Mad.AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith/Madrasah Muqwa Lil Banat

Mad.AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith/Madrasah Muqwa Lil Banat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mad.AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith/Madrasah Muqwa Lil Banat, Education, No. 1667, Lrg. Hj. Nakman Kadis, Jln. Hj. Musran, Kg. Rantau Panjang, Klang.

Selama lebih 15 tahun, kami di Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith & Madrasah Muqwa Lil Banat (Madrasah Al-Muqwa) menyediakan program pengajian daripada peringkat asas hingga lanjutan di bidang Al-Quran dan hafazan, ilmu turoth, akademik dan SPM Fast Track

25/05/2026

MasyaAllah
Ahlah Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum
Sollu A'lan Nabi Muhammad

Madrasah Al-Muqwa menyambut penuh gembira dan mengalu-alukan kunjungan rehlah dakwah ke Malaysia pada Jun ini kepada Penasihat Utama (I) Al-Muhaddith Al-Musnid Al-Qodhi Fadhilatus Syeikh Dr. Yasir Al-Adni As-Syahiri daripada Tarim, Hadramaut, Yaman.

Limpahan rahmat dan barokah juga insyaAllah akan dinikmati warga Madrasah Al-Muqwa dan penduduk Kg Rantau Panjang berikutan Al-Fadhil Syeikh akan berkampung selama 2 hari di sini untuk turut sama-sama menjayakan acara-acara istimewa sempena Karnival Ma'al Hijrah 1448 Kg Rantau Panjang anjuran Madrasah Al-Muqwa.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dan perjalanan Al-Fadhil Syeikh dan rombongan dan semoga banyak pihak akan menerima manfaat kehadiran beliau di Rehlah Dakwah Malaysia kali ini.








14/05/2026

✨ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم ✨

Dengan penuh rasa syukur dan doa,
Madrasah Ulumulquran wal Ahadith mempersembahkan:

🎓 MAJLIS KONVOKESYEN MADRASAH AL-MUQWA 2026 🎓
Bersempena Karnival Ma’al Hijrah 1448H

📅 19 – 21 Jun 2026
📍 Dewan Palembang, Kampung Rantau Panjang, Klang

“Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku.”
📖 Surah Taha : 114

Sebuah detik penuh bermakna bagi meraikan perjalanan ilmu, adab dan amal para pelajar.
Semoga majlis ini menjadi kenangan indah serta pembakar semangat untuk terus menuntut ilmu kerana Allah. 🌙✨

📌 Maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Mohon doa dan sokongan semua buat kelancaran majlis ini 🤍










12/05/2026

BERSEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN
yang bakal berlangsung nanti.

Madrasah Al-Muqwa akan menganjurkan KARNIVAL MA'AL HIJRAH 1448 bermula pada 19, 20 dan 21 hb Jun 2026 bertempat di Dewan Palembang, Kg.Rantau Panjang, Klang.

Pelbagai Aktiviti Dirancang Bakal Diadakan seperti :

- Food Fiesta
- Pasar Karat
- Gerai-Gerai Jualan Pelbagai
- Pameran Agensi
- Open Day Madrasah Al -Muqwa
- Majlis Konvokesyen Madrasah Al-Muqwa
- Podcast Selebriti Hijrah & Maulana
- Jalsah & Maulid Kg Rantau Panjang Bersolawat
- Persembahan Selebriti Hijrah
- Majlis Hi-Tea Amal Bersama Artis & Tokoh Agama
- Pertandingan Sukan & Permainan Amal
- Pertandingan Bakat Amal
- Hari Tholibul Ilmi
- Bengkel-Bengkel Express Pelbagai Topik Pengajian
- Street Dakwah
- Permainan Hiburan Kanak-Kanak

Karnival berkonsepkan Islamik seperti ini jarang ditemui.Maka, kami mengorak langkah, mencipta sesuatu yang baru sebagai wadah untuk masyarakat.

