Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni

Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni VISI MATAF melahirkan Khalifah ALLAH swt Berteraskan konsep Ihsan, Iman & Islam

01/09/2026

“Dengan mengikuti Sunnah Nabi Muhammad ﷺ, kita dapat melindungi diri daripada pelbagai kesusahan, kesulitan, musibah, bala, gangguan, serta kejahatan syaitan dan jin.”

Masya Allah Tabarakalah..Sahabat2 Syurga Yang Di Sayangi Kerana Allah… Ketika ingin berubah atau baiki hidup, sering kal...
29/08/2026

Masya Allah Tabarakalah..
Sahabat2 Syurga Yang Di Sayangi Kerana Allah…

Ketika ingin berubah atau baiki hidup, sering kali orang bertanya nak BERMULA dari mana!?

Dan jawapan yang terbaik ialah
bermulalah dengan mengenal
P E N C I P T A dan SEBENARNYA…

Motif sebenar kita HIDUP kedunia adalah MENGENAL akan DIA.

Mari sahabat kita BELAJAR Mengenal 99 Nama Allah Asma Ul Husna.

Harapan kita apabila MENGENAL NYA…
HIDUP lebih penuh KENIKMATAN…

“ Bagi Nya Asma Ul Husna
(Nama-nama yang paling indah)…
Bertasbih kepada Nya segala sesuatu yang di langit dan di bumi
Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana…”
(Surah Al Hashr 59:21-24)

*Sessi kelas Bermula dari 8 September hingga 11 September 2026 melalui platform zoom meeting*

*Buku nota akan diberikan utk diprint*

Sila buat pendaftaran utk tempahan seat yg terhad Di pautan berikut -

https://forms.gle/YeLypuu55fmks1MBA

( Mahar Kasih Sayang RM 20 atau Ikhlas Hati ke Akaun Maahad Tahfiz Al Quran *Fattabi’Uni- Maybank - ( 551061331119 )*

*Untuk 165 org terawal*

Sebarang info lanjut wa -
Coach Abbi Raja - 0197763323


Sayang Kita💚💚💚

TB Sessi Imtihan MATAF Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni Sukuan Tahun Ketiga pada 26/8/2026 yang lalu.Anak2, Kita serah...
28/08/2026

TB Sessi Imtihan MATAF Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni Sukuan Tahun Ketiga pada 26/8/2026 yang lalu.

Anak2, Kita serahkan apa yang di luar kemampuan kita kepada Allah, dan lakukan sebaik mungkin apa yang berada dalam kemampuan kita.

Semoga setiap hari Allah mudahkan segala urusan, lapangkan hati, luaskan rezeki, ampunkan dosa dan menjadikan setiap langkah kita menuju kepada kebaikan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Barakallahu fiikum 💙

Masya Allah Tabarakallah…EMPAT SAHABAT RASULULLAH SAWPertanyaan Rasulullah SAW kepada Iblis;"Hai Iblis! Bagaimana seluru...
27/08/2026

Masya Allah Tabarakallah…

EMPAT SAHABAT RASULULLAH SAW

Pertanyaan Rasulullah SAW kepada Iblis;

"Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?"

Jawab Iblis:
"Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar-besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : "Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk"

Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu. Tambahan p**a dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah Ra yang juga banyak menghafal Hadits² mu

Sayyidina Umar bin Khattab p**a tidaklah berani aku pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat

Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid. Karena taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya

Sayyidina Ali bin Abi Thalib pun aku sangat takut karena hebat dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta dia adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar 'Ali Karamullahu Wajhahu, dimuliakan Allah akan wajahnya, juga engkau sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan p**a dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya".

Masya Allah Tabarakalah..Sahabat2 Syurga Yang Di Sayangi Kerana Allah…Ketika ingin berubah atau baiki hidup, sering kali...
06/08/2026

Masya Allah Tabarakalah..
Sahabat2 Syurga Yang Di Sayangi Kerana Allah…

Ketika ingin berubah atau baiki hidup, sering kali orang bertanya nak BERMULA dari mana!?

