25/04/2026
RABU l 22 APRIL 2026
Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda tahun 2026 SK Seri Intan berkolaborasi strategik Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat. Seramai 120 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada pemimpin muda iaitu Pengawas Sekolah, ICT, Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Skim Pinjaman Buku Teks dan Ketua Pengawas serta Penolong Ketua Pengawas.
Ceramah "KEM KEPIMPINAN SUPER" telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Md Asrul Nasid bin Masrom.
Sekalung Penghargaan kpd tuan guru besar, barisan pentadbir, penyelaras program, barisan ahli jawatankuasa program, guru² yg terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung serta pasukan daripada jawatankuasa pihak UTHM yg telah menjayakan program kursus dari awal sehingga ke akhir program. Tahniah Dan Syabas!
Semoga semua pemimpin muda SK SERI INTAN akan lebih terserlah dalam bakat kepimpinan dan menjadi "SUPER LEADER" yang hebat. Tahniah dan syabas!