19/01/2026
Tahniah Cikgu Syuhada ex guru Al Fikh Bandar Botanic yang telah menerima Sijil Kemahiran Malaysia 🌹🌹
🌟 ALHAMDULILLAH | PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN AL FIKH ORCHARD 🌟
Alhamdulillah, satu penghormatan besar buat kami di Al Fikh Orchard apabila tersenarai sebagai agensi yang menghantar 37 graduan Pendidik Awal Kanak-Kanak sempena Majlis Konvokesyen TVET yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran World Skill International.
Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan graduan, tetapi bukti komitmen kami dalam:
✨ Melahirkan pendidik berkemahiran (TVET)
✨ Berakhlak, beradab dan berjiwa pendidik
✨ Bersedia membimbing generasi awal ummah
Tahniah dan syabas kepada semua graduan pendidik AO.
Semoga ilmu, kemahiran dan nilai yang dibawa menjadi amal berpanjangan serta memberi manfaat kepada anak-anak didik dan ummah seluruhnya.
Terima kasih kepada semua rakan strategik, tenaga pengajar, dan keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan ini.
Al Fikh Orchard
Shaping Future Ummah