Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS

Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS, College & University, Klang.

Photos from Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS's post 27/11/2023

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Syabab 4.0

27 November 2023 (Isnin)

Keningau - Majlis Perasmian Penutupan Karnival Syabab telah berlangsung pada hari jumaat lalu sempena sambutan Karnival Syabab yang telah diadakan pada 19 hingga 24 November 2023.

Karnival ini mempertandingkan sebanyak 21 pertandingan yang melibatkan mahasiswa dan kakitangan IPDAS. Penyampaian anugerah turut disampaikan semasa majlis ini antaranya, Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum, Anugerah Kecemerlangan Latihan Keusahawanan Muslim siri 3 dan pemenang pertandingan Karnival Syabab 4.0. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dan Kompang oleh para pemenang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa, Encik Abdul Aziz bin Mokhtar. Turut hadir Pendaftar IPDAS, Encik Datu Mohd Sallehin bin Moksan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akademik, Puan Sitti Aisha binti Monib dan para pensyarah IPDAS.

/23

15/10/2023

[ SELAMAT MENDUDUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JUN - OKTOBER ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمه الله وبركاته

Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS Sesi 2022/2023 ingin mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi Jun - Oktober 2023" kepada semua mahasiswa IPDAS. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang memudahkannya dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit itu menjadi mudah jika memang Engkau kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni)

بالتوفيق والنجاح في الامتحان

"𝑴𝒂𝒉𝒂𝒔𝒊𝒔𝒘𝒂 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒑𝒊𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉"

جزاكم الله خيرا كثيرا

/23

11/10/2023

[ 5 DAYS LEFT ]

Berbaki 5 hari sahaja lagi sebelum Mahasiswa Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga “Minggu Belajar” ini dapat dimanfaatkan dengan baik untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari sepanjang 14 minggu sesi pembelajaran berlangsung.

من جدّ و جدّ
“Sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka akan mendapat hasil.”



Photos from Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS's post 09/10/2023

MALAM MAHABBAH RASUL IPDAS BERSELAWAT

7-8 OKTOBER 2023 , Sabtu Dan Ahad
- Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, dibawah Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ust Mohamed Ashrul Syarif Tirmizi (Pembimbing Majlis Ta'lim Syarif Muhammadiah). Program ini juga dirasmikan oleh Ust Datu Sallehin bin Muksan bagi mewakili Pengarah IPDAS yang bertempat di Dewan Tun Sakaran.

Kemeriahan Majlis ditambahkan lagi dengan bacaan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah Madrasah Nur Ikhwan Keningau. Kehadiran tetamu jemputan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dan Masyarakat setempat, memeriahkan lagi suasana majlis ilmu.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan kecintaan dan keagungan umat Nabi Muhammad SAW dalam kalangan Mahasiswa IPDAS. Pada masa sama juga, pengisian rohani di terapkan dengan Aktiviti Qiamullai sebagai persediaan menghadapi peperiskaan akhir semester pada minggu hadapan.

Program ini juga disusuli dengan Qiamullai Perdana dan Kuliah Subuh yang dipimpin oleh Ust Rosman bin Suni, Pensyarah IPDAS.

Setrusnya kuliah Duha diisi oleh Ust Mohamed Ashrul Syarif Tirmizi di Masjid Baiturrahman IPDAS.

06/10/2023

[MALAM MAHABBAH RASUL: IPDAS BERSELAWAT]

Dijemput hadir beramai-ramai ke *Program Malam Mahabbah Rasul anjuran Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS yang berketetapan seperti berikut:

🗓️ Tarikh: 7 Oktober 2023 (sabtu)
⏰ Masa: 7:00 pm - 10:00 pm
🏢 Tempat: Dewan Tun Sakaran IPDAS

Ayuh, Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis bersama Ulama' 😍✨

Sollu ‘Alan nabiy Muhammad 🤍

06/10/2023

[MALAM MAHABBAH RASUL: IPDAS BERSELAWAT]

Jom hadir beramai-ramai ke Program Malam Mahabbah Rasul anjuran Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS!

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis bersama Ulama’✨

Sollu ‘Alan nabiy Muhammad🤍

Photos from Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS's post 05/10/2023

Program Kibaran Jalur Gemilang 2023 Peringkat Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah

04/10/2023

MALAM MAHABBAH RASUL

Assalamualaikum W.B.T

Berita gembira buat para pencinta majlis ilmu! Buat julung kalinya Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa IPDAS akan menganjurkan program Malam Mahabbah Rasul 2023 : IPDAS BERSELAWAT.

✨Program Malam Mahabbah Rasul 2023 : IPDAS Berselawat akan diadakan seeprti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh : 7 Oktober 2023 (Sabtu)

⏰ Masa : 7:00 pm - 10:00 pm

🏢 Tempat : Dewan Tun Sakaran IPDAS

Ayuh, Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program bermanfaat ini 😍! _"Cinta Ilmu Cinta Hakiki, Cintai agama Kekal Abadi"_

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

👳🏻‍♂️ Saudara Muhayat : 013-4476330

🧕🏻 Saudari Masrurah : 013-3552406

Photos from Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS's post 26/09/2023

IPDAS RANGKUL JOHAN PERTANDINGAN FESTIVAL KESENIAN KOMPANG

Tenom, 21 September 2023 -Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Rhythm Sufi daripada IPDAS, mewakili Keningau ke Pertandingan Festival Kesenian Islam Peringkat Pedalaman Atas atas kejayaan merangkul gelaran Johan dalam Kategori Kompang.

Sehubungan itu, Kumpulan Rhythm Sufi yang terdiri daripada 12 orang mahasiswa IPDAS akan mewakili Pedalaman Atas ke peringkat Negeri yang akan dilangsungkan pada 27hb September 2023 bertempat di SICC Kota Kinabalu.


31/08/2023

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KALI KE-66

Marilah sama-sama kita menyemarakkan hari kemerdekaan ini dengan semangat juang yang tinggi. Pengorbanan prajurit Malaysia dalam mempertahanankan keamanan negara tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Sama-sama kita syukuri dengan kemerdekaan yang kita kecapi pada saat ini.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-66

MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN

Ikhlas daripada:
Majlis Perwakilan Mahasiswa Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah


🇲🇾

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Culinary Team

Attire

Website

Address


Klang