PPKI SK Taman Klang Utama

Call Directions Contact the school

PPKI SK Taman Klang Utama We teach, we serve, we love. Together we unite as one!

13/07/2026
Terima Kasih JPN Selangor🫡
09/07/2026

Terima Kasih JPN Selangor🫡

08/07/2026

Seorang guru yang hebat, komited dan sangat rajin telah kembali menghadap Ilahi. Pemergianmu merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga sekolah. Segala jasa, pengorbanan dan baktimu dalam mendidik anak bangsa akan sentiasa dikenang dan tidak akan dilupakan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburmu dan menempatkan rohmu dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta di syurga yang abadi.

Al-Fatihah.🌹

08/07/2026

Mohon doa daripada seluruh warga SK Taman Klang Utama dan sahabat-sahabat semua. 🤲🏻

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera buat Pn. Salina @ Nurul Syuhadah binti Ismail yang kini sedang menerima rawatan.

Semoga setiap urusan rawatan dipermudahkan, diangkat segala kesakitan, dikurniakan kekuatan dan kesabaran buat beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah dia. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang sempurna dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.

Aamiin Ya Rabbal ’Alamin. 🤍

02/07/2026

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah KOPK 2026 di Stadium UITM Shah Alam.

15/05/2026

Menjadi seorang guru bukan sekadar berdiri di hadapan kelas untuk mengajar.
Tetapi menjadi insan yang sentiasa ada…
membimbing ketika murid keliru,
menenangkan ketika mereka jatuh,
dan memberi semangat ketika mereka hampir berputus asa.

Setiap hari, kami datang dengan harapan agar ada ilmu yang dapat disampaikan,
ada akhlak yang dapat dibentuk,
dan ada impian yang dapat direalisasikan.

Kadang-kadang kami penat…
kadang-kadang kami diuji dengan pelbagai cabaran.
Namun apabila melihat senyuman dan kejayaan anak-anak didik,
semua itu terasa sangat berharga.

Seorang guru mungkin tidak diingati kerana kata-katanya,
tetapi murid akan sentiasa mengingati kasih sayang, nasihat dan pengorbanannya.

Terima kasih buat semua guru yang terus ikhlas mendidik tanpa jemu.
Kalian bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi pembina masa depan bangsa.

✨Selamat Hari Guru 2026✨
“Guru Bitara, Nadi Negara”

❤️ Tahniah adik Dhiya Izara Safiyya dan barisan jurulatihnya, Cikgu Azliyana & Cikgu Raufie.
07/05/2026

❤️ Tahniah adik Dhiya Izara Safiyya dan barisan jurulatihnya, Cikgu Azliyana & Cikgu Raufie.


05/05/2026

Selamat maju jaya semua peserta! 🌟
Terus berusaha, cipta kejayaan! 💪

30/04/2026

Address

Jalan HAJI SIRAT
Klang
42100

Opening Hours

Monday 07:30 - 12:30
Tuesday 07:30 - 12:30
Wednesday 07:30 - 12:30
Thursday 07:30 - 00:30
Friday 07:30 - 12:00

Telephone

+60332918212

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SK Taman Klang Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SK Taman Klang Utama:

Shortcuts

Share