Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran

Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran

Share

Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran adalah sebuah instituasi yang berteraskan pendidikan tahfiz sepenuh masa.

20/12/2024

"AKU NI KERJA KERJA KERJA!, ANAK LANGSUNG TAKDE PENGISIAN AGAMA"

Pernah tak anda ada perasaan macam ni?

Admin pon pernah rasa macam ni, biasalah dunia sekarang memaksa kita menggunakan masa untuk mencari rezeki

Disebabkan keluhan ramai ibu ayah, kami di Pusat Tahfiz Nur Al-Quran Rantau Panjang Klang akan membuka kem Smart Solat๐Ÿฅฐ

Antara pengisian yang kami akan tekankan pada anak anda adalah๐Ÿ‘‡
1. Memperbetulkan bacaan dalam solat
2. Memperbaiki solat
3. Pengisian rohani dan jasmani

Ibu ayah dah tak perlu risau, insyaallah kami akan pastikan anak-anak anda membawa pulang ilmu yang bermanfaatโ˜บ๏ธ

Hubungi kami hari ini ya. Terhad kepada 50 pax shja๐Ÿ˜Š


03/09/2021

Semoga ada sinar untuk Pusat Tahfiz di Selangor dapat beroperasi semula seperti biasa. Ammmminnnn

15/01/2021

Semoga kita menjadi seperti mereka yang sentiasa menghidupkan hari-hari di dunia ini dengan bacaan Al-Quran sebagai panduan serta pelindungan kita hingga dipanggil oleh Allah SWT. Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Syeikh Ali Jaber. Moga diberikan kekuatan dan kesabaran atas apa yang telah ditimpa mereka.

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽ ุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‘ู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡, ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒููˆู’ู„ูŽู‡, ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ุŒ ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏูุŒ ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู’ู„ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ุŒ ูˆูŽู‚ูู‡ ููุชู’ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽ ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู. ุงูŽู„ู„ู‘ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูŽุจู’ุฑูŽู‡ ุฑูŽูˆู’ุถูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุฑููŠูŽุงุถู ุงู„ุฌู‘ูู†ูŽุงู†ูุŒ ูˆ ู„ุงูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‚ูŽุจู’ุฑูŽู‡ ุญููู’ุฑูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุญูููŽุฑู ุงู„ู†ู‘ููŠู’ุฑูŽุงู†ูุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ู…ูŽุฃู’ูˆูŽุงู‡.

ุงูŽู„ู„ู‘ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ุฐูู†ููˆู’ุจูŽู‡ุŒ ูˆูŽุงูู…ู’ุณุญ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุงุชูู‡ ูˆูŽ ุชูŽุฌูŽุงูˆูŽุฒู’ ุนูŽู†ู’ ุฎูŽุทููŠู’ุฆูŽุงุชูู‡ุŒ ุงูŽู„ู„ู‘ู‡ูู…ู‘ูŽ ุถูŽุงุนููู’ ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชูู‡ ูˆูŽุงุฑู’ููŽุนู’ ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุงุชูู‡ุŒ ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽ ุงู„ุตู‘ูุฏู‘ููŠู’ู‚ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽ ุงู„ุดู‘ูู‡ูŽุฏูŽุงุกู ูˆูŽ ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญููŠู’ู†ูŽ.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ุงูŽ ุชูŽุญู’ุฑูู…ู’ู†ูŽุง ุฃูŽุฌู’ุฑูŽู‡ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽูู’ุชูู†ู‘ุง ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ ูˆูŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽู„ูŽู‡ ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู† ..... ุงู„ูุงุชุญุฉ

02/10/2020

Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran Rantau Panjang Klang membuka pendaftaran kemasukan pelajar sesi 2021/2022. Silibus sepenuhnya tahfiz Al-Quran.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khusus untuk meningkatkan kurikulum para pelajar. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pada no yang tertera dalam iklan.


23/08/2020

Jom kita hidupkan kehidupan kita dengan al-Quran. Kadang kala kita selalu mengharapkan rezeki itu datang atas sifat ehsan manusia, namun kita tak sedar dari sifat ehsan manusia itu asalnya datang dari Allah SWT.

Jom sama-sama mulakan hari kita dengan bacaan Al-Quran, kelak senang di dunia dan akhirat.

23/05/2020

Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri dari kami warga pendidik Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran Rantau Panjang Klang.

Semoga Ramadhan kali ini memahat kenangan yang tidak dilupakan apatah lagi melaksanakan ibadah fardhu dan sunat bersama keluarga tercinta.

Raya pada tahun ini walaupun ada dikalangan keluarga tercinta tidak bersama, tak mengapa yang penting masing-masing menjaga kesihatan dengan baik dalam musim wabak COVID-19 ini.

Maaf Zahir & Batin

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„
ู…ู† ุงู„ุนุงุฆุฏูŠู† ูˆุงู„ูุงุฆุฒูŠู†




19/03/2020

Sejajar dengan pekelilling yang dikeluarkan oleh Kenyataan Akhbar D.Y.M.M Sultan Selangor dan JAIS, Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran ditutup. Sesi persekolahan yang asal berakhir pada 22 Mac 2020 dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).

Sehubungan dengan itu, pihak PPTNQ menasihatkan kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak serta senantiasa menyemak hafalan mereka agar kelangsungan bacaan Al-Quran itu terus demi memohon keberkatan dan keampunan daripadaNYA. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

03/03/2020

Moga kita dihindari dari penyakit dan wabak yang merbahaya. Ikuti pekeliling atau arahan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan sebarang penyakit.

02/03/2020

Alhamdulillah, Tajaan Sumbangan Berbuka & Sahur Ramadhan 1441H Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran Rantau Panjang Klang telah dibuka =)

Hanya 1 Slot = RM 300

- Boleh sertakan sekali nama arwah bagi para penyumbang yang menyertai tajaan berbuka & sahur ini =)

Sesiapa yang minat untuk menyertai boleh maklumkan pada iklan di bawah. insyaALLAH moga-moga sumbangan kalian diberkati oleh Allah SWT.



Photos from Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran's post 16/02/2020

Aktiviti mingguan hari ini. BerBBQ tengahari para pelajar asrama PPTNQ. Alhamdulillah rezeki mereka, terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang tak terhingga dari semua.

Moga Allah limpahkan rezeki, luaskan kesenangan dan mendapat keampunan dari Allah SWT.

10/02/2020

Alhamdulillah suasana pagi sesi hantar hafalan untuk muka baru hari ini.

Yang best hari ini, Pengetua PPTNQ sendiri Al-Fadhil Ustaz Abdul Hamid Bin Dahlan Al-Makki Al-Bugisi Hafizahullah mendengar bacaan para pelajar.

Bila pengetua yang check kompem marah tu selalu sampai :) tak pe adat belajar biar kena marah, yang penting nasihat itu menjadi pedoman.

Photos from Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran's post 03/02/2020

Alhamdulillah terima kasih kepada Maahad Tahfiz Ibnu Kathir atas jemputan dalam program Futsal Mahabbah di Sungai Udang Klang baru-baru ini.

Sambil riadah sambil kita ribatkan ukhuwah bersama. Alhamdulillah dapat no 2, bukan biasa-biasa jugak ini. Terima kasih sekali lagi.


Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Mahad Tahfiz Nur Al Quran
Klang
42100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00