07/05/2026
Teruskan berdoa anak2 dan ibu ayah KM70
InsyaAllah yang terbaik Allah tetapkan untuk anak2 kita🤲
KSIB Batch KM70 SPM 2025 KISAS
07/05/2026
Teruskan berdoa anak2 dan ibu ayah KM70
InsyaAllah yang terbaik Allah tetapkan untuk anak2 kita🤲
30/04/2026
MasyaAllah tabaarakallah🤲
Alhamdulillah, warga KISAS terutamanya KM70 amat berbangga dengan pencapaian cemerlang salah seorang pelajar kita, Nur Fatin Afiqah binti Mazlan, yang telah dijemput menerima anugerah dalam Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025.
Majlis penuh berprestij ini telah berlangsung pada hari Rabu, 29.4.26 bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang yang terlibat.
Lebih membanggakan, Fatin yang telah mendapat 11A+, merupakan salah seorang daripada 10 orang pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan yang telah terpilih menerima penghargaan tersebut.
Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi, pengorbanan keluarga serta guru-guru, juga doa dan sokongan semua warga KISAS.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KISAS untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
🌟 Tahniah sekali lagi Nur Fatin Afiqah!
🌟 KM70 Bangga Dengan Anda!
🌟 Semoga Nur Fatin Afiqah dan semua lepasan SPM KM70 akan terus bersinar di mana saja dan apa saja bidang yang diceburi, berjasa kepada agama dan bangsa🤲
11/04/2026
📣📣 PELANJUTAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN UPUOnline®️ 📣📣
Hai adik-adik semua🥳
Tarikh akhir permohonan UPUOnline®️ akan DILANJUTKAN sehingga:
‼️13 APRIL 2026 (ISNIN), ⏰ JAM 12.00 TENGAH HARI‼️
Jom rebut peluang ini! 🤩
Semoga berjaya🥳
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
BKPA UPU
06/04/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, KISAS direzekikan dengan kejayaan luar biasa anak-anak dalam SPM 2025.
Saya mewakili PIBG ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas yang setinggi-tingginya kepada semua ibu ayah anak - anak batch Khairul Muayyid 70 yang telah memperoleh keputusan cemerlang.
Kejayaan ini bukan kebetulan, ia adalah hasil usaha gigih anak-anak, doa yang tidak putus daripada ibu bapa, para sukarelawan KSIB, komitmen jitu pentadbir serta para guru yang tidak pernah jemu mendidik anak - anak, kakitangan sokongan yang sentiasa memudahkan urusan serta ALKIS yang tidak putus - putus menyumbang sama ada dari segi idea dan kewangan.
Akhir kata, PIBG akan terus menyokong pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang. Tahniah sekali lagi!
06/04/2026
“Hadza min fadhli Rabbi”
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Keputusan SPM 2025 KISAS yang telah diumumkan pada hari Selasa 31.03.2026 lepas, menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan membanggakan.
Gred Purata Sekolah: 1.53
(Meningkat daripada 1.55 pada 2024 dan 1.64 pada 2023)
Pencapaian calon cemerlang:
✅️3 orang murid mendapat 11A+ (0.97%)
✅️87 orang murid mendapat 11A (28.06%)
Ini semua adalah hasil usaha berterusan guru-guru KISAS yang sangat komited, kesungguhan anak-anak, serta sokongan ibu bapa, dan yang paling utama, dengan izin dan rahmat Allah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Pengetua Ustaz Abd Ghani, pihak pentadbir KISAS, guru-guru KISAS, semua staf sokongan KISAS, barisan PIBG yang diketuai oleh Encik Mohd Sanusi, barisan KSIB KM70 yang diketuai oleh Hj Tobroni, ALKIS, semua ibu bapa KISAS KM70, serta tidak dilupakan semua KSIB KISAS sama ada sebelum atau selepas batch KM70 yang sama-sama menyokong ❤️
Tahniah kepada semua. Moga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya,
ibu bapa/penjaga serta para pelajar
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
dijemput hadir ke:
✨ Majlis MeRayakan Result SPM 2025
Batch Khairul Muayyid 70
📅 Selasa, 31 Mac 2026
🕘 12.30 tengah hari
📍 Centre of Excellence, KISAS
Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian para pelajar dalam SPM 2025 serta sambutan Hari Raya bersama para guru KISAS.
Kehadiran tuan/puan serta anak-anak amat bermakna dalam memeriahkan majlis ini 🤍
“O Allah, purify our hearts
And make our happiness continuous
My Lord, bless us.
A joyful Eid
Today is the day of Eid
My Lord, bless us and increase us
And make all our days like Eid”
Amin!
19/02/2026
15/02/2026
🎓 PERMOHONAN UPUOnline®️ - PERMOHONAN RAYUAN
✅ Permohonan rayuan hanya boleh dikemukakan oleh pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran pengajian & pemohon yang mendapat tawaran Program Sijil Kolej Komuniti sahaja.
✅ Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 1️⃣0️⃣ hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.
Jika gagal dalam permohonan UPUOnline®️, pemohon masih boleh mengemukakan permohonan melalui kaedah berikut:
1️⃣ Ambilan Kedua - Subsidi kerajaan (dilaksanakan oleh beberapa UA sahaja).
2️⃣ Saluran Terbuka : Tanpa subsidi kerajaan (dilaksanakan oleh beberapa UA sahaja).
3️⃣ Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) - Permohonan tidak melalui UPUOnline®️.
4️⃣ Permohonan UPUOnline®️ Sesi Akademik tahun seterusnya.
🌐 Maklumat rasmi dan terkini boleh dirujuk di:
👉 https://upu.mohe.gov.my/
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
15/02/2026
🎓 PERMOHONAN UPUOnline®️ | HUBUNGI KAMI
Hai adik-adik! 🥳
📢 Adik-adik ada pertanyaan mengenai UPUOnline®️❓ Berikut adalah saluran untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan mengenai UPUOnline®️
🔗 Maklum Balas Pelanggan: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
📧 E-mel: [email protected]
💬 UPUCHAT: https://upuchat.org/
☎️ Hotline: 03-8684 2363
📲 Muat Turun UPUPOCKET: Google Play | App Store | AppGallery
💻 Media Sosial Rasmi BKPAUPU
🌐 Maklumat rasmi dan terkini boleh dirujuk di:
👉 https://upu.mohe.gov.my/
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
05/02/2026
MasyaAllah tabaarakallah. Alhamdulillah. Tahniah kepada anak-anak STAM dan seluruh warga KISAS.
Moga KISAS terus mencatatkan kecemerlangan, khususnya bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 nanti.
Aamiin
01/02/2026
🎓 PERMOHONAN UPUOnline®️ | TIP MEMILIH PROGRAM
Hai adik-adik! 🥳
📌 Tak pasti nak pilih program yang bersesuaian?
Ikuti TIP MEMILIH PROGRAM berikut untuk rujukan dan panduan adik-adik semasa mengisi permohonan UPUOnline®️.
1️⃣ Memenuhi syarat am & syarat khas program;
2️⃣ Pilih program yang diminati;
3️⃣ Semak purata merit;
4️⃣ Susun program mengikut keutamaan;
5️⃣ Rujuk kaunselor; dan
6️⃣ Pelbagaikan pilihan program & IPTA.
🌐 Maklumat rasmi dan terkini boleh dirujuk di:
👉 https://upu.mohe.gov.my/
Semoga tip ini dapat membantu adik-adik untuk memilih program di UPUOnline®️ nanti 😊
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
BKPA UPU