Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang

Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang

Share

Islamic Kindergarten, Qiraati/Quran Classes & Transit Registered as Tadika Cassia Iman (SA0335402-K)
KPM No : B5A0274

25/05/2026

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

(HR Al-Tirmizi)

Di antara sunnah hari Arafah selain memperbanyakkan berdoa, adalah berpuasa bagi yang tidak mengerjakan haji. Mari kita rebut ganjaran yang dijanjikan Allah 🤲.

22/05/2026

KHAS BUAT IBU AYAH 😍

Anak darjah 1 pada umur 6 tahun. Betul ke anak saya dah "ready"?

Sesi pertama secara Google Meet akan berlangsung SABTU, 23 Mei 2026 ini pada jam 10 pagi hingga 11 pagi.

KLIK LINK di bahagian komen untuk MENDAFTAR 👇

22/05/2026

Little Umrah Simulation 🕋

Alhamdulillah, selesai sudah program Little Umrah Simulation di tadika kita. Suasana perkarangan tadika menjadi luar biasa kerana dihiasi dengan laungan talbiah yang meruntun jiwa.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai ibadah Umrah dengan cara yang menyeronokkan.

Melalui kaedah pembelajaran kinestetik dan taktikal ini, khalifah bukan sahaja mendengar cerita, malah merasai sendiri pengalaman setiap rukun umrah.

Semoga satu hari nanti, simulasi ini bertukar menjadi realiti. Doakan anak-anak kita menjadi tetamu Allah yang diredhai! 🤲❤️

Photos from Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang's post 19/05/2026

4 Amazing
Subject: English

Alhamdulillah, our wonderful 4-year-olds had such an exciting day exploring a brand new letter!

Our little learners focused on recognizing the letter ‘O’ and identifying words that start with it. 🌸

To keep things hands-on and boost their fine motor skills, we jumped into some creative sensory play:

• Playdough Magic: Little fingers were busy rolling, shaping, and molding colorful playdough to create their very own letter ‘O’! 🧽
• Trace & Color: Next, they practiced their pencil grip by tracing and coloring a friendly sea creature—O for Octopus! 🐙🎨

It is so heartwarming to see their focus, curiosity, and bright smiles. They truly love to learn more! 😍🥰

16/05/2026

TERIMA KASIH CIKGU!

Kurang ilmu, cikgu tambah. Kurang semangat, cikgu bagi arah.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar mendidik anak-anak dengan penuh dedikasi, kesabaran & ikhlas 🩷🩵

Photos from Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang's post 12/05/2026

4 Amazing
Subjek : Bahasa Melayu

Hari ini, khalifah 4 Tahun menunjukkan bakat mereka dalam aktiviti menyurih suku kata ‘qa’.
Kenapa menggunakan warna air dan jari?

🌟 Deria Sentuhan: Membantu otak mengingat bentuk huruf dengan lebih berkesan.
🌟 Motor Halus: Melatih koordinasi mata dan tangan agar anak-anak lebih sedia untuk menulis nanti.

Well done, khalifah! Semoga khalifah dapat menyebut suku kata dan mengenal abjad dengan betul 🥰

Photos from Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang's post 09/05/2026

6 Brilliant
Topik : Kempen I Love You Mom & Teachers
Tajuk : Art & Craft Mother’s Day Card

Pada hari Jumaat penuh barakah yang lepas, khalifah 6y mendalami erti pengorbanan seorang insan bergelar ibu melalui hadis berbuat baik kepada ibu bapa kerana betapa besarnya jasa mereka 🥹.

Sebagai tanda sayang, khalifah telah menghasilkan Peti Surat Rumah & Kad Ucapan istimewa buat bonda tersayang. Lihatlah kesungguhan tangan-tangan kecil ini menyiapkan 'projek kasih sayang' mereka!

Semoga anak-anak ini terus membesar sebagai insan yang menghormati dan menyayangi orang tua. MasyaAllah, hebatnya usaha khalifah cilik kita hari ini! ✨😊

Photos from Tadika Dzul Iman Bandar Putera 2 Klang's post 29/04/2026

5 Excellent
Tema : Why The Wheel is Round?
Subjek : Allah, Alam dan Manusia

Khalifah meneroka rahsia di sebalik roda yang berputar 😍. Seronok melihat gelagat masing-masing bercerita tentang jenis kenderaan serta kepentingannya dalam kehidupan kita. 🚗🚌

Aktiviti diteruskan dengan sesi mewarna yang sangat tekun. Lihatlah hasil kreativiti tangan-tangan kecil ini 🥰. MasyaAllah, cantik sangat hasilnya 🌸

23/04/2026

Alhamdulillah, hari ini anak-anak tadika kita turut sama menyahut cabaran "Jom Baca Bersama 10 Minit"!

Walaupun hanya sekejap, khalifah tetap khusyuk membelek buku kegemaran masing-masing 😍

Khalifah juga membaca bersama ustazah 😉. Tahniah anak-anak hebat! 10 minit yang sangat berkualiti untuk memupuk minat membaca.

Membaca Menggembirakan 🌈📖
Membaca Membina Bangsa!

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 41 Jalan Kebun Nenas 3F/KS 8
Klang
41200

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00