Dan jawapan yang terbaik ialah
bermulalah dengan mengenal
P E N C I P T A dan SEBENARNYA…

Motif sebenar kita HIDUP kedunia adalah MENGENAL akan DIA.

Mari sahabat kita BELAJAR Mengenal 99 Nama Allah Asma Ul Husna.

Harapan kita apabila MENGENAL NYA…
HIDUP lebih penuh KENIKMATAN…

“ Bagi Nya Asma Ul Husna
(Nama-nama yang paling indah)…
Bertasbih kepada Nya segala sesuatu yang di langit dan di bumi
Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana…”
(Surah Al Hashr 59:21-24)

*Sessi kelas Bermula dari 10 Ogos hingga 13 Ogos 2026*
*Buku nota akan diberikan utk diprint*

Sila buat pendaftaran utk tempahan seat yg terhad Di pautan berikut -
https://forms.gle/cNC9pYPm2vSyP8qP7

( Mahar Kasih Sayang RM 20 atau Ikhlas Hati ke Akaun Maahad Tahfiz Al Quran *Fattabi’Uni- Maybank - ( 551061331119 )*

*Untuk 165 org terawal*

Sebarang info lanjut wa -
Coach Abbi Raja - 0197763323


Sayang Kita💚💚💚

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DIBUKA SEKARANG!Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi Uni"Membina Generasi Al-Quran, Berakhlak Mulia...
01/08/2026

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DIBUKA SEKARANG!

Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi Uni
"Membina Generasi Al-Quran, Berakhlak Mulia & Berilmu”

Adakah anda ingin melihat anak membesar dengan didikan Al-Quran, akhlak Islam yang unggul serta pendidikan yang seimbang?

Kini Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi Uni membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi terkini untuk dua kategori:

🏡 PROGRAM SEPENUH MASA (Berasrama Penuh)�✨ Persekitaran pembelajaran yang kondusif.�✨ Hafazan Al-Quran secara sistematik.�✨ Bimbingan para asatizah yang berpengalaman.�✨ Penekanan kepada akhlak, disiplin dan sahsiah Islami.

📚 PROGRAM SEPARUH MASA�🗓 Isnin – Jumaat�🕘 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Sesuai untuk ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan tahfiz berkualiti kepada anak-anak tanpa perlu menetap di asrama.

Kenapa Memilih MATAF?
✅ Pembelajaran Al-Quran berteraskan Ihsan • Iman • Islam�✅ Suasana pembelajaran Islamik yang kondusif.�✅ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berdedikasi.�✅ Penekanan kepada hafazan, tajwid, adab dan pembentukan sahsiah.
✅Membentuk Jiwa dan Membangun Karektor melalui Kelas Motivasi dan Kemahiran.

🌿 "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."�(Hadis Riwayat al-Bukhari)
📌 Tempat adalah TERHAD.�Daftarkan anak anda sekarang dan bersama-sama melahirkan generasi pewaris Al-Quran yang cemerlang di dunia dan akhirat.

📞 Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan pendaftaran-
Abi Raja - 0197763323
Ummi Lilianz - 0137212323
Ustaz Hakim - 011 3563 3248

Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi Uni (MATAF)�"Melahirkan Generasi Al Quran Berpotensi Di Dunia dan Berjaya Di Akhirat ."

BENGKEL ASAS PENULISAN JAWI DAN SENI KHAT “Mengenal, menulis dan menghargai keindahan Jawi dan Seni Khat”BERSAMA PELAJAR...
27/07/2026

BENGKEL ASAS PENULISAN JAWI DAN SENI KHAT
“Mengenal, menulis dan menghargai keindahan Jawi dan Seni Khat”
BERSAMA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ FATTABI’UNI

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Seni Khat pada 25/7/2026 yang disertai oleh para pelajar Maahad Tahfiz Fattabi’uni dan beberapa org awam bersama Kaligrafi Malaysia.. Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi amal soleh dan memberi manfaat yang berpanjangan.