Kami mencari seramai mungkin sukarelawan individu atau berkump**an, untuk bergabung dengan kami menjayakan karnival sesuatu yang berbeza ini dengan ciri-ciri berikut :

INDIVIDU
- Lelaki atau wanita
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Berminat dengan aktiviti sukarelawan

KUMPULAN (NGO Berdaftar atau Tidak Berdaftar)
- Berminat dengan kerja-kerja dakwah dan program ilmu
- Kesefahaman bersama melaksana dan menjayakan program.

Sertai kami dengan menghubungi wakil-wakil kami di nombor tertera di bawah :

0126212582
0163753117
0134500921
0172105640
0132600439

'HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN'

07/05/2026
29/04/2026

InsyaAllah, Majlis Konvokesyen Utk Pelajar Madrasah Al-Muqwa Yg Telah Tertangguh Sekian Lama, Diadakan Pada 21/6/2026.
Mohon 🤲

Photos from Mad.AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith/Madrasah Muqwa Lil Banat's post 06/04/2026

DILEMA KAMI PENGUSAHA MADRASAH

Situasi seperti ini bukanlah pertama kali kami di Madrasah Al-Muqwa menghadapinya.Memang acapkali setiap tahun akan ada, permintaan-permintaan, rayuan-rayuan daripada golongan susah dan tak berkemampuan seperti ini nak masuk, belajar di madrasah kami, tetapi terhalang akibat dasar-dasar baru madrasah kami yang mula berubah sejak tahun 2023 lalu.

Kalau dikumpulkan permohonan yang datang seperti ini sejak 2023 hingga yang terbaru tahun 2026 ini, mungkin ada lebih 60 permohonan, tapi kami gagal untuk bantu mereka sepenuhnya.

Ye memang ramai.Sebab apa ?

Kerana rata-rata masyarakat sekeliling tahu, dulu sejak 2010 hingga 2022, Madrasah Al-Muqwa ini dikenali sebagaj sebuah madrasah tahfiz dan alim untuk golongan orang-orang susah dan yang tak berkemampuan.Baik anak yatim ke atau tak yatim. Yang tak mampu, mereka akan dapat percuma segala-galanya, bukan sahaja yuran, malah kemudahan-kemudahan lain.Malah bukan sahaja dapat percuma, tetapi kadang-kadang mereka dapat duit dan hadiah p**a lagi baik diberikan oleh pihak madrasah atau pihak lain.

Yang tak mampu p**a, dulu paling-paling tinggi pun yuran kami caj, RM150.00 sahaja sebulan siap yuran belajar, asrama, makan dan sebagainya.Itupun walau kami caj RM150.00, masih ada juga mereka yang dicaj ini tak berupaya bayar yuran-yuran ini dan rekod unjuran kewangan kami Disember 2025, sejumlah RM246,000.00 untuk laporan tahun kewangan dari 2020 hingga 2025 dijumlahkan tunggakkan bayaran yuran tak berbayar oleh bekas pelajar-pelajar yang gagal dikutip semula.

Dan satu tabiat kami dulu, sebelum 2023.Memang kami tak amalkan dan tekan sangat pasal nak kutip-kutip yuran tertunggak kepada ibu bapa pelajar-pelajar ini, sebab niat kami di madrasah dulu, kalau boleh biarlah semua yang masuk belajar di madrasah ini mereka ada tempat untuk belajar agama dan kelak jadi orang yang akan amalkan agama walaupun tak jadi hafiz Al-Quran, tak jadi Alim pun tak apalah, paling-paling kurang mereka amal agama dan menguasai basic pengetahuan agama dan jangan disebabkan tak berduit ia jadi penghalang nak belajar agama.

Sebab kita di madrasah pun tahu, jawatan-jawatankuasa dan program-program di masjid, surau, sekolah-sekolah kerajaan ke sekolah agama ke, ada perkara-perkara tertentu mereka pun tak boleh nak buat, nak urus untuk bantu golongan-golongan tak bernasib baik ini dan tak mampu ini, sedangkan potensi untuk jadi orang berguna dan berjaya ini bukan datang daripada golongan yang layak masuk MRSM, Tahfiz Ulu Albab kerajaan sahaja.Golongan ini pun ramai, tapi kurang diberikan tumpuan serius.

