11/12/2025
PASTI Al-Ukhuwwah 4, Taman Sri Kluang
PASTI Al-Ukhuwwah 4 merupakan salah satu cawangan PASTI di Kawasan Kluang.
11/12/2025
30/09/2025
Alhamdulillah rezeki anak² hari ni. Terima kasih puan yang sudi infak goodies alat tulis untuk anak² PASTI Al-Ukhuwwah 4. Semoga Allah murahkan rezeki & permudahkan urusan selalu 🤲✨
11/09/2025
Assalamualaikum,
Alhamdulillah 🌸🇲🇾
Selesai sudah Program Sambutan Hari Kemerdekaan PASTI , Hari Malaysia & Maulidur Rasul pada Khamis, 11 September 2025.
Terima kasih buat semua ibu ayah yang hadir memeriahkan, serta anak-anak comel yang begitu bersemangat berarak, menyanyi, menghias cupcake dan bertukar hadiah. 💐
Semoga ukhuwwah antara kita semakin erat dan semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa anak-anak kita. ❤️🇲🇾
🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-68
🌺Malaysia Harmoni, Membina Generasi Rabbani 🌺
31/08/2025
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾
Dari seluruh warga PASTI Al-Ukhuwwah 4 ✨
Dengan tema tahun ini:
“Malaysia Harmoni, Membina Generasi Rabbani” 🌸
🌿 Sama-sama kita doakan agar anak-anak kita membesar dalam suasana penuh kasih sayang, berilmu, berakhlak mulia dan menjadi pewaris bangsa serta Agama.
📖 Sedikit pantun kemerdekaan🌺:
Bunga seroja mekar berseri,
Harum semerbak indah berseri,
Malaysia harmoni kita syukuri,
Generasi Rabbani terus dihargai.
27/08/2025
🦷✨ Aktiviti Pemeriksaan & Gosok Gigi Anak² ✨🦷
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada Rabu, 27/8/2025, anak² telah menjalani pemeriksaan gigi & aktiviti gosok gigi bersama pihak Klinik Pergigian Kluang 🦷🥰
Semoga dengan aktiviti ini dapat mendidik anak² tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi sejak kecil lagi. 🌸
Terima kasih kepada pihak klinik pergigian atas kerjasama & sokongan yang diberikan 🤝💐
24/08/2025
🌿 GOTONG-ROYONG ANJURAN JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) AL-UKHUWWAH 4, TAMAN SRI KLUANG 🌿
📅 24 Ogos 2025 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua IbuAyah yang hadir dan bersama-sama menjayakan program gotong-royong hari ini.
Dengan kerjasama dan sumbangan tenaga daripada IbuAyah, suasana sekolah kini lebih ceria, bersih dan selesa untuk anak-anak kita. Semoga usaha ini menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT 🤲✨
Terima kasih atas sokongan dan komitmen berterusan daripada semua 💐
20/06/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Jalan 2/14, Taman Sri Kluang
Kluang
86000