Kompleks Tahfiz Al-Quran & Sukan Sofiuddin

Kompleks Tahfiz Al-Quran & Sukan Sofiuddin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kompleks Tahfiz Al-Quran & Sukan Sofiuddin, Education, Kg Delek Baru, Klang.

(KOMTAS) merupakan institusi pendidikan Tahfiz Sukan swasta yang menjadi alternatif bagi melahirkan pelajar yang memiliki ilmu seimbang antara dunia dan akhirat.

15/03/2026
Photos from Kompleks Tahfiz Al-Quran & Sukan Sofiuddin's post 17/01/2026

Alhamdulillah. usai solat zohor kami diundang ke majlis tahlil dan doa selamat oleh di jalan hj nasir Kg Bukit Badong

Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjempu.

Semoga dipermudahkan segala urusan tuan rumah, dimurahkan rezekinya, dan dipenuhi segala hajat dan cita²nya oleh Allah swt

07/01/2026

RAYUAN SUMBANGAN SAHABAT ILMAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum w.b.t

Pihak ILMAM Wilayah Persekutuan mendapat makluman anak kepada salah seorang Alumni Wilayah Persekutuan; Ustaz Syazwan Hamzah yang sedang diuji dengan kelemahan fungsi otot bersebabkan Peripheral Hypotonia TRO Spinal Muscular Atrophy (kelemahan sistem pernafasan dan fungsi otot) dan sedang menerima rawatan di hospital.

Oleh itu, pihak ILMAM WP ingin membuka ruang selebarnya untuk membantu sahabat kita ini dengan seikhlas yang mungkin.

*مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ*

Barangsiapa yang meringankan beban seorang muslim yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan akhirat [H.R. Muslim]

Ayuh, bersama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran buat dermawan sekalian.

Bagi yang ingin menyumbang, salurkan sumbangan ke akaun:

Akaun Bank Islam 14014021217458 (Muhammad Syazwan bin Hamzah) BANK ISLAM
Reference: Sumbangan Farihah

06/01/2026

Assalamualaikum

Kami mencari calon Guru Tahfiz merangkap Warden di KOMPLEKS TAHFIZ AL QURAN & SUKAN SOFIUDDIN
Syarat
1. Lelaki
2. Bujang (diutamakan)
3. Tamat Hafazan Al Quran
4. Berumur 20 Tahun keatas
5. Tiada masalah disiplin
6. Bersedia untuk mentarbiah pelajar

Penginapan dan makan minum disediakan

yang berminat boleh terus hubungi 013-492 7369 Us Sabri (Mudir KOMTAS 2 Bukit Badong)

17/11/2025

🌟 TAWARAN KEMASUKAN PENGAJIAN TAHFIZ KOMTAS 2026

Kompleks Tahfiz Al-Quran & Sukan Sofhuddin (KOMTAS)
📍 Bukit Badong, Ijok, Kuala Selangor

🌱 “Melahirkan Generasi Huffaz Aktif & Berilmu”

KOMTAS membuka peluang kepada para pelajar lelaki yang ingin menghafaz Al-Quran sambil membina disiplin, akhlak, kecergasan dan kecemerlangan akademik.

PENGAMBILAN TAHUN 2026 KINI DIBUKA!
📚 Tempat adalah terhad — DAFTAR SEKARANG!

🔰 SYARAT KEMASUKAN

✔️ Minat mendalami Al-Quran & sukan
✔️ Sihat tubuh badan
✔️ Lelaki berumur 10 tahun ke atas
✔️ Berdisiplin & bersedia untuk dididik

📘 SILIBUS TAHFIZ KOMTAS

🕋 Hafazan Al-Quran
📖 Fardhu Ain berkitab
🎓 Fast–Track SPM
🏃 Latihan sukan & pembangunan fizikal

Gabungan sistem pengajian Huffaz moden dengan pembinaan sahsiah, akademik dan ketahanan diri.

🤝 BIMBINGAN PENDIDIK BERPENGALAMAN

Dibimbing oleh tenaga pengajar mahir serta diketuai:
👤 Ustaz Dr. Sapidin – Pengasas
👤 Ustaz Sabri – Mudir

📞 DAFTAR & PERTANYAAN

Hubungi kami melalui WhatsApp
📱 +60122776404 (Ustaz Dr. Sapidin)
📱 +60134927369 (Ustaz Sabri)

Photos from Maulana De Bruyne's post 21/07/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kg Delek Baru
Klang
41250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00