Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kolej Komuniti Tangga Batu merupakan salah satu Kolej Komuniti yang ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menawarkan Program Sijil Pengembaraan Pelancongan dan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Visi Kolej Komuniti Tangga Batu:
-Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul

Misi Kolej Komuniti Tangga Batu:-
· Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
· Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
· Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
· Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞Assala...
24/08/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini kita semua dapat meneladani akhlak mulia dan menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW, Marilah kita menghayati sunnah baginda, memperbaiki akhlak, serta memperkukuh ukhuwah demi kesejahteraan bersama, serta menjadi inspirasi untuk terus membawa nilai kasih sayang, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Tangga Batu

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟕𝟕Merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Selamat Ulang Tahun Ke-77 kepada Tuan Yang...
23/08/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟕𝟕

Merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Selamat Ulang Tahun Ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohamad Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga TYT sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang lagi diberkati serta ketenangan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta terus menjadi tonggak penting dalam perjalanan kemajuan, kesejahteraan dan pembangunan Negeri Melaka ke arah Melaka Maju Jaya.

Setulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Tangga Batu .

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐮.Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) be...
21/08/2026

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐮.

Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) berbesar hati menerima kunjungan mesra YBrs. Fairuz Abadi bin Khalid, Pengarah Kolej Komuniti Jerai, dalam satu sesi lawatan yang turut diserikan dengan perkongsian maklumat serta pengalaman berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi.

Sesi perkongsian memberi tumpuan kepada aspek pengurusan kolej, termasuk perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan di kedua-dua institusi. Perbincangan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan idea dalam usaha memperkukuh kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan kepada warga kolej.

Selain itu, turut diadakan perkongsian berkaitan pengisian dan penyediaan dokumen pemerkasaan Program Sijil Pengembaraan dan Pelancongan. Sesi ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pendekatan dalam menyokong usaha memperkasa serta meningkatkan kualiti pelaksanaan program.

Kunjungan turut diteruskan dengan lawatan sekitar Kolej Komuniti Tangga Batu meliputi fasiliti, ruang pembelajaran, bengkel dan kemudahan kolej. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama, perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara Kolej Komuniti Jerai dan Kolej Komuniti Tangga Batu demi kecemerlangan pendidikan TVET.





𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐓𝐁Klebang, 19 Ogos 2026 – Kolej Komuniti T...
19/08/2026

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐓𝐁

Klebang, 19 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Bintang Merdeka sebagai salah satu aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan KKTB. Program yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Kolej Komuniti Tangga Batu itu melibatkan penyertaan para pelajar KKTB yang menampilkan bakat serta kreativiti dalam bidang seni suara.

Pertandingan ini dianjurkan bagi mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang nyanyian, di samping memupuk semangat patriotisme, kecintaan terhadap negara serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan. Persembahan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan turut memberikan peluang kepada para pelajar untuk menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dalam suasana yang penuh ceria dan meriah.

Program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan keberanian pelajar melalui persembahan di hadapan khalayak. Selain itu, penglibatan dalam pertandingan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KKTB serta mewujudkan suasana kampus yang lebih aktif, harmoni dan bersemangat sempena Bulan Kemerdekaan.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh Puan Nur Hazirah binti Saliman dan Cik Nurul Syazwani binti Abdul Ghapar yang bertanggungjawab menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Tangga Batu, Encik Azharudin bin Ahmad.

Penganjuran Pertandingan Nyanyian Bintang Merdeka diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar serta menjadikan sambutan Bulan Kemerdekaan di KKTB lebih bermakna. Program seumpama ini bukan sahaja mengetengahkan bakat dan potensi pelajar, malah menjadi medium untuk menyemai nilai perpaduan, kecintaan kepada tanah air dan rasa bangga sebagai generasi pewaris negara.

🇲🇾🎤 PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG MERDEKA 🎤🇲🇾Jom saksikan bakat hebat pelajar KKTB dalam menyemarakkan semangat patrioti...
19/08/2026

🇲🇾🎤 PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG MERDEKA 🎤🇲🇾

Jom saksikan bakat hebat pelajar KKTB dalam menyemarakkan semangat patriotisme menerusi lagu-lagu bertemakan kemerdekaan! ❤️🤍💙

📅 19 Ogos 2026
⏰ 2.30 – 4.00 petang
📍 Dewan Kolej Komuniti Tangga Batu

Ayuh meriahkan dan beri sokongan kepada Bintang Merdeka KKTB! 🇲🇾✨

19/08/2026

🇲🇾Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menghimpunkan 12,000 peserta persembahan dan perbarisan dari pelbagai jabatan/ agensi Negeri Melaka yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

🇲🇾Ayuh warga Melaka bersama keluarga, kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan semangat patriotisme demi negara kita. Jumpa anda di sana!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Mana Lagi? Melaka Ler..





19/08/2026
𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 & 𝐒𝐭𝐞𝐦𝟒𝐮 @𝐓𝐞𝐦𝐮Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)Lokasi : SMK Padang TemuPegawai ...
18/08/2026

𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 & 𝐒𝐭𝐞𝐦𝟒𝐮 @𝐓𝐞𝐦𝐮

Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
Lokasi : SMK Padang Temu
Pegawai Bertugas : Mohd Jamal bin Abu

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)Lokasi : Pantai Pengkalan Balak, Mel...
18/08/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚

Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)
Lokasi : Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Pegawai Pengiring : Cik Nurul Syazwani binti Abdul Ghapar
Peserta : 3 Orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KKTB

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐏𝐒𝐇) 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐒𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳@ 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐌𝐂𝐒𝐀 𝐉𝐚𝐡𝐢𝐭𝐚...
18/08/2026

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐏𝐒𝐇)
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐒𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳@ 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐌𝐂𝐒𝐀 𝐉𝐚𝐡𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐣𝐚 𝐒𝐤𝐢𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠

Tarikh : 15 Ogos 2026 (Jumaat)
Lokasi : Makmal Jahitan KKTB
Penyelaras : Noorhana Binti Mohammad
Peserta : Kolej Al-Quran Sayyidina Ali - KAQSA (26 Orang Peserta)

Address

Kolej Komuniti Tangga Batu
Klebang Besar
75200KLEBANG,MELAKA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tangga Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share