Kami pun nak buat macamana.Sejak Covid sampai sekarang pun terus dibelenggu masalah kewangan lagi.

Sebelum Covid, kami ni ramai yang Allah SWT hadirkan pembantu-pembantu-Nya untuk bantu madrasah.Ada orang Arab, orang Melayu, syarikat, NGO-NGO..Dulu-dulu kalau susah macamana pun, cepat sungguh bantuan-bantuan sampai.Kadang kami tak iklankan pun, tapi orang lain yang iklan-iklankan.

Dulu, sesusah-susah mana pun kami, 40 orang ustaz, ustazah, staff tiap-tiap bulan tepat masa dapat gaji mereka tiap-tiap bulan dan tiap-tiap raya kami boleh bagi lagi hadiah dan duit-duit raya.Elektrik, air payah nak kena potong walau ada berlaku sekali sekala.

Tapi sekarang semua dah payah.

Sekarang kalau iklan pun, tak ada sambutan orang nak tolong.Kalau ada pun muncullah sorang dua.Memang payah.

Pak Arab yg biasa bantu-bantu dulu pun semua dah hijrah ke negara mereka dan ke luar negara lain.

Orang tempatan sekarang nak menderma pun dah takut-takut sebab penangan banyak sangat scammer-scammer dan pusat-pusat lain yang terpalit kes-kes menyeleweng dana, dengan kita-kita yang tak ada kena mengena ni pun dapat tempias dan terpalit dengan persepsi tanggapan buruk masyarakat.Kita nak minta-kinta bantuan pun susah orang nak percaya walau kita tak buat, orang tetap jadi sangsi.

Kami buat perniagaan pun tak berapa nak menjadi.Lagi buat, lagi rugi.Itulah nak berniaga, itulah nak urus madrasah.Kalut kalau tak betul-betul fokus bila bab-bab berniaga ni.

Dan bila berniaga baru nak naik, nak maju karang, orang hati busuk, pendengki p**a kacau macam-macam timbulkan entah apa-apa isu entah waktu kita berniaga.Masa kita tak berniaga, tak ada p**a kacau, bila kita berniaga slow, pengunjung sepi diorang tak kacau dan diorang tak ada p**a nak support niaga kita.Tapi bila kita berniaga baru nak naik sikit, macam-macam isu dibangkitkan, siap report penguatkuasa itu-ini, macam-macam.Padahal kalau mereka betul jujur, apalah salahnya cakap baik-baik dengan kita apa isu itu-ini.Ini tak, datang tempat kita bertempik menjerit-jerit, mengamuk-ngamuk dan provok kita untuk nak suruh bertumbuk.

Kita kutip derma diperburukkan, dipersalahkan dan dikacau.Bila kita dah berniaga pun sama juga diburuk dicanangkan buruk kita ke sana-sini.Apa lagi kami orang madrasah ni nak buat.

Kita dahlah tak ada dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan, kerajaan nak bantu pun banyak mereka punya itu-ininya.Kita nak minta sumbangan pun payah, nak berniaga pun payah dikacau.Minta mereka letak tabung kat tempat mereka pun mereka tak bagi.Kita jumpa mereka minta sumbangan pun selalu kata tak ada dana, tak ada peruntukkan.Dulu letak yuran rendah pun tak kena dah letak yuran tinggi p**a orang tak nak mai belajar.

Kita tengok orang Cina, India sekolah-sekolah swasta tu elok sahaja mereka pakat-pakat bangunkan anak-anak mereka, bangunan-bangunan sekolah mereka, mereka pakat buat cantik-cantik.Sama-sama mereka jaga baik-baik institusi-institusi depa.Hampir tak terdengar mereka keluh kesah, bergaduh, saling memburukkan sesama mereka.Padahal parking kereta mereka tu hari-hari, pagi petang cacamarba mengganggu lalulintas yang bukan sahaja orang bandar yg terganggu, tapi orang kampung , ambulan, bomba masuk bandar tempat depan laluan mereka pun terganggu.

