RASMI SMK Seri Sembrong

RASMI SMK Seri Sembrong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RASMI SMK Seri Sembrong, School, Kluang.

🌟TAHNIAH & SYABAS🌟Tahniah diucapkan  kepada Nur Anisah Nasuha binti Muhamad Rashidi atas kejayaan Naib Johan dalam Simpo...
14/08/2026

🌟TAHNIAH & SYABAS🌟

Tahniah diucapkan kepada Nur Anisah Nasuha binti Muhamad Rashidi atas kejayaan Naib Johan dalam Simposium Profesionalisme Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan Kategori Anugerah Inspirasi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah.

🗓Tarikh 27-29/7/2026
🏢Tempat: Adtec Batu Pahat

🥈Nur Anisah Nasuha binti Muhamad Rashidi

💐Guru pembimbing
Dr Hjh Hasjazura binti Hj Hassan

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Warga SMK Seri Sembrong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:🌟 NUR ANISAH NASUHA BINTI MUHAM...
14/08/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Warga SMK Seri Sembrong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🌟 NUR ANISAH NASUHA BINTI MUHAMAD RASHIDI 🌟
atas kejayaan terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Muda Johor (JSLC) Kohort ke-15 Tahun 2026.

Daripada seramai 105 orang calon yang hadir dan mengikuti keseluruhan proses pemilihan sehingga ke peringkat temu duga, Nur Anisah Nasuha berjaya membuktikan keupayaan dan potensi diri sehingga terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Muda Johor.

Pencapaian ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat diri sendiri, keluarga dan seluruh warga sekolah. Kejayaan Nur Anisah Nasuha membuktikan bahawa usaha, keberanian, keyakinan diri dan semangat kepimpinan yang tinggi mampu membuka ruang untuk mencapai sesuatu yang membanggakan.

Semoga pelantikan ini menjadi langkah awal untuk Nur Anisah Nasuha terus menyerlahkan potensi diri, memperkasa kemahiran kepimpinan serta memberi sumbangan positif kepada rakan-rakan dan generasi muda Johor.

💐 Tahniah sekali lagi, Nur Anisah Nasuha!
Teruskan melakar kejayaan dan jadilah pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti serta menjadi inspirasi kepada semua.





📌Dimaklumkan bahawa Sijil SPM dan Pernyataan Keputusan SPM 2025 telah sedia untuk diambil di Kaunter Pejabat Sekolah.📍 T...
28/07/2026

📌Dimaklumkan bahawa Sijil SPM dan Pernyataan Keputusan SPM 2025 telah sedia untuk diambil di Kaunter Pejabat Sekolah.

📍 Tempat: Kaunter Pejabat Sekolah
🕘 Masa: Waktu pejabat

Semua pelajar SPM 2025 diminta hadir untuk mengambil dokumen masing-masing. Sila bawa kad pengenalan sebagai tujuan pengesahan. Sekiranya diwakilkan, wakil hendaklah membawa salinan kad pengenalan pelajar.

Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga sijil ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 🌹

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆Warga SMK Seri Sembrong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Kadet Koreksional SMK Ser...
22/07/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Warga SMK Seri Sembrong merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Kadet Koreksional SMK Seri Sembrong atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Kawad Kaki dan SENTAP Kadet Koreksional Peringkat Negeri Johor 2026.

📅 Tarikh: 14 Julai 2026
📍 Tempat: Penjara Simpang Renggam

🎖️ Keputusan:
🥇 Johan Kawad Kaki
🥇 Johan SENTAP
🏆 Johan Keseluruhan

Lebih membanggakan, 6 orang pelajar SMK Seri Sembrong telah terpilih untuk mewakili Johor ke Pertandingan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para kadet, komitmen jurulatih, sokongan pihak sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan.

Selamat maju jaya kepada wakil-wakil yang akan beraksi di peringkat kebangsaan. Teruskan mengharumkan nama SMK Seri Sembrong dan negeri Johor!

🌹 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN🌹 Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UTQH kepada semua pelaj...
19/07/2026

🌹 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN🌹

Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UTQH kepada semua pelajar Islam serta Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 kepada semua calon SPM 2026.

Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan dipermudahkan oleh Allah SWT dan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Iringi setiap langkah dengan doa, tawakal serta keyakinan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh tidak akan mensia-siakan hasilnya.

✨ "Berusaha dengan penuh kesungguhan, berdoa dengan penuh pengharapan dan bertawakal kepada Allah SWT."

Semoga semua calon dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati, dipermudahkan menjawab setiap soalan serta memperoleh keputusan yang membanggakan.

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026!

  Sekitar Perkhemahan dan Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia...
19/07/2026



Sekitar Perkhemahan dan Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Peringkat Kebangsaan Zon Selatan Tahun 2026 bertempat di Kem PUSAKO Hassan Basir, Batu Kikir, Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh YS TPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli Bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Untuk makluman, perkhemahan ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 13 sehingga 16 Julai 2026. Seramai 106 pelajar KASPA dan 12 orang guru pengiring Zon Selatan terlibat dengan perkhemahan ini yang terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Barisan kadet telah menjalani ujian kawad kaki dan ujian kemahiran mengikut kumpulan seperti pertolongan cemas, melawan kebakaran, menyelamat usungan, pengucapan awam, ujian bertulis serta ujian kecergasan fizikal (UKF). Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan berkaitan pengendalian throw bag.

Turut hadir Tuan Hj. Mohd Kamal Bin Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Puan Nurul Husna Binti Mustafa, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam, Pengarah APM Negeri Sembilan, Mej. (PA) Wirdana Kesuma Binti Mohamad Jaya, Ketua Cawangan Kor Kadet, Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Mej. (PA) Jamilah Binti Jamaluddin, Wakil Rasmi Pengarah APM Johor, Kapt. (PA) Shaiful Azri Bin Zainal, Wakil Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), barisan pegawai dan anggota APM, wakil-wakil pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Melaka, Sekretariat Kadet Sekolah Pertahanan Awam Kebangsaan, Sekretariat KASPA Negeri Sembilan, Johor dan Melaka, barisan jurulatih serta guru-guru penyelaras KASPA.

Tahniah & Syabas kepada pelajar atas kenaikan pangkat Pegawai Waran Kadet

MUHAMMAD DAIE MUSLIH BIN ZAMZURI
BRKUMPULAN
-Johan Kumpulan Kemahiran Melawan Kebakaran

SYARIFAH JASMINE QISTINA BINTI SYED MOHD ALJUFFRI
- Johan Kumpulan Kemahiran Menyelamat
- Peserta Terbaik Menyelamat Perempuan

NURUL SYAHINDAH BINTI MOHD KAMARULL SHAH
- Johan Kumpulan Kemahiran Melawan Kebakaran

14/07/2026

Pertandingan Sentap Kadet Koreksional peringkat Negeri

14/07/2026

Pertandingan Kawad Kaki Kadet Koreksional Peringkat Negeri 2026

📌PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI JOHORKerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti...
12/07/2026

📌PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor. Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah atas kejayaan meraih Tempat Kelima dalam Bridge Co...
08/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah atas kejayaan meraih Tempat Kelima dalam Bridge Competition sempena Karnival STEM Peringkat Daerah Kluang 2026.

Pencapaian ini membuktikan semangat, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing atas bimbingan dan komitmen yang diberikan sepanjang persediaan pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang STEM dan mengharumkan nama sekolah pada pertandingan yang akan datang.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

Address

Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077878755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RASMI SMK Seri Sembrong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to RASMI SMK Seri Sembrong:

Shortcuts

Share

Category