18/02/2026
PROGRAM SUMBANGAN KASIH RAMADHAN 1447H
Assalamualaikum w.b.t
Perkara di atas adalah dirujuk.
Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1447H yang penuh keberkatan ini, Persatuan Taska Kluang Johor dan Taska-Taska Berdaftar dengan kerjasama Kluang Care akan menganjurkan Program Sumbangan Kasih Ramadhan1447H bagi membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.
Sehubungan dengan itu, PTKJ bersama Taska Berdaftar Kluang amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa dalam bentuk:
✅ Barangan keperluan asas (beras, gula, minyak masak, tepung, dll.)
✅ Makanan kering
✅ Wang tunai (untuk pembelian barangan)
Tarikh akhir kutipan: 10 Mac 2026
Tempat hantar brg: Taska Berdaftar Kluang (rujuk pengusaha Taska masing2)
Agihan: tba (agihan bersama Kluang Care)
Semoga sumbangan dan keperihatinan kita semua dapat meringankan beban mereka serta mendidik anak-anak tentang nilai kasih sayang dan amalan bersedekah di bulan yang mulia ini.
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Ikhlas,
PERSATUAN TASKA KLUANG JOHOR