Faizal Maliki Education

Faizal Maliki Education satu page yang mengumpulkan bahan-bahan bahasa arab sekolah rendah. Semoga bermanfaat kepada guru-guru dan murid-murid sekalian

BERTEMU VS BERPISAHPerkara yang paling gembira adalah apabila diRaikan dengan penuh senyuman. Dan perkara yang paling se...
17/12/2025

BERTEMU VS BERPISAH

Perkara yang paling gembira adalah apabila diRaikan dengan penuh senyuman. Dan perkara yang paling sedih bila orang yang rapat kian jauh dari kita.

Detik bersejarah harini diraikan di Birkin International Hotel Klebang Melaka. Sejak meninggalkan SK Kelebang Besar rasa macam susah sikit nak sesuaikan diri.

Environment berbeza.
Budaya kerja berbeza..
Fasiliti dan jumlah murid pun berbeza...

Bayangkan dari murid-murid 580 orang ke 1200 orang murid. Banyak benda yang perlu belajar dan perlu cepat adapt.

Jutaan terima kasih pimpinan pentadbiran, barisan Kelab Guru Dan Staff SKKB yang awesome dan guru² sekalian.

Malam ni ada idea pulak nak berpantun..hihi
Dengarkan :

Mentari jatuh di hujung senja,
Langit pilu berbalam jingga.
Di sini tercipta seribu cerita,
Kini berpisah dengan air mata.

Meniti hari bersama kalian,
Menjahit sabar dalam perjuangan.
Bukan mudah melafaz perpisahan,
Kerana kasih berakar kenangan.

Andai takdir memisah jalan,
Bukan hati memilih jauh.
Segala jasa, dan keikhlasan,
Kekal abadi penuh pilu.

Langkah pergi menahan sebak,
Senyum diberi hati terikat.
Doa kuiring setiap jejak,
Moga kita bertemu di waktu berkat.

Yang ikhlas
Ahmad Faizal bin Maliki
SK KELEBANG BESAR
2017-2025

25/06/2025

Dah mula masuk sekolah baru, Cikgu kat sekolah minta tolong berikan contoh mukaddimah khutbah versi Rumi untuk buat persediaan anaknya ke Pertandingan Berkhutbah..

Insyaallah kita usahakan, moga ada pahala mengalir. Bantu share dan follow Faizal Maliki Education

download bahan khutbah di link di bawah :
https://t.me/ustazfaizalgurucemerlang/123

Ustaz Faizal

Khidmat terakhir bersama anak didik Kalam Jamaie Perempuan Peringkat Daerah Melaka Tengah...Takraw tak sempat, sukan tak...
12/06/2025

Khidmat terakhir bersama anak didik Kalam Jamaie Perempuan Peringkat Daerah Melaka Tengah...

Takraw tak sempat, sukan tak sempat sampai hujung, dan banyak lagi la...

Gitu...

Kena faham satu perkara:

tiada apa yang kekal, dunia ni luas dan setiap orang ada ruang untuk memberi.

Faizal Maliki Education

Fuhhh..Hampir setahun Faizal Maliki Education bersawang..Alhamdulillah, sesi Jun 2025 berpindah ke sekolah baharu, memba...
09/06/2025

Fuhhh..
Hampir setahun Faizal Maliki Education bersawang..

Alhamdulillah, sesi Jun 2025 berpindah ke sekolah baharu, membawa azam dan misi yang baru..

InsyaAllah akan terus menambah koleksi bahan pdpc Bahasa Arab khususnya dan segala yang berkaitan di dalam page ini..

Korang pernah tak rasa excited bila masuk sekolah baru..?

Atau saya je rasa macam ni..?😅
Komen sikit.

Ustaz Faizal Maliki
SK BATU BERENDAM 2 MELAKA

Tahun baharu kalendar Islam 1446HAhlan Muharram..Moga bertambah kebaikan, dijagakan dari maksiat, dipelihara anggota zah...
06/07/2024

Tahun baharu kalendar Islam 1446H
Ahlan Muharram..

Moga bertambah kebaikan, dijagakan dari maksiat, dipelihara anggota zahir dan batin.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Selesai pencerapan hari ni.. Murid tersangat aktif, kelas lepas rehat. Subjek Bahasa Arab Tahun 2 (nombor) Rancangan akt...
23/05/2024

Selesai pencerapan hari ni..
Murid tersangat aktif, kelas lepas rehat.
Subjek Bahasa Arab Tahun 2 (nombor)

Rancangan aktiviti akan menyusul di hantaran seterusnya nanti

arqam wal a'dad nombor 11- 15 Bahasa Arab Tahun 2
23/05/2024

arqam wal a'dad
nombor 11- 15 Bahasa Arab Tahun 2

19/04/2024

قلة ذات اليد :
قِلَّة ما يملكه الإنسان من مال، فقير

SALAM NUZUL QURAN 1445HDi dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 Allah swt berfirman:شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱل...
27/03/2024

SALAM NUZUL QURAN 1445H

Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 Allah swt berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ

Bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…

Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia, membimbing kita ke arah kebaikan dan kebenaran. Membaca dan mengamalkan Al-Quran dapat memperbaiki diri, mendalamkan kefahaman dan ilmu serta meningkatkan keimanan.

“Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”

Bersempena Nuzul Al-Quran yang dirai ini, inilah masanya untuk kita mentadabburkan Al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran…
Faizal Maliki Education

Address

SK KELEBANG BESAR, MELAKA
Klebang Besar
75200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faizal Maliki Education posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Faizal Maliki Education:

Shortcuts

Share