07/05/2026
Pasti Al Ukhuwwah 9, Taman Suria Kluang Johor
Pasti Al Ukhuwwah 9, Taman Suria
https://toyyibpay.com/Sumbangan-PU9
07/05/2026
📢 "PENDAFTARAN DIBUKA!" 📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌺
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pendaftaran Tadika PASTI Al Ukhuwwah 9 Taman Suria bagi sesi 2027 kini dibuka bermula 1 MEI 2026! 🥳
🧕🏻👳🏻♀️ DIBUKA UNTUK ANAK-ANAK BERUMUR 4, 5 & 6 TAHUN !!!
☘️ Jom sertai kami di PASTI 💚
📖 PENDIDIKAN BERTERASKAN ISLAM
🧠 PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN DAN INTERAKTIF
🫱🏻🫲🏻 PEMBENTUKAN SAHSIAH DAN AKHLAK MULIA SEJAK KECIL
📌 TEMPAT ADALAH TERHAD!!!! JOM DAFTAR SEGERA!!!!
📌 TRANSIT JUGA TERSEDIA!!!!
Ibubapa yang berminat boleh segera mendaftar atau hubungi kami untuk maklumat lanjut!
20/03/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🕌
Berlalu sudah Ramadan yang diberkati,
Diganti dengan Syawal yang dinanti.
Mohon keampunan di pagi hari,
Kemaafan diberi setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 diucapkan kepada seluruh warga Pasti Al Ukhuwwah Taman Suria ( PU 9 ) yang meraikannya serta seluruh umat Islam di Malaysia. Raikanlah Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan bersama ahli keluarga tersayang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan. Pengorbanan masa dan tenaga guru & ibubapa adalah nadi kepada kesejahteraan komuniti kita.
Dalam keriangan menikmati juadah tradisi yang menyelerakan, marilah kita bersama-sama mengutamakan konsep kesederhanaan. Biarlah kemanisan itu hanya pada ukhuwah yang terjalin, bukannya pada bacaan glukosa yang melonjak tinggi. Raikanlah kemenangan ini dengan penuh keanggunan, tanpa membiarkan kolesterol "mencuri" keceriaan Syawal kita nanti. 😉
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Warga Pasti Al Ukhuwwah, Taman Suria ( PU 9 )
PASTI Kawasan Kluang
20/03/2026
💚🌷💚🌷💚🌷💚🌷💚
Alhamdulillah selesai sudah Program iftar Jamaie Tadika PASTI Al Ukhuwwah 9 Taman Suria bagi sesi 2026💚, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa dan anak-anak PASTI yang hadir dan sudi berbuka puasa bersama 🥰
Terima kasih yang tak terhingga buat ibuayah yang sudi berkongsi rezeki makanan, minuman, serta sumbangan wang ringgit.
Tak lupa juga kepada ibubapa yang tidak dapat hadir tapi turut memberi sumbangan makanan ❤️ hanya Allah yang mampu membalas. Semoga ibuayah semua dimewahkan rezeki selalu 🤲🏻
Terima kasih semua, insyaAllah ada rezeki kita bertemu lagi di program yang akan datang. 🥰
Minta maaf bagi pihak kami jika ada terkurang, terlepas pandang dan sebagainya ketika majlis berlangsung. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu pon datang dari Allah tapi asbab kelemahan dari pihak kami sendiri.
Salam sayang dari cikgu-cikgu PU9 😍💚
20/03/2026
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈!
𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝟒,𝟓&𝟔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕
PASTI Johor akan buka pendaftaran murid 4,5&6 tahun bermula 1 Mei 2026 di seluruh PASTI Cawangan di Negeri Johor.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mengetahui lokasi PASTI terdekat, sila komen di posting ini atau chat di messenger.
Pejabat Pentadbiran,
Jabatan PASTI Negeri Johor
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
NO 2, Jalan PALA, TAMAN SURIA,, KLUANG
Kluang
86000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 00:00 |
| Tuesday | 07:30 - 00:00 |
| Wednesday | 07:30 - 00:00 |
| Thursday | 07:30 - 11:00 |
| Sunday | 09:00 - 00:00 |