09/06/2021
Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Perdana Anak Muda Johor
Dewan Muda Johor [DMJ] dengan kerjasama Institut Dato’ Onn [IDO] akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Perdana Anak Muda Johor seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Jun 2021 (Khamis)
Masa: 8.45 Malam
Platform: Zoom Meeting
Tujuan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Perdana ini diadakan adalah seperti berikut:
i) Untuk berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah SWT untuk memelihara keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang berjihad menentang kezaliman Israel; dan
ii) Memohon keberkatan Allah SWT, perlindungan dan dijauhkan daripada wabak COVID-19 serta mendoakan agar seluruh rakyat Johor dan Malaysia kekal tabah mendepani cabaran di sebalik pandemik ini.
Doa Qunut Nazilah & Tazkirah akan disampaikan oleh Valley of Knowledge - Shaykh Imrān Angullia Al-Ḥafīẓ
Kepada individu persendirian yang ingin bersama-sama dalam Majlis tersebut, anda boleh daftarkan diri anda di http://bit.ly/doaselamatanakmudajohor
Link Zoom Meeting akan dihantar ke email berdaftar sehari sebelum program berlangsung.
Terima kasih kepada semua NGO, Pertubuhan, Persatuan Mahasiswa daripada seluruh negeri Johor kerana sudi untuk bersama dalam majlis ini.
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS GERAKAN BELIA 4B NEGERI JOHOR Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor Mentari Johor , Alumni Parlimen Belia Malaysia, Kelab Mahasiswa UMN0, Persatuan Mahasiswa Daerah & semua yang terlibat.
“Doa Untuk Palestin”
“Perang Melawan Covid-19”
Dewan Muda Johor