30/04/2026
PPKI SK Taman Klang Utama
We teach, we serve, we love. Together we unite as one!
30/04/2026
25/04/2026
🚨 PERHATIAN WARGA SKTKU! 🚨
Bermula 27 April 2026 (Isnin)
Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa LARANGAN MEMBAWA TUMBLER KE SEKOLAH akan dikuatkuasakan demi memastikan keselamatan dan kelangsungan pembelajaran di SKTKU sentiasa terjamin.
❌ Tumbler TIDAK dibenarkan dibawa ke sekolah
✅ Hanya botol plastik sahaja dibenarkan
⚠️ PERINGATAN PENTING:
Sekiranya murid membawa tumbler ke sekolah, tindakan merampas akan diambil oleh pihak sekolah.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini serta memastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan kondusif untuk semua warga.
💬 Marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama. Disiplin yang tinggi mencerminkan sahsiah diri yang unggul!
Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama semua pihak. 🤝
✨ SKTKU HEBAT, DISIPLIN DIPERKUKUH! ✨
20/04/2026
Alhamdulillah hari ini PPKI SK Taman Klang Utama telah menerima kehadiran Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baharu.
Selamat datang diucapkan kepada Ustaz Zaki.
Selamat menerajui PPKI SKTKU.
03/04/2026
Tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat berpindah tempat bertugas kepada Penolong Kanan Petang SK Taman Klang Utama🫶🏻
31/03/2026
30/03/2026
Perhimpunan pertama Mama GB bersama warga SKTKU💜
29/03/2026
[MAKLUMAN]
Dimaklumkan bahawa susulan cuaca panas melampau dengan suhu melebihi 35°C, pihak sekolah telah bersetuju untuk memberikan kebenaran khas kepada semua murid:
👕 Memakai pakaian sukan sekolah
📅 Bermula pada 30 Mac 2026 (Isnin)
⏳ Sehingga keadaan cuaca kembali normal
Langkah ini diambil bagi:
✔️ Menjamin kesihatan dan keselamatan murid
✔️ Memberi keselesaan sepanjang sesi pembelajaran
✔️ Menggalakkan pemakaian pakaian yang ringan dan sesuai dengan cuaca panas
Walau bagaimanapun, murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, disiplin dan penampilan sepanjang berada di sekolah.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“Tahun Ini, Tahun Kita.”
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir dan Batin
Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua guru, murid serta ibu bapa yang dihormati.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita semua. Moga semangat kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang terus terjalin erat dalam kalangan kita.
Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan dalam usaha mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.
Selamat menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang ❤️
“Tahun Ini, Tahun Kita.”
19/03/2026
Selamat bercuti..
Berhati-hati di jalan raya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan HAJI SIRAT
Klang
42100
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 12:30 |
| Tuesday | 07:30 - 12:30 |
| Wednesday | 07:30 - 12:30 |
| Thursday | 07:30 - 00:30 |
| Friday | 07:30 - 12:00 |