista, F4 (9 orang)

Mia Adzrynyz bt Shadan - 4 Signifikan
Nur Anis bt Amran - 4 Tesla
Nur Amni Damia bt Zulhafidz - 4 Tesla
Puteri Nur Aqeelah bt Aroma - 4 Signifikan
Putri Dayana Najwa bt Syaiful Nizam - 4 Tesla
Nurull Iman bt Reyme - 4 Sinergi
Zara Aisyah bt Junaidi - 4 Superior
Nur Iman bt Nasruddin - 4 Superior
Puteri Qaleesya binti Salehuddin - 4 Sinergi

F3 (3 orang)
F2 (1 orang)
F1 (2 orang)

Perlawanan akan diadakan di SBPi Gopeng pada 11-12 April 2026. Mari kita sama-sama doakan kejayaan mereka❤️


10/04/2026

PENCAPAIAN ANAK-ANAK ALTAVISTA

Semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SM Sains Johor Kali Ke-51 Tahun 2026 di Stadium Kluang, Johor.

Tahniah diucapkan kepada adik Eiris Auni Zahra binti Jamil, 4 Signifikan dari seluruh warga Altavista atas kejayaan sebagai Olahragawati KOT ke-51 Tahun 2026 dan lebih manis ini merupakan pencapaian peribadi ketiga berturut-turut.

Semoga lebih banyak lagi pencapaian dan kejayaan yang akan dicapai oleh anak-anak Altavista dalam semua bidang samada akademik, kokurikulum atau sukan selepas ini👍🏻💪🏼 Sama-sama kita doakan❤️


Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 06/04/2026

Recap : Program Semarak Syawal Altavista 2327

Pada 14 Mac 2026 yang lalu, Sarana Altavista telah berjaya melaksanakan satu program yang diharap dapat menceriakan lagi pihak pentadbir, guru-guru yang mengajar anak-anak Altavista dan anak-anak sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Gotong-royong untuk pembungkusan goodies telah dilaksanakan di astaka SMSJ oleh beberapa orang AJK Sarana Altavista. Terima kasih atas kebersamaan dalam menjayakan projek ini😍

Alhamdulillah, semua pek goodies telah sampai kepada pihak pentadbir, guru-guru Tingkatan 4 dan anak-anak Altavista.

Semoga usaha ini dapat membawa keceriaan dan mengeratkan silaturrahim buat semua yang terlibat❤️


Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 05/04/2026

Jom intai aktiviti anak-anak Altavista hari ni😍

Bantuan bekalan air mineral untuk puteri-puteri Altavista telah dihantar oleh wakil sarana Altavista 2327, Dr Nor Hana bagi menceriakan anak-anak yang sedang sibuk membuat persiapan perbarisan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 pada 9 April 2026 (Khamis).

Bolehlah zoom anak masing-masing💛💙❤️💚


Photos from Altavista 2327 SM Sains Johor's post 04/04/2026

3 April 2026 - Hari terakhir Cikgu Abrizah (Cikgu Abby) selaku guru penyelaras Altavista untuk tahun 2025 berkhidmat di SM Sains Johor.

Alhamdulillah, sempat dititipkan sedikit cenderahati dari seluruh warga Altavista buat Cikgu Abby yang telah diwakilkan oleh Dr. Nor Hana binti Ahmad Bahuri selaku Setiausaha Sarana Altavista 2327.

Di kesempatan ini, Sarana Altavista 2327 ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Cikgu Abby atas segala ilmu dan kasih sayang yang telah diberikan buat anak-anak Altavista 2327.

Kami juga mendoakan agar Cikgu Abby sentiasa berada dalam Redha & Rahmat Allah.

💐
❤️

02/04/2026

Alhamdulillah, page bagi perkongsian program dan aktiviti anak-anak Altavista 2327 SM Sains Johor telah berjaya dicipta. Moga bermanfaat buat semua ibu bapa dan anak-anak sehingga tamat perjuangan mereka di SM Sains Johor.


Want your school to be the top-listed School/college in Kluang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SM Sains Johor, Jalan Batu Pahat
Kluang
86000