04/09/2026
[TAHNIAH KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK]
“Tetaplah tersenyum walau ditimpa beribu-ribu ujian”
(Kalam Muhammad Afidh A***n Bin Shahrul Azlan)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anakanda Muhammad Afidh A***n Bin Shahrul Azlan atas pencapaian dan kejayaannya Khatam Hafazan 30 Juzu'. Pelajar ini telah memulakan hafalannya pada 10 Januari 2022 sehingga 14 Ogos 2026 (4 tahun 7 Bulan).
Semoga anakanda ini terus menjadi generasi yang terpandu dengan Al-Quran dan terus istiqomah dalam mendalami bidang Al-Quran. Turut didoakan juga buat seluruh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Haq ini berjaya mengkhatamkan hafazan 30 Juzu' Al-Quran.
"Al-Quran dan As-Sunnah Dijunjung"