Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang salah satu halaman sosial yang digunakan untuk mewar-warkan program dan info sekolah.

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PSRA & UPKK ✨📚🌸 Buat anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan PSRA dan UPKK, seluruh warga sekola...
21/09/2026

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PSRA & UPKK ✨📚

🌸 Buat anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan PSRA dan UPKK, seluruh warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan dalam setiap urusan.

💪 Teruskan berusaha, yakin pada diri sendiri dan jawab setiap soalan dengan tenang. Ingatlah, usaha yang ikhlas dan doa yang berterusan pasti membuahkan hasil.

🤲 Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami, lapangkanlah hati dan fikiran mereka, berikanlah ketenangan serta kefahaman dalam menjawab setiap soalan. Kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat mereka.

🌟 Usaha • Doa • Tawakal • Berjaya

Semoga semua calon PSRA dan UPKK memperoleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan diri, ibu bapa serta sekolah.

Good luck & all the best, anak-anak Ar-Razi ! 💐📖✨

🇲🇾✨ SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH ✨🇲🇾“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ❤️🤍💙💛Alhamdulil...
16/09/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH ✨🇲🇾

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ❤️🤍💙💛

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah. 🇲🇾

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Semoga semangat Malaysia Prihatin, bersatu hati dan cintakan tanah air terus subur dalam diri anak-anak serta seluruh warga sekolah. 🌺

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Program munajat kecemerlangan anak-anak UPKK dan PSRA dah masuk hari ke-3. InsyaAllah akan berterusan setiap minggu sehi...
13/09/2026

Program munajat kecemerlangan anak-anak UPKK dan PSRA dah masuk hari ke-3. InsyaAllah akan berterusan setiap minggu sehingga berakhirnya UPKK.

Terima kasih kepada guru-guru terlibat dan juga ibubapa anak-anak tahun 5 dan 6 yang mewujudkan suasana sokongan yang positif di rumah melalui aktiviti kerohanian.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan pertolongan Allah SWT serta menjadi asbab kepada kejayaan dan kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan PSRA dan UPKK, di samping membentuk generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Assalamualaikum wbtAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya, Program Gotong- Royong Me...
13/09/2026

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya, Program Gotong- Royong Mengecat Kelas Fasa 1 SRII Arrazi Meru telah berjalan dengan lancar pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada barisan Ayah-ayah hebat yang telah meluangkan masa, tenaga dan kudrat demi keselesaan anak-anak kita. Bukan sekadar cat kelas, ayah-ayah hebat ini juga bersihkan aircond di semua kelas terlibat.

Tidak dilupakan juga terima kasih kepada AJK PIBG dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Moga Allah SWT membalas setiap titik peluh tuan-tuan dengan pahala yang berlipat ganda dan keberkatan untuk keluarga.

InsyaAllah kita jumpa lagi di Fasa 2. Baki cat masih ada lebih kurang 3 tong lagi dengan sasaran kita akan cat kesemua kelas di bangunan tahap 2.

Sekian, terima kasih.

Jawatan Kosong Sebagai Guru Akademik
13/09/2026

Jawatan Kosong Sebagai Guru Akademik

🏕️ PROGRAM KEM PERKHEMAHAN KADET AMAL BANAT 2026 🌿Membina jati diri, memupuk disiplin dan mengeratkan ukhuwah. 🤍Alhamdul...
01/09/2026

🏕️ PROGRAM KEM PERKHEMAHAN KADET AMAL BANAT 2026 🌿

Membina jati diri, memupuk disiplin dan mengeratkan ukhuwah. 🤍
Alhamdulillah telah selesai program Kem Perkhemahan Kadet Amal Banat 2026 di Chalet Desa Bagan menjadi medan untuk para peserta menimba pengalaman, mengasah kemahiran serta belajar erti kerjasama dan tanggungjawab.

Semoga setiap pengalaman, cabaran dan kenangan yang tercipta menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi yang berdisiplin, berani, berdikari dan berakhlak mulia. 🌟

“Bersatu, Berdisiplin, Berbakti.” 💪🏻🏕️

🌹SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ 🌹“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” — Su...
30/08/2026

🌹SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ 🌹
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” — Surah al-Ahzab: 21

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta menjadikan Baginda sebagai contoh dalam kehidupan seharian.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ 🤍

Ujian Diagnostik Kemasukan Tahun 2027 ✏️22082026 : Satu langkah awal untuk mengenal pasti tahap penguasaan, kebolehan da...
22/08/2026

Ujian Diagnostik Kemasukan Tahun 2027 ✏️

22082026 : Satu langkah awal untuk mengenal pasti tahap penguasaan, kebolehan dan kesediaan murid sebelum melangkah ke alam persekolahan. Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang dan yakin. 🌟

🕌 Kem Superb Solat Tahun 1, 2 & 3Alhamdulillah, Kem Superb Solat telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan murid-muri...
30/07/2026

🕌 Kem Superb Solat Tahun 1, 2 & 3

Alhamdulillah, Kem Superb Solat telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.

Semoga program ini dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap ibadah solat serta membentuk sahsiah yang berakhlak mulia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🤲✨

🏅 HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 🏅Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Sukan Tahunan Sekolah pada 5 Julai 20...
27/07/2026

🏅 HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 🏅

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Sukan Tahunan Sekolah pada 5 Julai 2026 (Ahad).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama, disiplin serta kesungguhan sepanjang acara berlangsung. Terima kasih juga kepada barisan guru, ibu bapa dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan, gaya hidup sihat dan membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta! 💐

Address

Sekolah Islam Ar-Razi Meru Klang, Lot 2655, Batu 2 1/2, Persiaran Hamzah Alang, Meru
Klang
42200

Opening Hours

Monday 07:30 - 14:30
Tuesday 07:30 - 14:30
Wednesday 07:30 - 14:30
Thursday 07:30 - 14:30
Friday 07:30 - 12:30
Saturday 07:45 - 13:00

Telephone

+60333928784

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang:

Shortcuts

Share