✨ Kelebihan mempelajari seni khat:
🌿 Memupuk rasa cinta terhadap al-Quran dan tulisan Arab.
🌿 Melatih kesabaran, ketelitian serta disiplin diri.
🌿 Mengasah kreativiti dan daya fokus pelajar.
🌿 Menghargai warisan seni Islam yang penuh keindahan.
🌿 Menjadikan proses pembelajaran al-Quran lebih menarik dan bermakna.
🌿 Mendidik jiwa agar menghargai setiap huruf yang menjadi kalam Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia mencintai keindahan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga bengkel ini menjadi satu langkah untuk melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mahir menghafaz al-Quran, malah menghargai keindahan seni Islam serta berakhlak mulia.

Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar terutama Ustadz Sufyan yang telah berkongsi ilmu dengan penuh dedikasi serta semua yang menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala usaha dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Barakallah lu fiikum.

Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan Yg Rahmati Allah SWT…MasyaAllah TabarakaAllah Alhamdulillah…Sukacit...
08/05/2026

Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan Yg Rahmati Allah SWT…

MasyaAllah TabarakaAllah Alhamdulillah…

Sukacita Dimaklumkan Kump**an Qasidah Ahbabun Nabi dari Maahad Tahfiz Al Quran FattabiUni akan membuat Persembahan Alunan Qasidah ( MERSING BERSELAWAT ) Di Bawah Anjuran *MUSICAL FOOD FIESTA* 2026

*MERSING BERSELAWAT*
*SEMARAK CINTA RASULLAH*

🕌 Dataran Ampheteater Mersing
📅 Jumaat | 8/5/26 | 20 Zulkaedah 1447H
🕣 Majlis Bermula Jam 9:00 MALAM
Bacaan Qasidah @ Maulid Diya Ulami’

🎙️ Lantunan Selawat & Qasidah Oleh Kump**an Qasidah Ahbabun Nabi
Maahad Tahfiz Al Quran Fattabi Uni

Dengan rasa penuh Kesyukuran Kami Menjemput Seluruh Muslimin & Muslimat Untuk Bersama Sama utk Menghadiri Ke Majlis Mersing Berselawat , Moga2 Allah Berkati kehidupan Kita & Diberikan Syafaat Nabi Muhammad Di Akhirat Kelak … InsyaAllah aamin ya Allah …

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri Maahad Tahfiz Fattabi’uni tahun ini berlangsung dengan begitu meriah, penuh...
20/04/2026

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri Maahad Tahfiz Fattabi’uni tahun ini berlangsung dengan begitu meriah, penuh kegembiraan dan keberkatan..

Majlis kami bermula dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang ,dipenuhi suasana gelak tawa dan kasih sayang daripada anak2 MATAF yg sememangnya tak sabar menunggu acaran tahunan ini dgn masing2 bergaya dgn baju raya tersendiri..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu ayah, orang kampung serta sahabat handai dari dekat mahupun jauh yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Kehadiran anda semua benar-benar menceriakan suasana raya kami asatizah dan anak2 tahfiz di sini.

Semoga segala kebaikan dan sokongan yang diberikan dibalas dengan rahmat dan keberkatan yang berlipat ganda.

dan kami juga mengharapkan ukhwah yang terjalin ini terus erat dan diberkati Allah SWT sepanjang usia kita allahumma ameen 🤲

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim.”
(HR Bukhari & Muslim)

Taqabbalallahu minna wa minkum 🌙💚
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Innalillahiwainnailaihirajioun. Salam takziah dari kami Warga Maahad Tahfiz Al Quran Fattabi’Uni buat seluruh ahli kelua...
31/01/2026

Innalillahiwainnailaihirajioun.
Salam takziah dari kami Warga Maahad Tahfiz Al Quran Fattabi’Uni buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Mohammad Haidzir Bin Hj Hussin.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, merahmatinya, menerima segala amal kebajikan, dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan para solihin.
Al-Fatihah."

Address

Lot 5889 Kg Seri Desa, Jalan Johor Air Hitam
Kluang

Telephone

+60197763323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Fattabi'Uni:

Shortcuts

Share

Category