Tapi kami, kalau madrasah tahfiz yang buat begitu...Habis kena hamput hari-hari, berjela-jela jadi panjang ceritanya.Diaibkan masuk dalam grouo-group fb, komunit whatsapp.Hasut menghasut yang hukumnya haram dah dihalalkan tiba-tiba.Depa tak gunakan dah ayat-ayat pop**ar kuliah, ceramah-ceramah atas pentas tu berbunyi berlemah lembutlah kamu kepada sesama Muslim dan tegas pada orang kafir, tapi dengan kita orang madrasah depa jadi cukup keras dan kasar, pada orang kafir boleh p**a depa jadi lembut dan lembik.

Kita orang madrasah nak buat apa lagi ?

Kami ini ada niat lagi nak bantu orang-orang susah nak belajar agama.Tapi kami jiga ada banyak halangan.Kalau kami lawan arus, kami akan jadi lebih mudhorat.

Kalaau ada idea, bolehlah bagi pandangan pada kami, macamana kita boleh sambung, kita bantu agama Allah, Allah akan ba tu kita (petik -Quran, surah Muhammad ayat 7).

Kami kat madrasah ini, insyaAlah sedia sahaja untuk on bantu bagi mereka orang-orang susah dan tak bernasib baik ini belajar agama.

Anda, on tak on ?

Adimz Rahman
Mohd Yazid B Hashim
Ben Johari Al-Muqwi
Rodziyah Johari
Ahmad At Tholibun

25/03/2026

Gema takbir bersama Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith (AL-MUQWA)

Walaupun lewat post disebabkan masalah teknikal, kenangan takbir tetap hidup di hati 🤍

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Mohon Maaf Zahir Dan Batin daripada kami, seluruh warga Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith (AL-MUQWA).

Buat anak-anak Madrasah Al-Muqwa banin & banat.Selamat Bercuti & Menikmati Hari-Hari Riang Gembira bersama ahli keluarga tercinta di rumah dan di kampung halaman.

#2026 #1447

10/02/2026

Seperti biasa setiap tahun, menjelang masuk bulan Ramadhan.

Jika ada yang berhajat ingin menyertai dan memasukkaan nama-nama Allahyarham/Allahyarhamah ahli-ahli keluarga, saudara-saudari yang telah meninggal dunia untuk dibuatkan bacaan Al-Quran 30 juzu' dan tahlil.

Kami di kedua-dua madrasah lelaki dan perempuan di Madrasah Al-Muqwa akan menganjurkan Tahlil Perdana & Bacaan 30 Juz Al-Quran seperti makumat yang berikut :

Tarikh : 17/2/2026
Hari : Selasa
Masa : 6.00 petang hingga 9:00 malam
Tempat : Surau Madrasah Al-Muqwa (Madrasah Lelaki & Perempuan)

Terp**ang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk bersedeqah atau menyumbang banyak mana untuk Madrasah Al-Muqwa.

Berikan kami butiran-butiran berikut ke talian whatsapp kami berikan sebelum 16/2/2026 jam 23.59 malam :

Nama Pemohon :
Senarai Nama-Nama Allahyarham/Allahyarhamah :

Hantar ke :

wasap.my/60172105640
wasap.my/60132600439

Sumbangan sedeqah boleh disalurkan ke akaun :

Maybank
Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith
562469308464

Catit di resit : Sedeqah tahlil

Pakat² share pada kenalan lain juga, Moga jadi saham akhirat dan pahala berpanjangan buat anda juga 🤲

Photos from Mad.AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith/Madrasah Muqwa Lil Banat's post 27/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, rombongan pelajar Madrasah telah selamat bertolak pada pagi ini untuk program Rehlah Pelajar 3 Hari 2 Malam ke Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.

Dari 27 Januari sehingga 29 Januari 2026

Mohon doa daripada semua agar anak-anak sentiasa berada dalam lindungan Allah ﷻ, perjalanan dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi. 🤲

Terima kasih

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No. 1667, Lrg. Hj. Nakman Kadis, Jln. Hj. Musran, Kg. Rantau Panjang
Klang
42100